KARI TULANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT


PAK Inche beli tulang (lembu) kat pasar tani hari ahad dua minggu lepas. Dia beli tu sebab keliru, pasal ingatkan Sk nak guna untuk masak Soto Ayam hari tu. Dah nak soto ayam, takkanlah nak letak tulang lembu, kan. Jadi, tulangnya tu, Sk masuk freezer. Jumaat, bila kita tanya, nak masak apa untuk makan malam, Pak Inche kata, sama ada Sotong Masak Kicap atau Kari Tulang. Sk pilih masak Kari Tulang.



Tulang tu Sk rebus dulu dalam pressure cooker berbanding cara biasa Sk sebelum-sebelum ni, Sk tumis dulu rempah dan masukkan bersama tulang, masak dalam pressure cooker. Kentang tak ada, tomato aje yang ada, hehehe.


Kari Tulang Lembu

Bahan-bahan :

1 kg tulang lembu (rebus sehingga empuk)

7 ulas bawang merah 

3 ulas bawang putih

1" halia

Rempah 4 sekawan

2 tangkai daun kari

3 tbs Rempah Kari Daging

1 tbs Serbuk Cili

1 tsp serbuk kunyit

Sedikit air

Air rebusan tulang/daging

2 keping asam gelugor

1 kiub pati lembu

Garam

Minyak untuk menumis


Cara-cara :


1. Tumbuk hingga lumat bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan tumbuk, tumis hingga mesra.

3. Masukkan daun kari, rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit serta sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.

4. Tambah air sedikit, kacau lagi hingga pecah minyak, buat berulang kali sehingga rempah sebati.

5. Masukkan secawan air rebusan atau secukupnya.  Kacau mesra, masukkan tulang. Tambah lagi air rebusan jika perlu.

6. Masukkan asam gelugor, kiub pati lembu. Biar merenih. 

7. Akhir sekali, masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan tomato.



Pak Inche singgah kedai beli bahan-bahan nak masak sayur chap chai. Aaa.. sila masak sendiri la sayur tu. Sk dah penat gosok kabinet dapur, gosok lantai, gosok periuk belanga, mendobi lagi.. tahulah kerja rumah, mana pernah habis, kannnnn. Kalau bukan kita yang buat, siapa la nak buat 🥹🥹🥹.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. blum lunch ni...lpr la plak kari tulang...biasa mkn sup tulang

    ReplyDelete
  2. betul..kat rumah ni pun sama. yg masak orang lain (yang kene kerjakan dinding dapur, sinki) semua bagi kilat ni muka ni ha...harapkan yg lain tu hmmmm

    ReplyDelete
  3. ada leftover cicah lempeng sedapnya kak....

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... cicah dgn roti pun sedap ni.

    ReplyDelete
  5. Kita pun ada 2 kilo tulang selangka...x tau nak masak apa..lepas tu ada perut muda...pun x masak lagi...

    ReplyDelete
  6. Bestnya tulang baru pagi tadi terlintas kalau masak sup tulang sedap jugak 😬

    ReplyDelete
  7. Meriah sayur cap chainya tu.Pandai Pak Inche masak. Mak Inchenya sibuk buat kerja dapur.

    ReplyDelete
  8. Dah lama saya tak sebut sayur masak chap chai. Selalu arwah bapak yang sebut gitu. Saya panggil sayur campur.

    ReplyDelete
  9. Ngam dah ni Kari Tulang & sayur campur tu... kalau kitorg tambah kicap sekali dlm nasi, licin sepiyok nasi 😆

    ReplyDelete
  10. Tapi baguuus juga pak inche bisa memasak. Suami saya tak bisa, kec masak telur goreng dan Indomie 🤣🤣. Di suruh masak cap cai ntah apa jadinya nanti 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!