21 PUASA BERBUKA DI FOREST CITY GOLF HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum wbt


ASYIK Full House saja ya, Buffet Ramadhan Warisan Lagenda di Forest City Golf Hotel (FCGH) ni. Walaupun dah ada voucher early bird, tapi tak pergi-pergi sebab Pak Inche pulak, perlu menghadiri beberapa majlis berbuka puasa, jadi kena jugak tengok jadual dia. Oh, ya.. dah ada voucher pun, perlu tempah meja juga. Minggu lepas, tempah saat akhir, dah penuh.  Akhirnya, semalam, dapat juga berbuka puasa di sini, itupun kami tempah seminggu awal, kalau tak, kena tunggu weekdays, tentu kelam kabut nanti jadinya.

Yang peliknya, FCGH ni terletak di hujung dunia, dalam perjalanan tu, punyalah lengang, tapi bila sampai, carpark penuh dengan kenderaan. Kami sampai jam lebih kurang 6.40 pm pun dah ramai orang. Ruang lobi penuh dengan meja bulat tu, ada jemputan berbuka puasa jugak untuk anak-anak yatim dan mungkin beberapa syarikat korporat. Orang ramai dah berbaris ambil makanan.. mehlah kita berbaris sekali.


Pinggan pertama Sk, nasi putih, separuh burasak, separuh ketupat loi, serunding daging, kuah kacang dan gulai ekor lembu.


Pinggan pertama Pak Inche, nasi putih, sayur kangkung, lala masak lemak dan ayam goreng.


Sedih tengok pinggan Iman, nasi putih, sayur kangkung dan lala masak lemak cili api. Atas nasi dicurahnya air asam.


Sk ambil tiga jenis kerabu dan sebiji popiah dan tiga jenih kuih talam.


Tunggu waktu berbuka puasa. Pak Inche ambil roti john dan Sk sempat ambil pepes.


Buffet Ramadhan di sini ada durians.


Penutup, makan pisang rebus dengan kelapa. 


Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tang makan durian fresh tu bestnya lahaiiii... puas makan tu...

    ReplyDelete
  2. Part ada durian tu yang buat geram tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!