SELERA DESA THISTLE RAMADAN BUFFET @ THISTLE JOHOR BAHRU HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

TIDAK sampai dua minggu lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh berkah. Tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim dan persahabatan dengan berbuka bersama-sama dan mula merancang mencari lokasi yang menyajikan makanan enak lagi berbaloi. Bagi warga Johor yang masih belum ada idea tu, meh.. Sk bawa anda ke Thistle Johor Bahru Hotel yang terletak di Jalan Sg Chat. Hah.. warga Singapura pun, jom! Korang nanti mesti datang shopping kat JB kan! 🤭 Lepas shopping tu, bolehlah berbuka di sini, okey! 


Jom kita terjah, apa agaknya yang bakal disajikan di Selera Desa Thistle Ramadan Buffet.


Selera Utama Desa

Bayangkan seharian menahan lapar, tak menahan nak menceduk lauk yang dihidangkan terus dari kawah yang terdiri dari Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai dan Pisang Muda, Asam Pedas Ikan Pari, Kepah dan Nenas Lemak Cili Api dan Kari Kambing Dalcha.






Juga pilihan Ikan Siakap Tiga Rasa, Sambal Paru dan Limpa, Nangka Masak Lemak, Pajeri Nanas, Gulai Lemak Itik Salai dan Rendang Tok.

Juga masakan tradisional cina seperti Itik Pong Teh, Butter Prawn, Fried Tofu & Egg Sauce.










Semuanya sungguh menyelerakan


Jangan lupa juga singgah ke Gerai Pak Tompel 😂 dengan aneka makanan ringan, jeruk dan pelbagai jenis biskut raya dan biskut dulu-dulu yang mengimbau zaman persekolahan, singgah ke kedai runcit sebelum balik rumah untuk membeli jajan 😍.




Pelbagai pembuka selera dan Pasembur Kampung Johor seperti ulam-ulaman untuk dicicah dengan sambal pencecah lima lautan, aneka kerabu bersama dayang-dayang, ikan masin dan pekasam serta terdapat juga Rojak Asma.


Soup yang boleh dipelbagaikan mengikut citarasa sama ada bersama mee atau roti benggali. Nikmati ia bersama sambal kicap atau sambal cili.

From The Carving





Jangan lepaskan peluang menikmati Whole Lamb Quzi, Roasted Beef, Aneka Ikan Bakar Bersambal ala Johor seperti ikan cencaru, pari serta Shell Out!


Singgah juga ke Lemang Corner dengan pelbagai sajian ketupat tradisional yang pelbagai seperti ketupat nasi, ketupat palas dan lemang disajikan bersama pelbagai pilihan serunding.



Bagi yang menggemari masakan Timur Tengah, jangan terlupa pula menceduk sepinggan Nasi Beriani atau Nasi Arab yang dihidangkan bersama Kari Tulang Kambing 😋.


Selain tu, sate pun ada tau! Mana pulak gambar sate Sk?? 😂



Penggemar nasi ayam pasti setuju, nasi ayam di sini antara yang paling enak pernah dinikmati. Boleh pilih nak makan Nasi Ayam Steam atau Panggang.

Selain tu, ada juga Laksa Johor, Mee Rebus dan Mee Bandung. Juga Roti Canai, Murtabak dan Roti John.


Nikmati juga Bbq Beef Short Ribs dicicah dengan bbq sauce.


Stall Kuali Panas Pasar Malam pun ada dengan pilihan Kuey Teow dan Mee Goreng. Sodappp!


Sampan Singgahsana dengan aneka gorengan dan cucur.



Pelbagai sajian pencuci mulut tradisional dan moden.


Juga pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas.


Sajian buah-buahan tempatan pastinya tidak dilupa.


Terpaling best... ada duriannnnnss!


Jangan lupa buat tempahan awal. Pengalaman Sk, kalau lambat-lambat memang melepas laaaa. Terpaksa masak sendiri pulak nanti, hihi.

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet at Thistle Johor Bahru Hotel

Bermula 13 Mac hingga  8 Apr 2024 
Jam 6.30pm - 10.00pm

Harga baucer :

RM138ñett (dewasa)
Beli 10 PERCUMA 1 (dewasa sahaja) 

RM88ñett (kanak-kanak 6-12 tahun)

Early Bird Promotion
Pembelian baucar sehingga 
8 March 2024. 

RM118ñett (dewasa)
RM78ñett (kanak-kanak 6-12 tahun)

Persembahan LIVE Band setiap hari • Bazaar Raya • Tempat letak kereta percuma • Surau disediakan di Tingkat 2

Untuk pembelian/tempahan :

☎️ +607 267 8999 | +6012 789 2092



Alamat :
Orchid Ballroom
Thistle Johor Bahru Hotel
Jalan Sg Chat, 80100 Johor Bahru
Johor Malaysia

Daily rotation menu items are subject to change according to seasonality and availabilty.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Banyaknya juadah! Tak termakan ni... Tapi durian tu tetap no syatu :D

    ReplyDelete
  2. Woww terkecur2 tengok menu semua tu, sedap sangat tengok nya especially bahagian kuih muih favorite.

    ReplyDelete
  3. Ni kalau tengaj puasa..
    kurus pahala ni...terliur semuanya

    ReplyDelete
  4. Kita siap dah beli baucer early bird kak hehehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!