BERBUKA 6 PUASA - ASAM PEDAS IKAN MERAH X IKAN SENANGIN GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini cuti, yey! Tak perlu berkejaran ke pejabat, boleh qada tidur, ops! Jangan lupa mengaji dulu.



Menu utama berbuka puasa 6 Ramadhan 1446H, semalam, Asam Pedas Ikan Merah. Ikan merah tu Pak Inche dah beli lama, ada dua keping. Ni memang ikan merah besar yang dijual secara keping, bukan sekor-sekor.


Kuah asam pedas tu buat tak cair sangat, tak pekat sangat. Kali ni tak masukkan daun kesom tapi daun limau purut. Sk add on kepala ikan senangin, nasib tak bergaduh dua jenis ikan dalam periuk, hahahaha.


Ikan senangin goreng dua keping. Ada tiga semuanya, satu lagi kita simpan, goreng untuk sahur.


Sayur tauge jugaklah yang ngam makan dengan asam pedas. Dalam rumah ni semua peminat tauge. Modal sayur tauge ni pun boleh tahan jugak, Sk beli dekat GS Mart. Kucai RM2 sebungkus, padahal nak pakai sikit aje. Sekarang dah tak ada jual kucai timbang, semua siap pek. Tu takpe, tauhu pun RM2.20/2's.


Siap goreng tauge, asingkan siap-siap untuk berbuka dan sahur.


Telur dadar is must la kalau masak asam pedas. Tapi bawang habis pulak, jadilah telur dadar gitu-gitu aje.


Buat sambal belacan jugak.. PI suka makan asam pedas ada sambal belacan.


Iman buat Air Cincau. Yang nampak plastik-plastik tu, kuih-muih dari bazar. Iman gelak, kenapa babah beli kuih semua warna hijau. Seri muka aje, dua jenis dari dua kedai dan ada nona manis jugak.


PI beli kuih kat bazar Ramadhan Kampung Pasir. Lepas tu, eh.. ada pulak Murtabak Kg Melayu join bazar Ramadhan situ. Murtabak Daging, RM11.


Moreh.. rojak petis, RM8. Beli kat pakcik motor yang meniaga kat bazar Kg Pasir jugak. 


Sahur pagi tadi, kita repeat la asam pedas dan konco-konconya. Semua lauk habis ya sejak puasa pertama hari tu, tak ada belen-belen. Syukurrrr.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dekat sini tauge masih ada yg ditimbang. Boleh la nak ambik segenggam je hihi.
    Geng la kita ye SK. Asam pedas & ikan Senangin wpun masakannya berbeza.
    Hari ni nak masak apa erk? 😁

    ReplyDelete
  2. hahaha... tapi kan kuih warna hijau selalunya berbau pandan dan memang sedap buat buka puasa

    ReplyDelete
  3. Tauge, kucai, tauhu memang jadi rebutan. Apalagi kalau baru naik dari kuali. Sedap-sedap masakan SK.

    ReplyDelete
  4. Bestnya, SK. Puas hati makanan kita masak semua habis. Terasa keberkatannya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. smlm g aeon nk bli ikan merah tp x de... frust sy sbb dah plan nk bawa blk kg

    ReplyDelete
  6. Sedapnya asam pedas, memang ngam dengan taugeh, favorite saya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!