MAKAN NASI DAUN PISANG ASHOKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...


ASHOKA CURRY HOUSE antara Restoran Nasi Daun Pisang yang menjadi kegemaran Sk sekeluarga. Malah,  sebelum kenal dengan Pak Inche dulu pun,  Sk kerap bersarapan di Ashoka memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan kolej tempat Sk belajar. Haaa..  Jangan ingat Sk terberkenalan dengan ER di Ashoka pulak,  hahaha. 

Ni sebenarnya sambungan CERITA HARI CUTI tu,  selepas balik dari Ayer Hitam dan mengambil Iman pulang dari seminar kami memilih Ashoka untuk menikmati hidangan tengahari beralaskan daun pisang. Tapi kan,  sebab kami sampai pun dah hampir pukul 3 petang,  ayam goreng dah habis.  Kureng oi makan nasi daun pisang kalau tak ada ayam goreng panas-panas. Dulu,  kalau makan dengan bos mesti dia minta tenggiri goreng panas-panas,  oh,  indahnya orang belanja,  muahaha. 

Pertama kali juga Sk jumpa sayur nangka di sini.  Seperti masakan melayu juga,  sayur nangka dimasak lemak tetapi tidak berkuahlah macam masak lemak kita.  Kalau sayuran lain memang dicincang sebegitu.  Disebabkan tak ada ayam goreng,  Sk pilih ayam varuval.  Bagi yang sukakan masakan pedas,  ayam varuval pastinya memikat selera anda. 

Makan di sini tak boleh selalu. 
Tengok jerlah berapa banyak nasi atas daun pisang tu,  padahal dah cakap tak nak banyak pun tetap dapat banyak lepas tu tak mampu pulak nak menolak,  kahhhhhh! 


Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kira ni mamak's la ek Mak Inche? ..

    ReplyDelete
  2. uyoo...memang tak boleh tolak ler kalau dah dihidang mcam ni..ayam goreng takde tak syok lerrr

    ReplyDelete
  3. Woww, pelik benor nama ayam tu..ayam varuval..fuhyoo..mak saya suka makan yang beralaskan daun pisang..huhu~

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!