MELEMPENG PULAK DAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT



TENGAHARI tadi, Cik Ani hantar gambar bergulung-gulung lempeng dalam grup whatsapp. Alhamdulillah, rezeki Syawal, banyak tempahan makanan yang diterima Cik Ani, yang paling banyak menjala la. Namun, jaman now, melempeng pun boleh jadi duit!



Gara-gara tengok lempeng Cik Ani, maka Sk pun termelempeng jugaklah tadi. Mula tu nak bancuh dalam mangkuk besar macam biasa. Baru nak ambil cawan sukat tepung, terpandang pulak jug penyukat besar saiz jug kecil tu. Terus Sk masukkan tepung 300 ml, ikut ukuran pada jug dan tambah air, kacau kasi larut sikit, kemudian tambah lagi air sehingga mencecah ukuran 600 ml. Pecahkan telur sebiji, masukkan garam dan kacau hingga tepung larut. Nahhhh.. kenapalah selama ni guna cara yang susah, hahahah. Nak melempeng tu, tuang aje terus adunan lempeng tu dari jug, tak payah nak menyenduk-nyenduk lagi.


Cicah pulak dengan Sambal Ijo pemberian dari Ms Karman, PR Double Tree by Hilton Johor masa preview Ramadhan bulan lepas. Masih elok sangat sambalnya, dapat dua botol, sebotol dah wassalam. Kat rumah ni, Sk sorang aje la pun yang makan. Pak Inche tak gemar sangat sambal-sambal macam ni kecuali kalau makan kat kedai nasi padang. Kalau yang dah dibotol-botol ni, sebelah mata pun dia tak pandang, huhu.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lempeng ni kalau lawan dengan sadin memang best

    ReplyDelete
  2. I find that automatic washing machine are more convenient when I go over my selections for a new washer. The uncertainty of laundry day is eliminated with an automated washing machine with functions like load detection and water level adjustment

    ReplyDelete
  3. Eh eh..kita pun rasa macam nak melempeng jugak. Apa pun kalau rajin dan usaha, boleh jadi duit. Ye tak ye jugak kan, guna jug kan senang terus curah je. Cuma sukatan tu kena agak-agak lah gitu kan.

    ReplyDelete
  4. Teringin pula saya hendak melempeng. Tapi Sabtu Ahad ini penuh jemputan rumah terbuka, kenduri dan majlis bbq di tempat kerja.

    ReplyDelete
  5. Lempeng ngan sambal sardin...mak aiiii....dapnyaaaa.....minggu ni buat la..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!