Assalamualaikum WBT
RENDANG Daging untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini, Sk guna Daging Kiub Segar Sejuk Beku dibeli dari PIJM. PIJM merupakan anak syarikat Perbadanan Islam Johor yang membekalkan produk daging halal. Mereka mengadakan jualan promosi RM40/ 2kilogram sejak 29 Mei sehingga 22 Jun lepas di mana harga asal adalah RM32 sekilo. Dapat harga promosi kerana ada baucer dari Perbadanan Usahawan Johor. Daging ini merupakan daging segar import dari Pakistan dan telah mendapat sijil halal dari JAKIM. Jimat RM24. Selalu Pak Inche beli daging lembu segar tempatan untuk masak rendang, kali ni kita cuba pula guna daging lembu Pakistan.
Beli bahan-bahan untuk merendang dari Pasaraya Maslee. Antaranya bawang merah besar, lengkuas, kunyit, halia dan serai. Cili kering masih ada lagi kat rumah.
Daun kunyit ambil kat office, hehehe. Terima kasih Kak Narimah yang tanam pokok kunyit. Malas la nak gali kunyitnya, ambil daunnya sajo.
Pesan kat Iman, rendamkan daging pukul 11 pagi. Sk masih kerja hari rabu sehari sebelum raya, tapi dapat pelepasan waktu pulang jam 12 tengahari, rasa rugi kalau ambil cuti. Tapi tulah, jalan sesak pulak walaupun balik awal, dah azan zohor baru sampai rumah. Pukul 2 baru mula nak merendang.
Sk buat keputusan beli daging ni sebab ia dah siap dipotong kiub, dah selamat satu kerja, hahaha. Ada juga potongan yang berlemak macam ni. Ada yang potongannya besar sikit macam gambar di atas.
Yang ni cantik daging dan potongannya. Dah nak mula memasak, tak kuasa pulak membelek dan audit seketul-seketul, kita lebur sajo dalam kuali.
Serai besar-besar, Sk guna 4 batang aje, lengkuas anggaran 2", halia 2", kunyit seketul panjang ibu jari, bawang merah besar 4 biji, semua ni, potong kecil dulu baru kisar halus supaya tidak terlalu berserat. Selain tu, cuci dan toskan 2 sudu biji ketumbar, 2 sudu jintan putih dan 2 sudu jintan manis, kemudian sangai sehingga kering, kisarkan sekali. Tuang terus dalam kuali bersama daging yang sudah dicuci dan ditoskan airnya.
Cili kisar ni dah siap ada bawang juga. Pes yang selalu Sk guna untuk masak sambal tumis atau asam pedas. Konon nak kisar cili kering lain tapi malas pulak nak menggunting dan merebus cili, jadi Sk ambil stok yang ada dalam semangkuk ni.
Dah masuk semua dalam kuali, gaul dulu.... sebelum dimasukkan santan.
Terpaksa akur dengan keadaan masa yang agak suntuk, Sk guna santan kotak aje. Stok yang ada jenama M&S, jenama Kara dah wassalam.
Guna dua kotak santan 200 ml (saiz kecil), kemudian masukkan air dalam kotak santan yang sama, kocak-kocak-kocak, tuang dalam kuali. Anggarannya 400 ml santan dan 400 ml air untuk daging sebanyak dua kilogram.
Masaklah atas api, kena sentiasa kacau dan tarik dengan sudip di keliling kuali supaya tidak berkerak.
Part yang paling Sk suka bila rendang dah mula terbit minyak. Nampak kuahnya dah mula surut, Sk masukkan seketul kecil gula melaka, tiga keping asam gelugor dan dua kiub pati lembu.
Layan ajelah gambar kabur ni, satu-satunya gambar diambil selepas masukkan kerisek dan daun kunyit yang dihiris halus. Sk tambah garam sikit, garam jangan letak awal, dah nak kering baru masukkan. Sebelum masukkan garam tu, rasalah sikit rendang kita agar boleh tahu banyak mana nak letak garam.
Selera Pak Inche sekarang, nak rendang yang basah-basah. Tapi rendang Sk ni taklah basah sangat, kering sangat pun tak, sederhana saja. Sk suka masukkan banyak bahan kisar supaya nanti boleh cekut-cekut taklah makan daging semata-mata. Tanya Pak Inche, sedap tak?
Dia angguk-angguk sambil laju menyuap dengan lemang masa makan malam raya tu. Pagi raya pulak, makan dengan ketupat palas. Sedaplah rendang Sk ni, kannnn.. jangan berani kata tak sedap, hahahaha.
Nak resepi Rendang Daging Sk boleh tengok
DI SINI.
Eh murah la kak, ish jimat habis tu..klo da potong ketul mcm tu x byk sgt keje kite kan...sedapnyaa
ReplyDeletekering2 cam ni memang best!
ReplyDeleteSelamat merendang daging pakistan
ReplyDeleteKira murahlah harganya.
Kalau daging segar tempatan pun dah rm38 se kg
Wahh dah ada daging Paki yang dah siap potong gitu,nanti akk bagitau hubs..mesti dia suka product paki ni..sedap SK hihii
ReplyDeleteDaging yang ada lemak sikit tu elok dibuat rendang. Boleh bantu keluarkan minyak supaya lebih cantik waktu rendang terbit minyak.
ReplyDeleteRendang daging pun mcm dh jd 1 menu wajib famili kecil kami sekarang kak... rendang ni wajib masak malam sebelum... dia kena bermalam dulu barulah mesra... sy pun suka basah² tp masalahnya rasa dah buat basah pastu lama² dia jd kering jugak
ReplyDeletesaya pun suka jenis rendang yg basah2
ReplyDeleteSama la..SA suka rendang basah- basah dan ada lemak2 daging tu skit...daging semata tak berapa sedap...jenuh terselit celah gigi..ehhhh..hahahaha
ReplyDelete