Assalamualaikum...
KESIAN jugak tengok Iman tu hari-hari sekarang duduk rumah sebab ada kelas online. Tu sebelah siang. Malamnya pulak kena siapkan assignment. Cuma malam semalam aje dia tak ada assignment sebab dah submit awal, tu yang dia sibuk nak makan di Restoran Lapan Kati tu sebab dia kata malam ni ada kerja nak siapkan.
Jadi, bila dia ada free sikit beberapa Jumaat lepas, Sk ajak dia keluar.
Baca review Blogger Farah Huda tentang
Tempat Makan Lok Lok Halal Di JB telah membawa kami dua beranak ke B5 Street Market. Bagi mereka yang suka makan, anda mesti suka B5 Street Market ni sebab di sini ada medan selera yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan, western dan hipster untuk anda nikmati tanpa was-was. Sebab apa, kebanyakan peniaga di sini merupakan peniaga melayu yang pastinya menyediakan masakan yang halal kepada pengunjungnya.
Lok Lok ni merupakan steamboat atau kami panggil dip dip yang digoreng tenggelam dalam minyak yang banyak. Macam kita nak makan steamboat jugaklah, cuma pilih apa kita nak, kemudian mereka akan goreng. Kalau nak pedas, dia akan curahkan serbuk lada tu. Secara jujur Sk lebih suka Lohbak atau Yong Taufu Goreng yang biasa Sk makan di
Restoran New Hollywood tapi dah covid tengah naik ni kan, lupakan sajalah tempat makan yang jauh-jauh tu, huhuhu.
Disebabkan duduk di meja yang mengadap dengan Gerai Sate dan Masakan Johor,
maka terliurlah Sk melihat menu Laksa Johor yang ditawarkan di salah satu kedai dalam medan selera ni. Boleh aje nak habiskan sorang tapi konon-kononlah ajak Iman kongsi, hahah. Tak mengecewakan hidangan yang disajikan, lepas tu tengok orang tak berhenti-henti order sate, nanti lain kali nak datang makan sate pulak lah.. hahaha. Tulah masalahnya orang suka makan ni, tapi ada hati nak kurus, pooodahhhh!!
Oh ya, tengah nak suap Laksa, Iman tanya...
"Tahu tak kenapa LJ guna spaghetti?".
Dengan confident-nya Sk jawab, sebab isteri Sultan Johor dulu mat saleh.." Iman kata bukan,
"sebabnya, duluuuu masa diaorang nak masak LJ ni kat oversea, tengok-tengok laksa tertinggal, yang ada spaghetti, tu yang LJ guna spaghetti sampailah sekarang..."
😂😂😂
Logik.. logikkkk...😆😆😆
Logik tu.
ReplyDeleteLaaa sebab tu keee guna spagetii, hahahaha
ReplyDeletepernah try skali ja makan lok lok ni dekat penang! hehehe suka tapi jauh sngt dari rumah :(
ReplyDeleteKat Kota Masai ada kedai besar LokLok ni..belum cuba lagi..nanti laaaa tonsil tak berapa nak sihat lagi nak makan keras..
ReplyDelete
ReplyDeletepermainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
WA: +855 1537 3217
Saya terpikat dengan cendawan shiitake cucuk lidi sate tu!
ReplyDeletekemahin guna logik semua tu ek..hahahah... nanti boleh try makan lok-lok kat pasir gudang..not bad jugak..
ReplyDelete