Assalamualaikum WBT
CUTI sempena Hari Keputeraan YDPA pada isnin, 2 Jun yang lepas, kami tiga beranak ke Pontian. PI ajak makan di Restoran Soto Seri Bunian yang terletak di Kampung Seri Bunian. Pernah dulu datang sini hari sabtu, tapi tutup. Salah kami kerana tak semak waktu perniagaan restoran. Kali ni semak dulu pada aplikasi waze, takut tutup lagi, sebab hari cuti umum, kan.
Seperti nama restoran, Soto sebagai menu utama. Terdapat tiga pilihan soto iaitu Soto Ayam, Soto Daging dan Soto Ceker (Kaki Ayam). Soto dekat sini maksudnya kembali ke asal la, iaitu dimakan bersama nasi impit. Selain tu, ada Mee Soto yang dimakan bersama Mee Kuning dan Meehoon Soto (Mihun). Selain soto ada jugak masakan goreng panas seprti nasi goreng, mee goreng dan kueyteow goreng. Menu yang susah nak jumpa di tempat lain ialah Lontong Goreng, boleh pilih nak yang goreng biasa atau goreng kampung.
Selain tu, ada gerai Cendol, ABC dan Rojak Mee. Besar dan luas serta bersih restorannya walaupun dalam kampung. Sk melalui zaman kanak-kanak di Kampung Rimba Terjun, Pontian. Bila tiba Hari Raya Puasa, maka Sk dan Angah akan keliling kampung la bermarhaban ikut grup sogame (sekolah agama) sehingga ke kampung-kampung berdekatan seperti Rambah, Tenggayun dan Seri Bunian ni. Along pulak ikut grup SMK Telok Kerang.
Meehoon Soto Ceker untuk PI. Rempah soto berasa tapi supnya tidaklah pekat sangat. Ada empat ceker dalam mangkuk bersama carikan isi ayam.
Lontong Goreng untuk Sk. Sk penggemar Lontong Goreng dan biasanya makan Lontong Goreng Kantin Kolej yang dimasak oleh Kak Sab. Pernah Kak Sab berkongsi cara menggoreng lontong. Menurut Kak Sab, apabila semua bahan rencah sudah sebati, barulah masukkan nasi impit ke dalam kuali. Lepas masukkan nasi impit tu, kena kacau cepat-cepat, laju-laju tapi jangan sampai nasi impit hancur. Bila keseluruhan rencah menyalut nasi impit, baru angkat dari kuali. Makan panas-panas, memang best tapi, lontong goreng dekat sini tak panas nasi impitnya. Rencah dia tu panas dan rasa la baru dimasak, tapi nasi impitnya tak panas, mungkin dia gaul sekejap aje masa goreng tu.
Lontong Goreng Sk dan Meehoon Soto Ceker PI berganding bersama.
Sk suka makan Lontong Goreng letak sambal kicap.
Nasi Goreng Daging Sambal untuk Iman. Dia dah makan, baru teringat nak ambil gambar. Selambak nasi goreng dalam pinggan sampai tak mampu nak dihabiskan. Ingatkan dah ada lauk Daging Sambal tu, nasi gorengnya kosong tapi tak ya. Berlambak daging dalam nasi jugak. Nasi goreng sedap, tapi Daging Sambal tu macam kurang sedap. Sambal dia sejuk, mungkin dah siap masak awal, dia tuang atas daging yang dah siap rebus.
Dua beranak tu pesan dessert, sorang makan cendol, sorang makan ABC.
Sk tanya PI, nak repeat tak Soto Seri Bunian tu? Dia jawab, nak. Tapi, Sk tahu.. alaa... tahu sangatlah. Ni sebab, sebelum ke Soto Seri Bunian tu, Sk dah warning, jangan nak banding-bandingkan dengan Soto Perdana Madu 4. Sebab dia suka banding-bandingkan. Jadi, bila dia ajak makan Soto di Empire Wak Lan pulak, maknanya, Soto Seri Bunian tu tak capai KPI dia, hehehe. Makan di Empire Wak Lan ni pada 9 Jun. PI buka selera dengan Benjo.
Sk dan PI jer makan Soto. Sk makan Soto Nasi, PI makan Mihun Soto. Iman makan Nasi Lemak Ayam Goreng. Sedap nasi lemak, macam rasa Nasi Lemak Kayu Keramat, patutlah ramai indian dan chinese datang makan nasi lemak. Minta Soto Ceker macam yang datang sebelum ni tapi kali ni mereka hantar cara lain pulak iaitu cekernya diasingkan dalam mangkuk lain. Lepas tu dia kira harga pun lain-lain, ceker tu dikira RM4 semangkuk, harga soto tak ingat pulak. Tapi, tak kisah jugaklah, lagi senang makan bila diasingkan macam ni.












sedapnya tgk abc byk jagung tu....ada kaki ayam dlm bihun soto sedap tu
ReplyDeleteNak kene suruh adik try la ni nampak sedap semuanya
ReplyDeleteSeronok jadi orang Johor, hari² boleh makan soto sedap 😋
ReplyDeleteWah, ada sup cekerlah!
ReplyDeleteMemang banyak betul tu nasi gorengnya. Makan berdua pun kenyang tu.