MUSAFIR DI AIDILFITRI KE 4

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


SELESAI sarapan pagi di Cathayana Hotel Kuantan, kami terus check out dan memulakan perjalanan pulang ke Johor. Sk memilih laluan Bandar Muadzam - Segamat, berbanding sebelum-sebelum ini, Pak Inche suka ikut laluan Pekan - Rompin - Mersing. Lagipun, perjalanan kali ini Sk yang lebih banyak memandu dan Sk lebih suka laluan Segamat yang lebih lurus berbanding laluan Mersing yang berbukit-bukau dan ada masanya berliku-liku seperti ular dipalu. 



Cabaran ikut laluan Muadzam ni adalah ketika hendak melalui Jambatan Bailey atau ada yang sebut Jambatan Unta. Menurut cerita, dulu di sini ada ladang burung unta, sebab tulah ia digelar sedemikian. Jambatan Bailey ni sebenarnya dibuat bagi menyambungkan jalan asal yang menjadi kawah akibat dari banjir yang berlaku beberapa bulan lepas namun kerja penyelenggaraan dikatakan terbengkalai. Sejam jugaklah nak melepaskan jambatan ni ya, ada baca pengalaman orang lain lebih dari dua jam, mungkin masa mereka sampai tu jumlah kenderaan semakin banyak. 


Singgah minum Cendol Segar Amat di Taman Yayasan Segamat, hehehe. Selain cendol, kami makan Rojak Kueh dan Rojak Mee atau juga dikenali sebagai Rojak Asma. 


Pak Inche mengambil alih pemanduan, dapatlah Sk merakam suasana di lebuhraya selepas kami memasuki lebuhraya. Dalam pada ramai yang memandu mengikut peraturan, ada jugak yang memandu mengikut perasaan, hahhh.. kan dah kena saman!


Singgah makan di R&R Machap. Pak Inche makan Bihun Soto. Sk tak lalu makan mulanya tapi tetiber terperasan gerai ramen yang bersebelahan dengan gerai depan kami duduk terus rasa teringin nak makan Ramen Chicken Chop!


Iman beli makanan di gerai yang sama dengan Pak Inche. Eh eh.. macam luar biasa pulak nampak Iman makan Asam Laksa sebab dia selalu suka makan Soto Nasi. Sedap asam laksa Iman, soto pun sedap. Ramai betullah manusia di R&R ni tapi dari pengalaman Sk, tidaklah seramai manusia di laluan lebuhraya utara selatan di sebelah utara. Yang tu lagilah melekat dan padat! Hahahaha.

Setahun sekali katanya, kita redah aje la ya!






Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ooo akak lalu situ ye memang teruk la jem..xtau la macam mana diaorg buat jambatan Bailey tu org cakap dah semakin curam tajam tu yang banyak bumper kereta kena sagat..kami nak balik Chini terpaksa lalu jalan kampung,kalau lalu jalan tu agaknya sama jauh dengan orang nak balik Johor

    ReplyDelete
  2. Teirngin nak jopin tapi rasa x sanggup plak sangkut dalam jammed...nasib SA la xde mak or ayah mertua..dah lama meninggal...so xde la beraya di JB, sebabnya ipa2 balik ke belah in law diorang..kat Muar dan Perak..

    ReplyDelete
  3. Baru malam tadi tgk berita pasal Jambatan Bailey tu... Nak kena repair sbb byk sgt kenderaan lalu di musim perayaan ni.
    Risau sungguh bila bertembung dgn org yg memandu ikut perasaan ni 😬

    ReplyDelete
  4. time raya singgah R&R mmg penuh la...adik aritu jammed nk singgah R&R tk jd la....die pn check in kuantan sbb tk larat dh nk drive blk kl setelah 10jam dr klate

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah drive kalau suami ada. panas bontot dia kalau bini yang drive. kecuali kalau dia demam dan tak larat nak celik mata je barulah dia bagi bini dia drive

    ReplyDelete
  6. Orang yang betul kuat iman dan semangat balik kampung beraya je yang boleh hadap Kak, salute kat akak sefamily. Ada orang sekarang, sanggup raya di bando sebab taknak hadap jem.. ermm lama-lama hilang kemeriahan balik kampung .. dah nama pun raya, memang laa jem kannn

    ReplyDelete
  7. Tabik spring untuk SK kerana memandu.
    Saya teringin juga memandu, tapi Encik Suami tak percaya huhuhuuuu!

    ReplyDelete
  8. Saya pulak tak suka ikut muadzam segamat tu. Walau jalan lurus tapi rasa lama dan jauh nau. Eh eh sempat lagi mencendol di situ. Dah dekat jugak dengan kampung saya tu. Kira berbaloilah order soto dan asam laksa tu. Raya raya ni bertabahlah dengan ramai umat manusia. R&R confirm penuh.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!