SAMBAL UDANG PETAI BERBUKA 22 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

SALAM Isnin 23 Ramadhan 1443H. Kita berada di minggu terakhir Ramadhan tahun ini. Teringat masa kecik-kecik dulu, seminggu sebelum aidilfitri, abah panggil Malam Tujuh Likur. Sibuklah abah pasang pelita depan rumah. Tiap malam, luar rumah terang-benderang dengan cahaya melimpah. Kami adik-beradik masing-masing pula sibuk berlumba mengira siapa yang dapat kad raya paling banyak. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas, katanya 😍


Pak Inche kata, hari tu, kan Sk sebut-sebut, sedapnya Sambal Petai. Masa tu, tengah buka fb, melintas gambar Sambal Bilis Petai sekuali. Terus cakap, sedapnya sambal petai, sambil tunjuk gambar pada Pak Inche. Teringat zaman belajar dulu, kadang-kadang, balik kuliah, makan tengahari di sebuah restoran menjual nasi campur di Komtar. Setiap kali ke sana, pilihan Sk adalah Sambal Bilis Petai. Rinduuuu...

Tapi, tak sangkalah pulak, Pak Inche pergi beli petai. Bila semalam, Iman whatsapp beritahu Pak Inche beli udang dan petai, Sk 'onz' sajo la. Walaupun malas penat nak masak sebenarnya. Pak Inche kata, kan Sk yang sebut, sedapnya sambal petai. Padahal, dia yang nak makan tuuu, alasan la suruh kita masak. Ingatkan nak suruh mereka tapaukan lauk Patin Gulai Tempoyak Anjung Selatan di Pasar Ramadhan Taman U, tapi belum sempat cakap, Pak Inche dah ada rancangan tersendiri. Tak apalah, ada juga konten blog kita kali ni.. kahhhh.

Boleh tahan murah jugaklah harga udang ni, semalam, RM68 sekilo, sebab ni udang laut. Masih murah berbanding kalau nak raya cina, mahu cecah RM120+ sekilo. Udang laut memang mahal bila musim perayaan Tahun Baru Cina. Menurut seorang penjual di Pasar Besar Pontian, makin mahal makanan laut yang mereka nikmati ketika tahun baru, makin manyak ong maaa! 

Pes cili dan bawang pun memang ngam-ngam tinggal dua senduk. Tak nak buat pes baru sebab minggu depan lama nak tinggalkan rumah, kan.. huhu. Macam biasalah, petai beli yang dah siap kopek. Tak tengok berapa harga sebungkus. Terus koyak plastik dan tuang isinya dalam mangkuk untuk dicuci. Maklumlah, orang kaya, mana tengok harga, kahhhh!


Ada Sawi Pak Choi seikat, Sk cuma tumis bawang putih dan cili hidup. Masukkan sawi, gaul sekejap, kemudian tuang sos tiram. Kacau.. kacau... kacau, siap. Kurang 20 minit sebelum berbuka, semua dah siap terhidang atas meja. 


Berpuasa tahun ni, nampaknya Pak Inche lebih berhemah berbelanja kuih-muih dan lauk-pauk di pasar Ramadhan. Pasar Ramadhan BBU pun, sampai ke sudah tak terjejak sebab tak ada parking. Semalam, dia cuma singgah di Lubuk Kuih belakang rumah, beli Pulut Panggang, Popiah Sayur dan Onde-Onde kegemaran. Kesian, tahun ni, sebiji onde-onde pun tak terbuat. Malas-semalas-malasnya.. hihihi.






Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita sampai laaa ni tak pi bazar lagi Kak.. yang pi Amat atau abang jer..

    ReplyDelete
  2. Kita semalam kan buat Butter Prawn jenis kering, x nak berkuah..anak dara tu macam- macma seleranya...

    ReplyDelete
  3. minggu lepas masak sambal udang petai jugak. tapi udang biasa aje.

    ReplyDelete
  4. Sama sama nak sambal udang petai tapi tak nak mengaku. Hehehe..dah ada cukup bahan rajin jugaklah nak memasaknya kan. Fav udang sambal petai. Kita pulak rasa teringin nak makan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!