NASI LEMAK & MEE REBUS CHAQ DI HARI RAYA KEDUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


DAH tengahari, baru gerak dari homestay ke rumah Na'E. Sampai-sampai, eh.. nasi lemak lagi. Pagi tu kan kami dah sarapan nasi lemak di warung. Tapi tak apa sebab favourite food Pak Inche is nasi lemak. Tiap-tiap hari makan nasi lemak pun Pak Inche onz 🤭.



Nasi Lemak Telur Lenggang dan Ayam Goreng. Dalam sambal tumis ada potongan kentang, tu memang trademark keluarga mentua.


Petang, makan Mee Rebus pulak. Sk ada jugak beli keropok dan popiah ketam kat pantai tapi lupa ambil gambar. Tu tak pa, tak ada langsung ambil gambar kat tepi laut.


Mee Rebus Chaq


Malam tu keluar mengeteh di Uncle Chua Signature dengan bakal menantu Pak Inche. Iman tak ikut, tak nak dengar orang tua berbincang katanya. Ni bakal abang ipar Iman, YTJT sebab Sk ada cerita dalam post yang lepas.


Alhamdulillah.. kebetulan pulak bakal menantu orang Ganu. Semoga dipermudahkan majlisnya nanti yek, Amiinnn YRA.


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Senang gitu sediakan sarapan nasi lemak hari hari pun takpe. Bagus betul tak jemu ek. Rare ada kentang dalam sambal nasi lemak. Macam sambal kentang, tempe ikan bilis gitu kan. Wahh tak lama lagi nak dapat menantu dah. Semoga dipermudah segala urusan. Orang Ganu juga ye. Senanglah sekampung gitu.

    ReplyDelete
  2. bakal menantu tu org trg daerah men? nnti bolehlah dtg rumah ldy...

    ReplyDelete
  3. Wah Pak Inche nak dapat menantu dh.. alhamdulillah...bertambah keluarga baru...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Iman....Tahniah juga SK & PI bakal dapat menantu...🥰

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Berita yang sangat menggembirakan. Tahniah Pak Inche dan Mak Inche.
    Semoga semuanya dipermudahkan.Amin.

    ReplyDelete
  6. Bakal ipar iman, berarti calon untuk kakaknya iman kan ya?

    Tahniah kak 🎉🎉. Semoga lancar semuany . Pak inche sama lh macam anak bungsu saya, tiap hari makan nasi lemak pun tak masalah, sukaaaa sangat 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!