CERITA HARI MINGGU

Seri Kandi Tanah Jauhar
9


Assalamualaikum...

SEBELUM ni baca aje post kawan-kawan memborong ikan di Jeti Kong Kong Laut, Masai. Macam tak berminat sangat nak pergi sebab kami kalau beli ikan akan ke Pasar Pontian atau perkampungan nelayan di Pendas, Gelang Patah. SK pulak bukanlah seorang yang begitu teruja dengan pasar macam Pak Inche. Ialah, dah penat ke pasar, balik rumah nak bersihkan semua dan pek pulak sebelum simpan dalam peti ais. Itu belum lagi nak kena masaknya, jadi kadang kalau fikir pergi pasar, fikir kena masak, terus penat, hahahaha.

Terbuka pintu hati pulak malah hati menggebu-gebu nak ke Kong Kong cari ikan semalam, malah, sejak dua tiga hari SK dah cakap dengan Pak Inche nanti Sabtu, pagi-pagi kita gi Kong Kong lepas tu Sk nak sarapan Nasi Lemak Daun Simpor. Khabarnya, Si Sunah boleh makan dua terusss. Sedap sangatlah tu nampaknya. Pagilah sangatkan, pukul 10 baru sampai Kong Kong. Bagi yang tak tahu, Kong Kong ni ni kawasan hujung sekali Masai. Ada satu perkampungan yang terletak di tepi laut, ada kedai-kedai makan, ada jeti, ada rumah kelong, Sk pernah bawa anda ke sini makan di Roti Rentung dan Nga' Cheng Kitchen, ingat tak? Tempat ni bukan saja happening waktu malam, dari pagi pun dah sibuk dengan aktiviti macam-macam.


Sepuluh tahun dulu, gerai-gerai ikan ni memang berderet di sepanjang laluan menuju ke jeti tapi sekarang dah berasingan ya masing-masing. Ada yang dah maju, dah ada kedai, ada juga yang membina bangsal sahaja dan jaraknya tu bukan lagi sebelah menyebelah. Tapi taklah jauh-jauh sangat. Untuk letak kenderaan pun ada dua tiga tapak disediakan dan jangan terkejut tengok kereta memenuhi tapak kenderaan, tu semua milik mereka yang datang untuk memancing. Kami terus singgah di sebuah gerai yang pertama kami nampak. Depan gerai bersusun-susun kotak polisterin. Macam-macam jenis ikan ada, tapi sotong, udang dan ketam tak ada, ada ketam bangkang jer dua ekor. Sementara membeli tu, kami bertanya tempat sarapan best dan di mana Sk boleh beli Nasi Lemak Daun Simpor. Terus dia buat muka.. dan bla bla bla bla hahahaha. Lepas tu dia rekomen kami makan di kedai yang berhadapan dengan kedai dia tu sementara kawan dia menyiang dan memotong ikan-ikan yang kami beli.


Sk bukanlah minat sangat nak menerai Roti Sarang Burung yang viral di sana sini sekarang. Maksudnya, kalau Sk tahu kat mana-mana ada roti viral ni, takde hati pun nak pergi makan. Tapi, dah terlanjur semalam makan di kedai yang jual roti canai, Sk pun tanya la kot-kot dia ada buat roti sarang burung tu, bila ada, Sk pun cuba. Ternyata percubaan Sk tak mengecewakanla.. mungkin sebab roti canai di situ memang sedap, lembut dan garing jer walaupun cuma mengelilingi telur mata kerbau yang dua biji tu. Kuah kari tu pun sedap juga, boleh datang lagi lain kali.


Lepas makan, kami terus ambil ikan yang dah disiang dan potong tu letak dalam kereta. Lepas tu sambung jalan-jalan lagi ke gerai lain, sampai hujung jeti nampak Nasi Lemak Daun Simpor tu yang hanya tinggal beberapa bungkus. Disebabkan review dari brother ikan tadi, Sk pun tak confident nak beli banyak, beli sebungkus aje, lagipun dah kenyang kan makan roti canai serta dah tapau jugak roti bom untuk Iman. Sambal nasi lemak ada pilihan sambal udang atau sambal (lupa), Sk ambil sambal udang. Balik rumah, jamahlah sikit, uishhh.. sedap la.. taklah pulak tak sedap, hurmm.. dengki la agaknya orang tu. Cakap dengan Pak Inche, kalau tak okey, takkanlah Sis Lin selalu datang makan, huhu.


Singgah gerai no 2 kot, ada Siput Gonggong, minta Pak Inche beli sekilo aje sebab dah lama tak makan. Balik rumah, lepas siap kemas semua ikan, terus kukus siput ni 15 minit, makan dengan sos cili thai, sedap, fresh siputnya tak de rasa laut langsung. Rasa macam tak cukup pun ada, hahahaha. Lain kali kena beli dua kilo la.. ahh.. tamak sangat nanti tak habis pulak. Siput ni bermusim, tak sentiasa ada, kat Pendas pun susah nak dapat ni.


Lepas tu, Angah hantar kuah Laksa Johor. Kuah aje, nak makan punya pasal, terpaksa pergi kedai cari bahan Laksa Johor. Tapi ni tak cukup bahan, la.. pasal daun selasih tak ada di kedai, lobak asin pun lupa nak beli. Makan Laksa Johor ni tak bertambah memang tak sahlah, entah berapa cop laksa masuk perut pun tak tahu, LJ punya pasal, hahaha. Lepas hantar kuah, Angah terus balik sebab dia ada beberapa urusan lagi. Petang tu dia janji nak datang makan jemput-jemput. Kebetulan Cik Ani pun nak datang sebab Che Li nak gantikan paip mesin basuh dan tukarkan kunci pintu pagar yang patah pemegangnya. Memang kena harapkan Che Li jer la tukar, Pak Inche memang tak pandailah nak buat tu semua, dia bukan orang teknikal.


Lupa pulak nak ambil gambar jemput-jemput. Sk letak jagung dan Cik Ani bawa udang geragau kemahen gemuk lagi geragaunya. Makan dengan sos cili aje sebab lada dah habis buat sambal belacan untuk LJ, hehehe. Aduh, tak menahan pulak tenung lama-lama laksa ni. Ni minggu depan Pak Inche dah request laksa negeri dia pulak, nak kena repeat jugak LJ ni nampaknya, Angahhhh.. tolonggggg...

 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ikan besar tu kalau buat kari, terangkat!

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan laksa johor, PKPB ni patut boleh lah belajar buat, tapi tak seronok jika makan berdua saja, kawan-kawan tengah berkuarantin.

    ReplyDelete
  3. Aduhaiiii... LJ. dah lama tak buat dan dah lama juga tak makan. tengok SK punya LJ, terus ngences ailio!

    ReplyDelete
  4. Nikmatnya bila weekend makan dan makan macam ni.. Terliur tengok

    ReplyDelete
  5. Tiap minggu memang tak pernah jemu datang sini makan dan soping ikan.. minggu lepas beli ikan Bayan dan ketam.. fresh dari laut hehehehe

    ReplyDelete
  6. Nak laksa!!!lamanya tak makan laksa johor

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!