Assalamualaikum WBT
SEMALAM, 10 Ramadhan 1446H, Sk gantung periuk. Pak Inche tak berbuka di rumah kerana bertugas di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan ACLE, Pasukan JDT vs Buriram United. Iman ajak berbuka di Oriental Kopi Paradigm Mall tapi tempahan meja untuk berbuka puasa telah penuh ya. Boleh datang walk in, kalau ada meja, ada laa.. kalau tak, kena beratur macam biasa.
Iman kata, kita buat plan B la. Kalau beratur, kita pergi jer mana-mana restoran lain. Aaaa.. tapi Sk tak nak kelam kabut. Bayangkan kita tukar plan B, tapi semua pun penuh tiba-tiba. Jadi, SK cadang kami terus ke Rusim Thai Kitchen yang baru membuka cawangan baharu di PM ni.
Sebelum ni kami pernah makan di Rusim Kitchen Aeon Mall Tebrau.
Tak padan dengan hari bekerja semalam, masa kami nak buat tempahan di sini, boleh dikatakan lebih sebahagian meja telah ditempah dan dibayar. Port cantik-cantik pulak tu. Staf RTK mencadangkan kami duduk di meja dua orang yang agak kecil. Aaaa.. tak muat, kami kata. Terkejut jugak dia, kami kata nak pesan lauk banyak, hahaha.
Akhirnya kami setuju mengesahkan tempahan setelah diberi meja yang besar sedikit. Staf suruh pilih menu dulu.
Ada menu set, ada juga ala carte. Kami pilih ala carte sebab yang set tu tak menepati citarasa, hehehe.
Semua tempahan berbuka hendaklah dibuat terus di restoran, tidak boleh melalui panggilan telefon. Waktu akhir pesanan sehingga jam 5.30 petang sahaja tapi masa kami buat tempahan ni dah pukul 6 lebih, agaknya masih dibenarkan sebab masih ada kekosongan. Kami jalan-jalan dulu sementara tunggu waktu berbuka. Datang balik dalam pukul 7.10 pm tengok restoran dah penuh ya. Jangan kata restoran, surau pun penuh semalam, hihi.
Sampai-sampai tengok, dorang dah siap hidang ikan siakap stim limau.
Besar eh ikan siakap ni. aduh, kecur pulak bila teringat nikmatnya menghirup sos limau dia panas-panas semalam. Cuma ikan dia macam tak berapa segar, isinya dah tak putih melepak tapi tak adalah rasa hanyir ke apa. Jenuh jugak nak habiskan ikan seekor ni berdua, seorang makan sebelah ikan la semalam.
Ni pun dah siap hidang, Sotong Goreng Tepung.
Sotong Goreng Tepung dia macam jemput-jemput. Batter dia lembutlah tapi. Pencicahnya sos cili hijau Thai.
Kerabu Mangga, masam, patut kena tambahkan gula untuk seimbangkan rasa masam tu. Tak ada kekacang dalam kerabu mangga dia. Udang kering dan ikan bilis pun tak ada.
Iman punya Green Tea. Ais kosong dia sedap betul semalam. Sampai tiga gelas ya kami pesan ais kosong tu.
Tomyam Soup ni sampai dalam 4 minit lepas berbuka puasa. Dalamnya ada udang dua ekor, sotong kecik-kecik dipotong kecik dan mushroom yang kepala hitam comel-comel tu. Sedap tomyamnya. Macam tak boleh nak berhenti menyudu. Servis pun bagus ya, bila dia tengok sup tomyam dan sos ikan tu macam dah tak mendidih, dia datang gantikan api tu. Jadi, sepanjang makan la panas aje kuahnya tu. Iman kata, dua hari berturut-turut kita makan udang. Dahlah masa sahur dia makan 2 1/2 ekor udang, hahaha.
Sk lupa mana campak resit, hahaha. Total dia, RM141.20. Sk ingat cuma harga ikan jer RM49.90. Iman seronoklah berbuka semalam, tak yah kemas meja, tak yah cuci pinggan.
Aaaa.. ni cendawan dalam tomyam. Ikan kat bahagian pipi tu dia tak sisik sampai licin.
Lagi beberapa hari jer dapat berbuka bersama, minggu depan dah nak balik kolej. Tapi okeylah, tahun lepas lagilah, berapa kali jer dapat buka sama-sama. Ni hari ni janji nak bawa gi bazar jer cari makanan berbuka, hehehe.
kecur airliur terbayang ikan stim limau...
ReplyDeleteaisshh tengok Iman teringat pula anakdara sorang tu tak buka puasa sama2 lagi..dah nak separuh ramadhan dah ni,dah jadi anak MARA ni susah pula nak jadi anak umiwaled
Memang menyelerakan, apatah lagi sedang lapar.
ReplyDeletesedap tgk lauk2nya tp kerabu mangga kalo masam tk suka...kena simbang masam manis
ReplyDeleteBest betul dua beranak ni berbuka kat luar....sedap2 menunya tu ha ...SA baru discharged...selera pun pahit je...
ReplyDeleteItu la. Ramai bebenor orang berbuka puasa di luor. Nampak sedap, semua hidangan. Bestnya, boleh hirup tomyam panas time makan.
ReplyDeleteComel jew sotong goreng tepung tu.
ReplyDeleteSK kata tomyam tu sedap, tak berhenti menyudu... haaa kan kita dah teringin nak makan tomyam.