Assalamualaikum...
HATI terpikat untuk singgah makan di sini ketika kami balik dari makan di Kruathai Cafe sebelum ini.
Dari jauh, Sk betul-betul baca nama kafe ini, TopKopi, jadi hajatnya nak mengopi, tapi bila dah sampai betul-betul hari nak mengopi tu, barulah Sk perasan, namanya Topkapi bukan kopi.. hahaha.. lahai mataku ini.
Membelek buku menu di Topkapi ini, ia menawarkan pelbagai masakan tempatan, timur tengah dan western. Jadi, jika datang ramai-ramai dan masing-masing mempunyai selera yang berbeza, tidaklah sukar nak membuat pilihan.
Menu nasi goreng Topkapi menjadi pilihan Pak Inche. Sk pun dah lupa apakenamanya, hahaha.
Ini dikatakan antara signature menu di Topkapi, nasinya dihidangkan bersama daging kambing yang dipanggang sempurna. Dagingnya sungguh lembut dan berjus, memang tak rugi la Pak Inche pesan yang ni.
Pak Inche punya jugak ni, Kacang Pool. Jujur Sk katakan, kacang pool yang disajikan di sini agak sedap dari kacang pool yang terkenal di kalangan warga JB. Kiranya, kalau tak dapat kacang pool yang sana, awak datanglah makan kacang pool yang di sini, hehehe.
Jarang Sk memilih menu Chicken Chop, kali ini Sk memilih Grilled Chicken Chop.
Tak kedekut langsung dia bagi fries tu, macam belanja habis la.. fries pun sedap, rangup dan garing, tekstur fries yang Sk paling suka. Taburan pepper menjadikannya lebih enak dikunyah.
Iman pilih kambing. Budak seorang ni memang hantu kambing, samalah sebenarnya tiga beranak cuma bila semua dah pilih kambing, Sk pulak teringin nak rasa ayam. Eh, ko tak pernah makan ayam ke Sk oi? hahaha. Daging kambing ni sedpa jugak perapannya cuma agak kering berbanding kambing Pak Inche tadi.
Disebabkan masa datang tu bahagian dalam tiada ruang untuk duduk bertiga atau berempat, yang tinggal meja berdua dan berenam, kami terpaksa memilih duduk di luar. Sk sakit hati betul masa ni, boleh jer duduk makan kat dalam tu, tapi Pak Inche nak jugak makan kat luar, sampai nak bergaduh-gaduh Sk ni, baik makan kat warung tepi jalan jer gitu, hahaha.
Meja kalau guna bangku macam yang kat depan tu pun tak nak, sakit pinggang tak boleh sandar katanya.
Kan.. cantik. Rugilah datang bayar mahal tapi duduk makan kat kaki lima. Iman pun mengada-ngada cakap dekat dalam tu sempit. Apa punya pemalu la sekarang, kalau malu baik makan dekat rumah, naik pulak hangin aku, kahhhhh.
Dah dari mula pun terpikat dengan dekorasi cafe ni, kan.. tu yang nak datang. Ish, masih rasa marah sampai sekarang sampai makan pun tak rasa kenyang gitu.
Topkapi Cafe
166, Jalan Adda 7, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
Telefon 014 2704609
Buka setiap hari 5 petang hingga 11.00 malam kecuali Khamis
lamb dia nmpk sedap betul...
ReplyDeletemak oi tempting nya makanan dia! nama kafe pun unik
ReplyDeletekambing itu, memanggil² betul laa..
ReplyDeleteSedap2 menunya
ReplyDeletekes nak pilih tempat duduk pon boleh bergaduh anak beranak.Hahahahabhaaahhhaa..
ReplyDeleteSalaam, ni Turkish punya owner ke?
ReplyDeleteTopkapi ...Nama palace kat Sana.
Perghhh steak dia nampak menyelerakan sungguh... next time boleh bawak kakak pi ni..
ReplyDeleteKedai dia cantik dan macam hipster skit deco kan...apapun..semua makanan nampak sedap..
ReplyDeleteaduuu da lama tak makan kambing cenggini haaaaa
ReplyDeletedapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
ReplyDeleteWA: +855 1537 3217