21 RAMADHAN BERBUKA BUBUR LAMBUK

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM petang, dah hidupkan enjin kereta dan bersedia untuk memecut pulang, En Daud datang ke pintu kereta. Beliau baru sampai dengan En Jekfer bawa turun termos besar, rupanya dalam tu ada Bubur Lambuk. 



Bubur Lambuk paling sedap katanya.. Sk tak tanya lebih lanjut dari mana, siapa masak, sebab berkejar nak balik. Nak masuk persimpangan Skudai tu, lambat seminit kompom rabak jemnya 😂. Mujur pulak dalam kereta ada tupperware kosong, jadi, laju jerlah kita tapau. 

Update : Bubur Lambuk Masjid Larkin

Pak Inche ada Jemputan Berbuka Puasa jadi memang Sk tak masaklah. Cuma berbuka dengan kurma dan bubur lambuk jer. Memang sedap betul bubur lambuk tu cuma rempahnya macam terpahit sikit. Tapi, berasa la rempah tu dan tak lokek bahannya. Lepas maghrib, panaskan pulak kuah laksa Cik Ani, hahahah.. melaksa lagi!


Pak Inche request Nasi Goreng untuk sahur pagi ni, tapi malas la nak masak nasi. Nasi sejuk dalam peti pun yilek, memang dah berapa hari ni tak masak apa. Lepas tu, Pak Inche kata, buat sosej dengan telur aje la. Terus Sk rendam sosej, letak dalam chiller siap-siap supaya dah lembut untuk dimasak sahur. Esok la ya, baru kita sahur nasi goreng 🤗.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. harini kt opis ada program kacau bubur lambuk ..nanti ptg smua staff dpt...gedik tgk telur camtu..sedap tu

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik bubur lambuk tu tapi tu la SA plak x makan..selalu dapat Dania dan PZ jer yang makan...

    ReplyDelete
  3. semalam suami kak ana bawa balik dari surau, last2 dia yang makan sengsorang, kak ana tak berapa masuk bubur lambok nih.. :)

    ReplyDelete
  4. Memang tak tolak lak kita kalau ada bubur lambuk kan. Kegemaran bulan puasa. Kena masak nasi lebih hari ni. Kalau tidak tak bernasi gorenglah Pak Inche.

    ReplyDelete
  5. Belum sempat melambuk sepanjang bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  6. sedapnya bubur lambuk tu kak oi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!