SAHUR 6 PUASA DI BISMI CURRY HOUSE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

SEKEJAP jer dah 6 hari puasa, kata Pak Inche semasa kami sahur berdua pagi tadi di Bismi Curry House. Yang mencadangkan sahur di sana, Iman.. tapi dia yang tarik diri. Takut perut meragam masa sahur, takut nak masuk tandas kedai mamak di pagi yang gelap, hahaha.


Tak meriah macam TAHUN LEPAS, cuma beberapa pelanggan sahaja berada dalam restoran ketika kami tiba. Belum pukul 5 pagi pun. Pak Inche terus ambil tempat duduk di tepi restoran. Seorang pekerja datang ambil pesanan. Pesan dua keping tosei dan bungkus sekeping roti bom. Teringat sedapnya kalau dapat Maggi Goreng tapi bimbang nanti perut memulas.


Tosei dan Nescafe Tarik. Sedap pulak nescafenya, tetap panas sehingga ke cicipan terakhir. Makan dengan kuah kari ayam jer. Agaknya asyik dipanaskan aje, masin sedikit kuahnya.  Chutney kelapa tak ada, hurmmm.. tu yang menyampah kat Bismi ni. Nak pergi Mamu Junction, jauhlah pulak. Sampai rumah, Imannya tengah masak air nak tuang dalam maggi cup. Dia memang dah pesan, tak payah bungkus apa-apa. Ada plan nak sahur maggi rupanya.. patut tak nak ikut.

Pak Inche kata, esok sahur kat Thoufeeq pulak, amboiiii.. hahaha.


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya banyak tempat dan pilihan nak sahur kan..kat Seremban non hado......

    ReplyDelete
  2. rajin SK keluar sahur, saya sahur pakai baju kelawar je hari2 hahaha

    ReplyDelete
  3. teringat dulu2 klu bersahur ngan sislin, mesti lepak mamak hehehe

    ReplyDelete
  4. Syok plak tengok sahur kat mamak.
    Esok pagi nak ajak dak bujang ngan dak adah ni sahur kat luar jugak la..Harap2 depa sudi bawa mak depa ni..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!