SPAGHETTI BOLOGNESE UNTUK IMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...


SPAGHETTI Bolognese 🍝 antara makanan yang menjadi favourite Iman. Dah beberapa kali juga dia menyuarakan hasrat nak makan tapi disebabkan di rumah tak ada stok daging cincang jadi kita bagi laluan pada menu lain dulu.  Semalam,  dia sebut-sebut lagi nak makan Spaghetti Bolognese.  Nak senang kita makan jer kat Eye's Steak,  kata dia. Kebetulan di Eye's Steak sekarang ada tawaran istimewa set hidangan berserta minuman hanya RM10 sahaja.  Macam best,  tapi nanti balik mesti jem Jalan Skudai tu..  Hurmmm. 

Fikir punya fikir punya fikir..  Sk rasa lebih baik Sk masak sendiri.  Boleh juga Iman buat bekal pergi sekolah nanti.  Kesian Iman,  hari-hari Sk dengar dia beli nasi dengan kuah jer kat kantin untuk jimatkan duit belanja.  Semalam katanya dia dalam dilema bila nampak lauk pucuk ubi masak lemak di kantin. Sebab biasa dia beli nasi dengan kuah cuma RM1, nanti beli nasi dengan lauk pucuk ubi dah RM2, kahhhh! 
Lalu dia bertanya dengan makcik kantin. 

Cikkk...  Pucuk ubi masak lemak ni berapa ringgit? Boleh tak kalau saya ambik sikit aje? 
Makcik kantin tengok muka kesian Iman. 
Tak apalah,  awak bayar nasi ajelah,  pucuk ubi tu kalau tengah-tengah hari macam ni dah tak ada orang nak beli. (sambil hulur nasi sepinggan) Awak cedok sendiri pucuk ubi tu,  berapa banyak pun tak kisah 😂😂😂

Adoiii..  Iman ni.. Ko rasa??? 

Jadi,  hari ni kita bagi dia bawa bekal spaghetti setupperware besar supaya boleh kongsi dengan kawan-kawan sekali. 



Sebenarnya ada beberapa kawan yang pelik tengok Sk,  walaupun berbadan gemuk sasa tapi masih ada pinggang,  hahaha. Tipsnya, jangan minum air manis. Sk biasanya jarang minum air selepas makan kecuali di kedai makan.  Dan Sk cuma mengambil air masak kosong.  Kalau makan di kedai Sk minta air panas kosong. Nescafe ke teh tarik ke minum sekali sekala,  jangan hari-hari. Masalahnya kalau pergi food review atau makan di fast food Restaurant..  Tu memang Sk kalah la..  Belasah minum coke la..  Aduyaiiii. 

Resepi Spaghetti Bolognese Sk macam biasalah,  Sk guna sos tradisional prego dan tomato puree. Dua sos ini mesti digabungkan kalau guna salah satu jer macam kureng dan Iman pun nanti boleh tau ada something wrong somewhere,  hahaha. Kali ini Sk guna daging cincang dan bebola daging. Dalam lebat hujan,  Sk redah juga membelikan dua bahan penting ni kalau tak ada memang  ke lautlah rasa sos spaghetti kita,  hahaha. 

Nak resepi? 
Klik link berikut 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap nampaknya ni...kita pun dah lama tak buat bolognese...tunggu anak pandai mintak nak makan ape kot...hahaha

    ReplyDelete
  2. Bagusnyaaa Iman...dia berjimat ke apa?
    Tahan nafsu betul Iman ya...

    ReplyDelete
  3. kerlasss kauuu rumah pak belalang siap ada 'laluan pada menu lain'.hahahhaha... untung ler iman makan spagetti siap ade salad ikat tepi..hahahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!