Assalamualaikum WBT
SYUKUR, Alhamdulillah.. Sk dan PI telah selamat kembali ke Tanah Jauhar petang semalam. Penat tu tak sangat jugak tapi memandangkan esok dah nak kena masuk kerja, mari la kita rehat-rehat sahaja. Apo? Rehat-rehat?? Jangan mimpilah ya.. tu haaa.. kain baju bertimbun mintak dicuci. Cuci jer takpe, mesin yang buat. Bab nak melipatnya karang, hahahahaha.
Aaa.. sementara mesin basuh berputar, Sk nak cerita kisah masa hari raya haji. Lepas makan soto di rumah Angah, kami ke Midvalley Southkey. Iman nak minta babahnya belanja skincare dan mekap di Watson dan lepas tu PI ajak makan di Madam Kwan.
Jom jom belek menu. Hurmm.. padahal baru lepas melantak soto ek.
Pesanan makanan dibuat melalui aplikasi Madam Kwan dengan mengimbas kod QR.
PI pesan Teh Tarik. Ia datang bersama dua ketul biskut icing tu. Tak menahan sebab piringnya besar sangat tak padan dengan saiz biskut yang comel tu. Dalam gambar ni biskut tinggal seketul, satu lagi biskut dah kena ngap dengan tuannya.
Tapi tu la.. lupa nama-nama makanan yang kami pesan ni. Resit pun lupa campak mana, hehehe. Ni set pembuka selera mengandungi 3 cucuk sate, 3 keping otak-otak, 3 dumpling goreng dan 3 ketul sayap ayam goreng.
Prawn Mee kegemaran PI.
Mee Sup Dumpling kot ni namanya untuk Iman.
Sk tak pesan main course untuk diri sendiri, masih kenyang makan soto. Yang ni Fried Banana with Ice Cream. Yang Sk pesan ni semua yang Iman nak makan tapi dia guna nama bonda dia, konon bonda yang order ni, hahaha.
Sambil makan sambil borak, lama tak berkumpul anak-beranak.
Macam manja je ek.
Tak silap Iman ada lagi 2 semester sebelum menamatkan pengajian. Semoga yang baik-baik sahaja buat anakku, Iman nyum nyum.
Memang tak rehat lah kan cerita dia. Bertabahlah nak melipat pulak kang. Romantik pulak suasana kat sini. Kelakar betul dia punya pinggan kemain besar. Biskut dua ketul comel. Hihi..agaknya tak ada pinggan comel kot. Itu je yang ada.
ReplyDeleteGuna nama bonda lah baru lulus dapat order. Kann.. hihi...
sonoknyer uoolss., hehe
ReplyDeleteKelakar pulak tengok biskut cenonet je pinggan kemain besar ye. Patutnya letak jela dalam mangkuk sos yang kecik tu je.
ReplyDeleteKain baju tak yah lipat SK.
ReplyDeleteGantung jew masukkan dalam almari kihkihih!