TERKENANG SEMASA DULU SEMASA MAKAN SOTO & ROJAK DI EMPIRE WAK LAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 



27 November 2025, pergi makan Soto di Empire Wak Lan. Dah berapa hari tu PI sebut-sebut nak makan soto. Bininya pulak tengah tak rajin nak masak. Padahal ada lagi rempah soto Mak Pon tinggal tambah air jer. Nak sediakan condiments soto tu la malasnya, hihi.



Dari jauh nampak bangunan Majlis Perbandaran Iskandar Puteri yang lama. Bangunan baharu di Iskandar Puteri, Nusajaya (Gelang Patah). Ni gambar dah zoom 7x kot.



Lepas PI buat pesanan soto dia, Sk terus cakap, nak sama macam dia, tapi saya nak soto nasi. Padahal masa tu, Sk tak tumpukan perhatian pun pada apa yang PI sebut. Sk ingat macam selalulah PI suka minta bahagian kulit dan tulang ayam. Rupanya, PI minta kaki ayam. Nasiblah Sk suka jer makan kaki ayam ni. Teringat dulu-dulu belajar makan kaki ayam masa umur 21 tahun dengan kawan sekerja yang bernama Ucu dan Along.



Yang mangkuk atas tu, PI punya, Mihun Soto. Setiap mangkuk dapat 4 ketul kaki ayam atau ada yang panggil cekerrr.



Penampakan sebiji bergedil di situ. Bergedil dia kentang aje la, tak ada daging.



Adushhhh.. kecur pulak tengok gambar yang dah letak sambal kicap ni, hahaha.



Pesan rojak dan tauhu bakar. Yang mangkuk bawah ni rojak. Jika di Johor ni, kita panggil rojak petis.



Memang layan la ya makan soto dan rojak kat sini. Ramai pelanggan berbilang bangsa malam tu dah macam restoran mamak. Kebanyakan pelanggan India dan Cina yang datang mereka makan nasi lemak. Yang Melayu ramai makan soto.



Pekat likat kuah rojak dia dan tak lokek tabur kacang.



Dah gaul soto dengan sambal kicap tapi tak makan-makan jugak sibuk ambil gambar, mental betul, hahaha.



Okey, gambar bukti makan soto dan rojak di Empire Wak Lan, hihi. Restoran ni berdepan dengan Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai. 


Sk bersekolah di sini dari tadika sehingga darjah dua. Rasanya dekat sini la dulu masa Sk tadika ada pagar kecik untuk masuk kawasan sekolah. Dekat situlah arwah abah datang jumpa Sk dan pesan nanti balik sendiri sebab abah nak pergi hospital. Masih terpandang lagi abah pegang bakul dalamnya ada termos merah. Abah nak kena check in wad la masa tu pasal masalah jantung. Esok ke lusanya kami ramai-ramai tengok abah kat Hospital Sultanah Aminah. Dada abah bertampal dengan wayar apa semua. Lalu nak ke was abah tu pulak, wad mangsa kemalangan. Tu yang trauma sampai sekarang, terbayang-bayang.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama x makan soto..kalau SA mesti amik yang version mee..pas tu kuah kicap pedas kena lebih...uiiiii dap..ceker tu best....rojak petis tu...wallaweiii....

    ReplyDelete
  2. Kacang kat kuah rojak tu meriah sampai tak nampak makan apa tu.

    ReplyDelete
  3. Menggamit kenangan silam, ya. Lagi-lagi tengok sekolah lama. Sayunya mengenang yang sudah tiada.
    Tengok gambar rojak dan tauhu bakar tu, naik lapor saya, SK.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!