MAKAN DI FIX BANANA LEAF

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SUBUH tadi Sk terjaga awal, sebelum alarm berbunyi. Walaupun begitu mata masih pejam menunggu bunyi alarm. Tunggu punya tunggu, senyap jer. Sebab Sk rasa 'masa sikit lagi nak time' Sk bangun, sentuh handphone, tengok paparan jam baru 4.30 pagi. Bangkit terus la lipat selimut, susun bantal dan terus ke dapur minum air, cuci perut. Pagi ni pulak ada meeting berkenaan aset. Jadi, terlanjur bangun awal ni, kita dapatlah keluar awal. Keluar awal, tak melekat sangatlah jammed, kuranglah stressnya. Sempatlah Sk tapau nasi lemak dua bungkus di Warung Pacak. Sebelum meeting makan sebungkus, lepas meeting, makan lagi sebungkus, heheheh.




Cerita makan kali ini, Sk nak bawa pembaca ke Restoran Fix Banana Leaf di Midvalley Southkey. Makan kat sini atas cadangan Iman sebab PI kerap jugak mengajak. Cuma setiap kali ke Midvalley ni kami dah ada plan lain. Jadi, kali ni ke Midvalley semata-mata nak makan nasi daun pisang di Fix Banana Leaf ni. Peristiwa makan kat sini berlaku pada 24 Mei 2026.




Restoran ni terletak bahagian hujung sayap aras 3 berhadapan dengan pusat convention MV. Luas restorannya, meja disediakan pun selesa cuma kalau nak cuci tangan tu kena tumpang di kaunter minuman dia. Kalau rasa malas nak cuci tangan, makan guna sudu garfu jer cuma makan nasi ni lagi nikmat guna tangan, kan.




Fresh Milk Tea (Hot), RM5.90

Teringin pulak Sk nak mengeteh. Teh dihidang dalam gelas stainless steel. Comel aje gelasnya, mujurlah panas, kalau sejuk, sekali hirup dah wassalam. 



Untuk pilihan nasi daun pisang set kebanyakannya tidak disediakan. Tak tahulah, habis ke atau memang tak ada sebab kami datang ni pun dah habis waktu lunch. Contohnya kan, kebanyakan restoran nasi daun pisang ni, dia akan buat set nasi dengan dua atau tiga jenis sayur termasuk papadom, tapi dekat sini kena ambil ala carte. Kami pilihkan lauk Kari Ayam untuk PI, memang Kari Ayam tu ajelah lauknya. Nasi kena pesan lain. Papadom pun lain. Lepas tu dia bagi pinggan stainless steel tanpa daun pisang. Moody la member, dia kan nak makan nasi daun pisang. SK sampai takut nak ambil gambar dekat-dekat, hahahaha.


Nasi (RM3.90), Coimbatore Chicken Curry (RM13.90), Papadom 5's (RM4.90)


Tapi, tengok gaya PI makan, sedap nampaknya Kari Ayam tu, hihihi. Bila ditanya, PI setuju Kari Ayam tu sedap. Tapi, tetap dikira failed la sebab tak alas daun pisang atas pinggan.




F/B Chicken Biryani, RM21.90

Ni kalau kami panggil Biryani Laut la, sebab lauk ayamnya dalam nasi. Selain tu diberi kuah kari dan acar mentah. Nasi sedap, ayam sedap, kuah Kari pun sedap, cuma acar mentah tu yang banyaknya bawang.




Chicken 65 Biryani, RM27.90

Nasi biryani ni dihidang dalam periuk tanah dan diletak atas pinggan bulat stainless steel yang besar macam saiz dulang mini. Tapi yang ni, dialas daun pisang pulak. Pishang aje la PI tengok pinggan kami ada daun pisang. Ada papadom sekeping. Sama macam F/B Chicken Biryani kat atas tu, ia jugak disertakan bersama semangkuk kecil kuah kari. Ayam dia pun sedap dan baru digoreng. Mungkin bila ada pesanan baru mereka goreng ayam tu.

Ni kalau repeat memang pesan nasi biryani la, sebab memang sedap nasi dia tu.




Panipuri, RM12.90

Satu set datang 6 biji. Condiments dia tak la banyak macam panipuri yang dijual di vendor, mungkin sebab dia dah gaul sekali bawang cincang dan daun-daun tu. Inti kentangnya dilecek halus dan tak ada diberi maruku halus serta kekacang. Favourite kami la panipuri ni, PI jer macam tak berapa biasa makan, jadi aksinya tu macam mengada-ngada sikit, hahahaha.




Lepas makan, baru pusing-pusing dalam mall. Penat eh jalan dalam Midvalley ni tapi tu la, serik sekejap jer datang sini lepas kena yang terperangkap dua jam nak keluar tu, huhu.




Tukar bateri jam. Jam Sk ni dah dekat 30 tahun usianya, bateri dah kong. Makin lama makin kerap kena ganti bateri ni. Dulu harga bateri RM6 jer, sekarang dah RM30!




Iman hantar gambar kat grup, Sk dan PI tidur dalam kereta semasa dalam perjalanan balik, hahahaha. Eleh, padahal dia pun sama kalau duduk kat belakang, pun tidur. Dari kecik sampai sekarang pun, pantang jadi penumpang memang tidur jer dia kerjanya. 

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!