KETUK-KETUK CITARASA MALAYSIA @ IBIS STYLE JOHOR ISKANDAR PUTERI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

LAGI beberapa hari jer, kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ramai yang dah mula merancang, nak masak apa untuk bersahur, nak makan apa waktu berbuka. Jangan tak percaya, ada yang dah siap jadual menu sepanjang bulan puasa ni, hehehe. Tapi.. tapi.. tapi.. mungkin ada juga yang mencari lokasi yang menyediakan Buffet Berbuka. Nak bawa emak ayah, nak berbuka dengan adik-beradik atau nak berbuka dengan rakan sepejabat. Masa ni jugak, bos-bos nak meraikan staf dengan majlis berbuka puasa. 

Bagi mereka yang inginkan suasana baharu, Sk nak bawa anda ke Ibis Styles Johor Iskandar Puteri yang baharu dibuka di Iskandar Puteri, juga buat julung kalinya menawarkan Buffet Ramadhan dengan bertemakan Ketuk-Ketuk Citarasa Malaysia.


Jangan lepaskan peluang merasai keenakan Nasi Beriani Ibis Styles Johor. Nasinya lembut dan menggunakan beras basmathi yang berkualiti dan rempah ratus terpilih.


Penggemar Nasi Kerabu pasti tidak kecewa dengan nasi yang dimasak dengan bunga telang ini. Terserlah warna birunya yang asli dengan taburan ulam dan serunding ikan, budu, sambal dan telur masin. 







Turut disediakan nasi putih dan pelbagai pilihan gulai untuk dinikmati bersama nasi pilihan anda.









Aneka salad, kerabu dan pajeri nanas.


Sambal Belacan, Sambal Ijo, Sambal Cencaluk dan Sambal Tempoyak serta ulam-ulaman.


Rojak Asma dan Rojak Petis pun ado!


Istimewa di Ibis Styles Johor Iskandar Puteri, ada menu Sarawak iaitu Ayam Manok. Juga pelbagi jenis laksa dan mee. Kambing? Mestilah ada.. gambarnya jer tak ada 🤭.


Pencuci mulut!


Aneka kuih talam.


Aneka kek potong dan swiss roll.


Jeruk dan keropok, sedap ni dikunyah-kunyah sambil berborak 🤭. Anak-anak juga mesti seronok buat sendiri ABC, Aiskrim, Popcorn dannnnnn Cotton Candy 💃.

Ketuk-Ketuk Citarasa Malaysia
15 Mac hingga 8 April 2024 |
 6 pm hingga 9.30 pm

Early Bird Promotion
RM88+ (dewasa)

Harga Normal RM108+ (dewasa)
RM58+ (kanak-kanak 6 - 12 tahun), Warga Emas (60+ tahun)

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi 📱0124843352 (Warren) atau
Email HAOK9@accor.com atau
Layari https://all.accor.com/AOK9

Untuk tempahan group/company, sila hubungi 0167337114 (Falisha) atau 

Surau ✅
Parkir Percuma ✅


Sempena Ramadan juga, ibis STYLES Johor Iskandar Puteri menawarkan Pakej Penginapan Ramadhan 2D1N untuk 2 orang dengan hanya RM298+. Pakej penginapan ini termasuk sahur atau sarapan pagi dan Ketuk-Ketuk Citarasa Malaysia Ramadhan Buffet.

IBIS STYLES JOHOR ISKANDAR PUTERI
1 Nusa Sentrum Complex,
Jalan SiLC 2/9, SiLC Industrial Park,
Iskandar Puteri, 79200 Johor Bahru, Johor.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menyelerakan la hidangan yang disediakan.

    ReplyDelete
  2. Pergh! Banyaaaknya pilihan.
    Ada Rojak Asma tu yang istimewa.

    ReplyDelete
  3. Aaaa..mana satu nak cedok dulu ni. Lauk lauk dia sedap betul. Kuih muih kemain banyak lagi pilihan.

    ReplyDelete
  4. cara dia susun nasik kerabu tu pun dah menggiurkan!

    ReplyDelete
  5. Menarik pakejnya...murah pun murah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!