Assalamualaikum WBT
Tajuk : Garis Mati
Penulis : Maria Kajiwa
Penerbit : Syarikat Fajar/ Fajar Pakeer
Jumlah Mukasurat : 374
Genre : Seram
Harga : MYR 27
Sinopsis :
Satu undian telah dijalankan di grup ASFC Facebook. Kesemua ahli grup telah diminta memilih topik kisah hantu yang paling ingin dibaca oleh mereka. Keputusan yang diperolehi membuatkan Arfan dan Wahidah sama-sama berkerut dahi.
Ulasan :
Novelis Maria Kajiwa (NMK) mengakui mendapat inspirasi daripada satu undian 'Topik Kisah Hantu yang paling ingin dibaca' yang diajukan kepada ahli grup facebook Maria Kajiwa Fiction Club (MKFC). Keputusan undian tersebut menjadi idea asas kepada novel ini.
Saya masih ingat lagi ketika NMK meminta ahli MKFC untuk mengundi di status poll itu. Walaupun saya tak ingat kisah hantu mana yang saya pilih atau cadangkan, saya jangkakan NMK akan memilih kisah hantu yang mendapat undian tertinggi untuk dijadikan plot utama novel beliau. Rupa-rupanya, dari hasil undian tersebut, NMK memilih untuk bercerita tentang 10 kisah hantu dalam poll tersebut bermula dengan Kum Kum. Siap ada 'bonus' lagi!
Garis Mati mengisahkan tentang seorang penulis novel seram bernama Arfan yang terpaksa menunaikan janji kepada peminat untuk menulis tentang 10 kisah hantu yang paling ingin dibaca oleh mereka. Sahabat baiknya, Wahidah yang pandai-pandai membuat undian tersebut. Arfan pulak bukannya jenis yang main karang sahaja sebaliknya Arfan membuat kajian terlebih dahulu dengan mendekati dan menyiasat individu yang berkait dengan kisah hantu yang ingin ditulisnya.
Membaca novel ini bagai membaca sebuah dokumentari tentang hantu-hantu yang kebanyakannya wujud di Malaysia. Dari sepuluh kisah hantu, kebanyakannya, saya biasa dengar atau baca namun ada juga yang baru saya tahu kisahnya bila membaca novel ini. Kalau nak tahu kisah-kisah hantu tersebut, kenalah baca novel ini sendiri. Yang pasti, setiap cerita ada rahsianya.
Novel ini bagi saya tiada plot twist cuma saya baru tahu, Penanggal bukan sahaja makan uri dan minum darah ibu yang baru bersalin tetapi juga ... Jeng jeng jeng! Tapi keliru jugaklah dengan kisah penanggal tu, yang ibarat pegar, pegar makan padi.
Tapi, tak tahulah kenapa, bila baca novel ni saya asyik terpandang-pandang wajah Novelis Anuar Darwisy dan Novelis Zaifuzaman Ahmad.
Apapun, jika anda ahli MKFC, Garis Mati harus dimiliki!
Pernah baca novel Anuar Darwisy tu…best.
ReplyDeletePenaggal makan apa lagi satu tu? Suspen kita
X pernah lagi baca novel genre seram..eh..ke pernah? Rasa mcm x pernah aje...
ReplyDeleteNovel seram ke ni? Macam best je!
ReplyDeleteAlaa kalau novel seram, tak berani nak baca hehe
ReplyDelete