RESTORAN AINONI KEMBALI DIBUKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SEBULAN jugak ya, restoran tomyam Ainoni kegemaran kami ditutup sejak Hari Raya Haji lepas. Sk sampai telefon talian Ainoni tu, masih di kampung katanya. Sk risau, restoran sebenarnya dah buka tapi kami nampak tutup, macam selalu-selalu cerita misteri tu, hahaha.





Punyalah lama tak datang, siap membelek menu padahal nanti order benda sama jugak 😆. Oh, mereka semua kampung di Thailand, tu yang kena tunggu sebulan, baru boleh masuk Malaysia semula.


Kerabu Mangga.. sedap macam selalu.


Pesan lauk yang selalu jugaklah.

Ikan Siakap Tiga Rasa
Tomyam
Udang Sambal
Sotong Goreng Tepung
Baby Kailan

Kee.. Kangkung Belacan.. lupa.

Ikan Siakap Tiga Rasa kurang pedas, ada dua rasa jer, masam dan manis, macam masak Sweet Sour. Udang kecik sikit kali ni dan tak berapa.. kenapa eh rasa macam bukan tukang masak yang selalu, siap ada serai yang dihiris serong. 


Selalu ambil tomyam biasa, kali ni ambil Tomyam Chiang Mai. Rasa pes sangat. Walaupun begitu, licin semuanya, hahaha. Dalam kereta, Sk luahkan pendapat tentang kekurengan masakan di Ainoni kali ni dan semua bersetuju. Elehhhh.. padahal bukan main laju memasing makan, hahahah. Ni sebenarnya cerita akhir bulan lepas😆.


Malam tadi pergi lagi, Pak Inche kata belum makan nasi. Sk dan Iman pulak nak makan mee celup, jadi cadangkan Pak Inche makan nasi daging merah ke.. nasi paprik ke..


Mahunyaaa... 

Empat lauk dia order

Udang Sambal
Baby Kailan
Telur Dadar
Sup Ekor

Sup ekor tu sedap betul!!!!!


Sk makan Mee Celup Daging.


Iman makan Kuey Teow Celup Daging.


Pesan jugak Pulut Mangga. Selalu nak order takut kenyang tapi kali ni nekad jugak. Tak sia-sia sebab sedap betul sos santan tu macam kat pesta Thai.

Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. biasa diorg ni akan tukar tukan masak bila dh cuti lama kot SK, sama mcm kat sini...asyik x sedap...

    ReplyDelete
  2. dulu pernah bercuti masa raya haji di putrajaya dgn harapan boleh la makan di kedai siam yg kami suka tp hampa diorang balik kpg beraya... lepas tu br teringat kalau raya haji ramai yg lama bercuti di kpg esp yg di pantai timur/siam tu... so balik kch dgn keciwa x dpt mkn tomyam dan sup ekor sedap di kedai siam fav kami

    ReplyDelete
  3. Tulah kan, kalau diorg cuti biasanya lama. Rupanya balik Thai and nak masuk balik tunggu sebulan eh. Baru saya tau.

    ReplyDelete
  4. Tu la, kadang kedai siam ni, dia tukar tukang masak. Sedap tengok pulut mangga. Sup ekor pun selalu juga saya order sini. Sedap juga. 😋

    ReplyDelete
  5. boleh la cuba makan kat sini lain kali

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!