RAYA KE 5 DI RUMAH ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


BORAK-BORAK dengan bos pagi tadi, rasa macam cepat betul puasa, dah raya. Raya pun, sekejap jer dah seminggu.. huhuhu. Tapi tulah, walaupun hari berlalu terasa cepat, gaji pulak terasa lambat 🤣🤣🤣.


Mengelat betul ya bila giliran beraya di sebelah Pak Inche. Dah hari kelima barulah dapat beraya di Johor. Sebaliknya pulak jika giliran berhari raya di Johor, hari raya kedua dah ada di Kedah. Ada sekali, tengahari hari raya pertama dah berada atas highway. Ini tidak adil! Bila kak cakap pasal plan hari raya tahun depan, Sk cakap awal-awal, raya ketiga baru balik, huwa huwa huwa. Itupun jika Allah swt masih pinjamkan usia dan kesihatan. Kita hanya mampu merancang, Allah swt jua yang menentukan.


Raya kelima, kami berkumpul adik-beradik di rumah Angah. Rumah yang banyak kenangan bersama mak (ibu). Tengok pagar nampak ibu, masuk bilik nampak ibu, masuk dapur nampak ibu. Di mana-mana nampak ibu.. sobs.. sobs.. sobsss..

Angah masak ketupat nasi, kari ayam dan pelbagai makanan hari raya untuk jamu adik-adik yang kuat melawan ni 🤭. Raya pertama hari tu, tak cukup korum sebab Sk dan Cik Ani beraya di Terengganu.



Seharian Angah anak-beranak anyam ketupat membawa ke tengah malam. Selain ketupat daun,  ada juga ketupat segera atau nasi impit.


Tak ada Masak Lodeh atau Sayur Lodeh tapi ada Sambal Goreng. Seingat Sk, ibu dulu jarang buat Sambal Goreng. Kalau pergi kenduri-kendara baru jumpa. Itupun budak kecit tak boleh makan banyak-banyak sebab antara bahannya organ dalaman haiwan seperti hati lembu dan ayam. 


Rendang Nasib. Rendang Daging pun ado tapi lupa nak ambil gambar. Kiranya menu hari tu adalah Lontong Kering.


Satu lagi menu utama, Soto. Bahan utamanya bukan ayam tetapi ekor lembu yang ditaja oleh Cikwa. Sk beli sebatang lemang di Bandar Baru Kangkar Pulai. Beza betul harga lemang di Johor dengan Terengganu. Lemang Kijal tu kami beli RM5 sebatang sebelum raya. Masa raya jadi RM15/2 batang (gerai lain). Lemang di Kangkar Pulai, RM20 sebatang!


Ada begedil, baru cukup syarat makan soto.


Ada yang lagi suka makan mihun soto, ada yang memang semulajadi tak makan soto nasi.


Soto jugak menu utama hari raya pertama di rumah mentua Cik Ani atas permintaan orang kampung. Soto yang lengkap mesti ada suhun goreng tau!


Sebelum makan soto, Sk terlebih dahulu makan ketupat, lemang, rendang dan kari ayam. Kemudian baru makan soto.. Alhamdulillah, Allah swt masih meminjamkan nikmat makan dan berselera, semuanya sedap belaka. 


Terima kasih Angah yang bersusah-payah memasak menggantikan mak. Semoga Allah swt melimpahkan lagi rezeki, memberi keafiaatan, kebahagiaan dan kesejahteraan buatmu sekeluarga, Amiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Selepas 31 tahun beraya tanpa abah, ini Syawal pertama beraya tanpa sosok ibu. Semoga Allah swt mengampunkan dosa kedua ibubapa kami dan menempatkan roh mereka di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Amiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya la yang tak boleh in dgn soto nasik. soto memang dgn bihun je. ketupat tu dengan sambal kacang atau kuah lodeh.

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok menu raya Johor...rasa macam nak buat juga lontong kering

    ReplyDelete
  3. Lin tengok muka akak adik beradii semua lain-lain acuan ekk .. mata Lin laa .. tengok rendang, macam nak biat rendang, raya tak puas makan rendang …

    ReplyDelete
  4. boleh bayangkan perasaan rindu tu... :(.. d mana2 nampak kelibatnya..

    ReplyDelete
  5. waduh sedapnya menu akak tu, terliur menengoknya ... lagilah klau ada soto

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Angah siap anyam ketupat untuk jamu adik-beradik.
    Syukur masih dapat berkumpul walaupun mak ayah dah tak ada.

    ReplyDelete
  7. Raya kali ni kita tak anyam daun kelapa...tapi skill masih ada🤭
    Makan banyak tapi maintain kurus pun wajar disyukuri🤲🤭

    ReplyDelete
  8. Rindunya saya suasana kampung laman apabila melihat ketupat tersusun elok bergantungan! Teringat arwah Kak Ros rajin gantung ketupat di dapur!

    ReplyDelete
  9. Walau kadang rasa tak adil. Takpe, kita raikan saja hari raya dengan gembira. Sedih kehilangan orang tersayang tu tak dapat di elak. Ada saja kenangan bersama arwah yang berlegar-legar dalam kepala. Bestnya beraya di Johor, banyak menu favourite. Teringin ketupat daun tu. Dah request encik suami anyam ketupat tapi daunnya nan hado pulak. huhu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!