MAKAN DI RUMAH MAKAN UWAN BONGEK

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SEJAK akhir-akhir ini, di Tanah Jauhar, mula bertapak pelbagai restoran yang mengetengahkan konsep makanan dari negeri-negeri lain. Kalau makanan Kelantan atau Pantai Timur tu memang mudah ditemui sejak dulu, namun sejak kebelakangan ini, restoran nasi kandar mula tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dan sekarang, nak menikmati masakan salai dimasak lomak cili api ala nogori pun dah ada. Antara yang pernah Sk kunjungi adalah Salai Valley, Salai Waghih Den dan terkini, Rumah Makan Uwan Bongek yang baru Sk kunjungi semalam. Bongek tu agaknya mengambil sempena nama Kampung Bongek yang terletak di Negeri Sembilan. Tapi dalam family Sk, bongek tu adalah istilah untuk seseorang yang gila-gila dan suka buat lawak bodo, hahaha.



Tengok-tengok menu dulu.. datang tiga beranak.. dari rumah seorang.. kemudian pergi jemput Iman di kolej, ambil gambar hantar kat grup, Pak Inche reply, suruh ambil dia jugak. Kebetulan lunch hour kan. Mula risau jugak, tahulah Pak Inche tu kan makannya memilih, mujurlah ada lauk Asam Pedas Tetel dan Ayam Goreng Kunyit kegemaran dia. Kalau tak ada, kita bagi dia telur mata bubuh kicap aje laaa.. hahaha.


Ada pilihan Asam Pedas ala carte


Pembuka selera dan ulam-ulaman


Masak Lomak ala carte


Kami pilih Set Talam C (1), RM80


Tengok dalam set, patutnya ada 6 lauk aje tapi bila tengok semula ada 7 lauk. Tu tak apa, siap ada tambah ulam dan sambal belacan.


Nasi diletakkan dalam dulang ayan bersaiz kecil.


Alhamdulillah.. kami makan dengan penuh berselera.


Mereka salai sendiri daging dan ayam tu. Ayamnya lembut dan betul-betul sedap di tekak Sk. Daging dihiris nipis selepas disalai, tapi Sk lebih suka ayam salai. Kuah lemak agak pekat dan berkrim, begitu juga asam pedas tetel, kalau dicairkan sikit tentu lebih merenih masaknya. Sambal tumis bilis petai betul-betul sedap, tapi kalau dimakan bersama lauk lemak, tak sesuai pulak, jadi Sk bungkus bawa balik. Berangannya nanti nak buat lempeng.. hahahaha.


Kalau anda jenis yang tak kuat minum, lebih baik kongsi minuman okey, punyalah besar saiz jug dia bagi airnya, hehehe


Kalau nak ke sini, masukkan dalam waze Leva Leur Cafe.. okey!

Rumah Makan Uwan Bongek
@ Leva Leur Cafe
110, Jln Sierra Perdana 4/1, 
Taman Sierra Perdana, 
81750 Masai, Johor

Buka setiap hari kecuali Isnin
11 pagi hingga 11 malam

Jumaat - 3 petang - 11 malam.

Selain itu, mereka turut menghidangkan menu shell out 😋

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menarik!! Sis Lin pun suggest ke sini haritu 😍 Bolehlah try nanti.. Dekat dah tu..Huhu

    ReplyDelete
  2. Bongek ni nama kampung kat area Rembau SK...maybe owner ni asal dari situ kot..tak pun keturunan dia..

    ReplyDelete
  3. Senang dah siap set gini kan, tak pening fikir nak pilih lauk.
    Pernah terkena dapat air dalam bekas giant gitu, adeh…kalau tau kita beli satu air je.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya hidup seorang SK.
    Selalu dapat jamu selera dengan macam-macam menu. Kita pun seronok juga, dapat tumpang jamu mata.

    ReplyDelete
  5. Memang betul lah, saya harus ke Johor rasanya 😄. Lihat menu2 di atas, kayak terliur langsung kak 🤤😍. Kliatan sangaaat sedap. Saya baru balik dari Penang, dan ada restoran yg jual makanan rumah gulai ikan jenahak. Saya coba sukaaaa sangat. Makanya tiap ke Malaysia, saya LBH suka cari kuliner macam tuh. Masakan kampung, masakan rumah, lebih sedap ❤️❤️

    ReplyDelete
  6. Tudiaaaa...nalla punya ayaq dia...
    Hidangan dia noltalgic sangat dengan talam dan be tuk jug zaman dulu
    Nasib baik bgtau Bongek tu nama kampung..Kalau tak jenuh saya fikir ..hihihi

    ReplyDelete
  7. Bongek kek Ghombau..dulu ammi pernah cuci mangkuk kat kilang masa cuti sem..ada sorang acik tukang masak tu kita panggil Cik Bongek.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!