Assalamualaikum WBT
SELEPAS 7 hari bercuti hari raya Aidilfitri, hari ini dah kembali ke kolej. Jam 7.31 pagi dah clock in, lepas tu pergi kantin cari lauk raya atau lebih tepat lagi rendang untuk ketupat nasi yang Angah bagi semalam. Selalunya ada, tapi tadi tak ada. Nasib baik ada sayur lodeh dan sambal tumis. Lengkaplah raya Sk tahun ni bila dah dapat makan ketupat dengan sayur lodeh, hehehe.
Pak Inche tempah family room dengan kadar RM218 semalam. Pakej penginapan termasuk buffet sarapan untuk 3 orang. Sk tak ambil gambar bilik yang kami inap namun begitu inilah rupa bilik yang Sk muat turun dari google image Cathayana Hotel Kuantan. Biliknya luas dengan sebuah katil bersaiz raja dan sebuah katil single saiz premium. Wardrobe dan bilik air ada ruang lain ya.
Cafe hotel pula bersambung terus dengan bahagian lobi. Polos tak ada konsep. Tak ada nak berhias bagai, tapi..
Menu buffetnya lengkap dengan Nasi Lemak yang lengkap dengan hirisan timun, kacang tanah goreng dan ikan bilis, sambal tumis dan telur mata, Mihun Goreng, Sosej, Kacang Panggang dan salad serta beverages.
Ada juga roti bakar, bubur & condiments, mee sup serta pemanis mulut iaitu puding roti bersos. Terima kasih pada Cik Ani yang kenalkan hotel ni pada kitorang 🤗.
Malam tu, ingatkan nak makan
Nan Cheese macam Pia makan di Restoran Kassim Baba tapi restorannya tutup sampai 21 April. Raya sakan no... Nampak pulak la Kemaman Kopitiam ni masa nak pergi RHB Bank, jadi Pak Inche ajak makan di sini. Dia punya buku menu Iman kata, tak tulis harga, Sk tak perasan pulak.
Mee Kari untuk Tuan Tanah Kedaung! Siap ada peha ayam seketul, sedaplah di tekak Sk ni.
Pak Inche makan Yee Mee Cantonese. Tak habis, tak sedap kata dia.
Iman punya menu konsep berjuta-juta lemon.
Terkojut dapat bil! Iman kata, baik makan kat MyViets yang kedainya dekat-dekat situ. Tu laaa.. tapi.. benda dah makan, bayar aje la.. hahahah!! Patutlah tengok kopi-kopi peket dia pun mahal nak mams!! Huhuhu.
Kemaman Kopitiam tu A pernah makan yang kat area Kemaman la..x tau plak kat Kuantan ada cawangan dia...rasa macam mahal giler la...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya SK, maaf zahir & batin… Fuh, terkebil2 tgk harga fresh honey lemon tu. Dia bagi satu jug ke apa? 😅
ReplyDeleteSelamat hari raya akak & family.Maaf zahir dan batin
ReplyDeletealaaa kesiannya bonda dtg jauh2 xdpt rasa kassim baba,kopitiam tu kami warga kuantan pun sekali seumur hidup je masuk rsnya,dkt situ tempat geng lepak tokey2
Lama betul tak naik ke Pantai Timur, sejak Suami bizi di Penggerang dia dah takde meeting ke Paka sana ..
ReplyDeleteTak kisahlah tak ada hiasan bak kayangan, yang penting makanan sodap!
ReplyDeleteCantik bubur nasi dengan aksesorinya tu.
Apolaaa... ada juga tempat makan tak letak harga. Kan menyalahi etika berniaga tu.
Eloklah berehat sebentar bermalam kalau perjalanan jauh-jauh ni. Ringkas betul dia punya ruang makan kan. Nasib baiklah hidangan dia sedap dan lengkap.
ReplyDeleteMak haihhh. mi kari pun dah 15 hengget.
Kalo di sini sebenarnya tak boleh menu tanpa ada harga, ada aturan legal nya. Makanya saya pun tak suka dengan menu tanpa harga, dah lah melanggar hukum, juga suka mengejut saat membayar 🤣
ReplyDeleteApalagi rasanya pun tak sedap2 sangat ya kak.. padahal mee pak inche itu terlihat sedap. Ternyataaa .... Mengecewakan 😅