Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Pak Inche ada program berbuka puasa bersama YB Mohd Hairi, Exco Kerajaan Negeri Johor juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Rasanya tahun ni tahun paling banyak kali kami tak berbuka sama. Ingatkan, untuk berbuka cuma nak panaskan Bubur Lambuk Masjid Larkin yang dapat kelmarin tapi tiber Angah ajak berbuka puasa di Senai. Sk terus onz!
Angah kata, dia ada masak Asam Pedas Tetel, tapi tetel tak tetel la. Ada tulang, babat, hati dan organ dalaman lembu jugak. Asam Pedas Nasib la kot namanya, hahahaha. Dush! Sampai bertambah ya makan, maklumlah.. dah berapa lama tak jumpa asam pedas.
Ada gerai kuih dekat dengan kawasan rumah Sk (bukan dalam bazaar Ramadhan). Sampai pun dah lewat, cuma Seri Muka sahaja kuih talam yang tinggal. Yang kuning tu Seri Muka Durian.
Cik Ani bawa donut, pau sambal, tako dan Cara Berlauk. Dia punya lauk tu, penuh. Oh, ada juga Murtabak Sabah, lupa nak ambil gambar semua kuih tu.
Buah tangan sempena Aidilfitri dari YB Hairi. Terima kasih YB.
Dapat Tart Nenas lagi, yang ni Tart Sepit. Juga Semprit, Batang Buruk dan Almond London. Cantik sangat bingkisan dari YB Hairi.
Pukul 12 malam, Pak Inche ajak keluar cari Nasi Lemak. Mula macam malas, Pak Inche kata, tak apalah dia pergi bungkus. Eh, tak sampai hati pulak, siapa tak sayang laki oi!
Selain nasi lemak, ada jugak jual nasi campur. Sk nampak Pucuk Manis Masak Lemak, terus ambil nasi putih. Uiiii.. pukul 12.37 tengah malam boleh makan nasi tanpa rasa prejudis! Huhuhu.
Tengok Asam Pedas Nasib teringat Rendang nasib drama bersiri Kekasih Paksa Rela.
ReplyDeleteMakan pukul 12 lebih tu kira sahurlah ya? Atau kes berbuka tak puas makan ni.
ReplyDeleteBusy Pak Inche bulan Ramadan ni. Ingatkan rendang nasib je ada, asam pedas pun ada ye. Elok sungguh kejadian kuih talam tu. Untung sangat dapat kuih raya, lagi lagi tart nanas kuih favourite. Belum raya dah habis dulu dah.
ReplyDeleteMemang tak sampai hatilah kita, haruslah ikut teman juga. Sesekali takpe kot kan makan tengah malam tanpa prejudis. hihi...
meriahnya kak lauk2 gerai dah macam lauk 12tghr..
ReplyDeleteTakpe, siangnya kita puasa ahak!
ReplyDeleteSedap betul Asam Pedas Angah tu, telioq!
sedap tu serimuka durian..seronok dpt buah tangan dari YB tu
ReplyDeleteSeronok bila dapat kuih raya.
ReplyDeleteAsam pedas nampak sedap. Lagi syok, pekena nasi tengah malam. :D
Tahun ni rasanya takde rendang nasib kot..nasiblah nak maybe ada..hahaha...asam pedas tu nampak sedap la..x pernah buat lagi asam pedas ayam atau daging
ReplyDeletebestnya ada gerai jual nasi campur memalam buta kak, waahhh nampak sedap kuih2 raya YB bagi tu
ReplyDelete