20 RAMADHAN BERBUKA DENGAN KAWAN-KAWAN DI RESTORAN WADI HANA ELARABI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


MINGGU lepas, ada cadangan untuk berbuka puasa bersama team office di Restoran Nasi Arab. En Nas cadangkan untuk ke Restoran Wadi Hana Elarabi di Desa Rahmat. Siapa yang setuju boleh masukkan nama. Maklumlah, waktu berbuka ni selepas waktu pejabat, tak semua orang boleh beri komitmen kecuali jika diwajibkan. Untuk bayaran, cuma kena tambah RM10 dengan setiap menu set individu, bakinya ditanggung kelab. Boleh bawa ahli keluarga, yang tu tanggung sendiri la. 

Gedebak-gedebuk, ehhh...11 orang aje yang setuju nak join. Tak sampai sepertiga pun dari ahli kelab jadi cadangan berbuka puasa dibatalkan. Namun, yang 11 orang tadi setuju untuk meneruskan agenda berbuka puasa dengan sukarela mengeluarkan duit poket masing-masing. Kena pilih menu dan bayar siap-siap pada bendahari.


Dapat meja outdoor atau bawah khemah tambahan yang dipasang di luar bangunan kedai. Walaupun cuma khemah tapi dekorasinya macam dalam restoran dengan tema arab. Tapi.. sempitnya. Meja dan kerusi disusun rapat-rapat, selagi boleh muat. 


Terdapat dua pilihan minuman bagi set individu dan set dulang, sama ada Arabic Tea atau Karkade. Namun ianya diberi secara random. Rezeki la kalau dapat minuman yang kita nak.


Tertanya-tanya jugak apakah Karkade ni. Ia merupakan air bunga Hibiscus. Hibiscus ni bunga raya kan, tapi rasa dia macam roselle. Tengok gambar tu pun roselle kan. Tak ada pulak ambil gambar air karkade tu, tapi Sk dapat karkade tu la. Yang sedih dapat minum setengah gelas jer sebab gelas tumbang terlanggar pinggan. Salah sendiri.


Bawa kurma.. banyak sangat kurma kat rumah. Lebihnya suruh En Nas bawa balik.


Sup dan Salad Arab. Aaa.. nampak sikit tu air karkade. Ni Pak Inche tak ikut sebab dia pun ada Jemputan Berbuka Puasa Econsave buat kat Thistle Hotel.


Ustaz belum sampai, Ali bacakan doa berbuka puasa.


Pilihan nasi sama ada Mandhi atau Maqlobah yang juga dapat secara random. Rezeki Sk semalam, dapat apa yang nak makan iaitu Nasi Maqlobah. Sk ambil lamb, macam biasalah, nasi arab ni portion besar, sampai penuh perut. Sk pas kambing sikit pada En Daud kat depan tu, sebab dah mengah nak habiskan.


Set Dulang ni RM89. 
Mahal tak padan dengan porsinya, huhu.



Lepas makan memasing laju-laju balik nak kejarkan maghrib. Ada yang kena balik asrama untuk program terawih. Pihak restoran ada jer sediakan surau tapi tak tahulah selesa ke tidak dengan pelanggan punyalah ramai ni, huhuhu.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronok dpt iftar bersama kwn2...dpt plak meja bwh khemah ala2 mcm kt padang pasir arab gitu

    ReplyDelete
  2. Alaaa... dapat setengah gelas aje ke, tak boleh minta tambah ye SK?

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat berbuka puasa reramai

    ReplyDelete
  4. Seronok sangat tengok buka puasa ramai2 ni. Meriah. Makanan pun nampak sedap semua. Ohh karkade tu hibiscus ya.

    ReplyDelete
  5. sayang lak bila semua random2 gitu kak.... antara sebab dana tak suka berbuka kat luar sebab gini lah kak, kelam kabut nk pi solat maghrib, sbb kdg tempat yg disediakan tu sempit atau ramai sangat

    ReplyDelete
  6. Bestnya iftar dengan kawan- kawan..SA x dan nak join berbuka dengan kawan- kawan..sejak duk Seremban ni kan..beberapa tahun sudah selalu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!