Assalamualaikum WBT
SELEPAS Makan di Restoran Bogabali, Iman ajak menonton filem Polong. Memandangkan masa tu kami berada di Iskandar Puteri, Sk meminta Iman menyemak waktu tayangan di GSC cawangan Sunway. Ada masa dalam 30 minit lagi tayangan tapi tak boleh nak masuk untuk pilihan bayaran online. Jomlah kita beli terus tiket dekat sana, ajak Sk. Sk tinggalkan kereta di Eco Botanic dan naik satu kereta dengan Iman jer.

Sempat beli tiket empat minit sebelum tayangan bermula. Iman pilih option harga student, dapat RM15. Harga tiket dewasa tak silap RM22.50 (macam nilai maskahwin negeri Johor).
Hall pun dah buka dari kami sampai. Masuk panggung, cuma kami berdua aje, tak lama kemudian, baru penonton lain sampai, tu pun tak ramai. Pintu pawagam buka sebelah aje pulak, dah nak kena berpusing kalau nak masuk keluar dari barisan seat kami ni.
Filem Polong (2026) mengisahkan tentang seorang wartawan bernama Fatima (Mimi Lana) yang menemuramah seorang banduan akhir bernama Maria (Jun Lojong) yang disabitkan atas kesalahan membunuh. Dalam tidak sengaja, Fatima telah membongkar sejarah hitam seorang bomoh pembunuh bersiri. Akibatnya, Fatima telah membebaskan entiti iblis yang selama ini dikurung, lalu terpaksa bergantung pada anak perempuan bomoh tersebut untuk memutuskan sumpahan dan rantaian syaitan itu selamanya.

Sedikit info mengenai Polong. Hantu polong ialah makhluk halus belaan yang dipelihara (biasanya oleh lelaki) untuk memudaratkan musuh. Menurut tradisi Melayu, ia disimpan di dalam botol kaca bermulut panjang dan diberi makan darah daripada jari tuannya setiap minggu. Makhluk ini sering dikaitkan dengan ilmu hitam.
Fakta utama mengenai entiti ini termasuk:
Asal Usul: Dipercayai dihasilkan melalui pemujaan menggunakan darah si mati (mangsa bunuh) yang dimasukkan ke dalam botol serta dibacakan jampi.
Tabiat & Gangguan: Apabila tidak diberi makan, ia akan mengganggu penduduk setempat, adakalanya dilihat terbang dalam bentuk seperti telur berapi. Mangsa yang diserang boleh histeria, menjerit, dan menyerang orang lain.
Fatima, seorang wartawan, sedang giat menyiasat dan membongkar sejarah silam seorang wanita misteri yang pernah mengamalkan ilmu hitam. Namun, disebabkan melanggar perjanjian (yang dilakukan oleh Ketua Editor), Fatima menjadi mangsa polong.
Kebangkitan Entiti: Tanpa disedari, siasatan Fatima membuka kunci yang membebaskan Polong, iaitu satu entiti iblis belaan Maria Hadi, yang sekian lama cuba dikurung.
Sumpah & Dendam: Maria Hadi pada penghujung hayatnya pernah cuba bertaubat dan mencari keampunan atas segala dosa silamnya, namun entiti Polong tersebut kembali untuk menuntut bela dan mengenakan sumpah laknat kepada pewarisnya.
Perlumbaan Dengan Masa: Untuk menyelamatkan diri daripada menjadi buruan entiti tersebut, Fatima terpaksa mencari perlindungan daripada Marissa iaitu anak perempuan Maria yang selama ini hidup memencilkan diri. Mereka kini berdepan dengan pilihan ngeri: menerima warisan puaka yang menghantui keluarga itu atau mencari jalan untuk memusnahkan Polong tersebut buat selamanya.

Kesimpulan : Filem yang diinspirasikan dari kisah benar tentang seorang bomoh wanita yang viral suatu masa dahulu ini dalam masa yang sama telah menafikan kisah-kisah dongeng semasa bomoh wanita tersebut dalam tahanan. Antaranya, bomoh wanita itu boleh menembusi dinding/ tembok penjara dan boleh terbang. Betul jugak kata Maria, kalau saya boleh terbang, baik saya terbang sampai Paris dan tak perlu balik ke penjara. Warden juga menceritakan tentang Maria yang rajin membaca Al-Quran dan tidak meninggalkan solat dan menafikan cerita orang ramai yang bomoh wanita itu membaca ayat Al-Quran secara terbalik. Cuma tu la, jalan ceritanya terlalu lembab dari satu babak ke satu babak tu. Kemudian banyak pulak kejutan yang rupanya mimpi.
Lepas menonton, lepak sekejap di Kenangan Coffee yang terletak di aras bawah. Nak makan-makan macam kenyang lagi.
Kita mengekek aje la. Sedap pulak Strawberry Cheese Cake Kenangan Coffee ni. Lain kali boleh repeat alang-alang Kenangan Coffee ni dah buka depan rumah, hehehe.
Pandai dia cari pelakon yang lebih kurang watak dia lakonkan tu juga, ya. Hehe.. Saya tak tengok lagi cerita Polong ni. Bestlah, depan rumah SK baru buka Kenangan Coffee. Senang nak mengopi. 😊
ReplyDelete