BERBUKA TIGA BERANAK DI FOREST CITY GOLF HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT



DAH 26 Ramadhan, barulah berpeluang berbuka puasa tiga beranak. Lepas subuh pagi semalam, Sk dan Pak Inche jemput Iman di kolej. Sekali lagi lokasi berbuka kami di Forest City Golf Hotel, rezeki dapat baucer lebih dimanafaatkan sepenuhnya, hehehe.



Lauk-pauknya berbeza dari minggu lepas. Mula Sk fikir tak nak makan nasi dulu tapi dah namanya puasa memang lapar nasi ler. Cuma kali ni Sk tak ambil banyak lauk, cuma Tauhu Lembut Stim, Udang dan Ikan Masam Manis. Ada asam pedas ikan pari, daging semur, ayam kungpao dan lain-lain tu Sk tak ambil. 


Seafood On Ice.. ni udang kara.. lebih tepat anak udang kara la kot. Setiap kali tengok udang ni teringat Mr Bean makan sampai keluar-keluar sepit dia dari mulut 😂.


Ketam On Ice untuk hantu ketam.


Sk ambil udang ni jer dan yang putih tu, seketul shawarma.


Ambil Gulai Urat Minang lagi.


Pak Inche dan Iman ambil Sup Tulang Merah tapi rotinya tak ada pulak.


Dah hujung-hujung Ramadhan ni nak makan yang simple aje.


Pinggan Pak Inche.. comot nau nau.


Pinggan Iman




Semalam ada jemputan artis istimewa, Kak Junainah M Amin. Sk membesar dengan lagu-lagu merdu nyanyian beliau. Kak Junainah dah berusia 70 tahun, Alhamdulillah, masih rupawan dan sihat walafiat.




Terjumpa rakan fb buat pertama kali, Kak Ruby. Kalau Kak Ruby tak tegur memang tak perasan la. Muka Sk ni kat mana-mana memang tak boleh nak menyamar la kan, heheh. Kebetulan semalam jumpa ramai pulak kenalan.


Nampak.. ada paparazi! 🤣


Huda dan Arif datang berdua aje. Huda awal-awal dah jemput datang rumah raya, insyaAllahhhh.






Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronoknya berbuka kat tempat best, gulai urat keting dan sup tulang tu nampak menggiurkan...

    ReplyDelete
  2. Alamak tuan aiii... Macam² ada..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya semua menu, lama tak makan Sup Tulang Merah.

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik tempat ni. Udang dan ketam tu.....besar size dia....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!