MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, August 18, 2010

MELAWAT ABANG.. JALAN-JALAN.. MAKAN-MAKAN...

ASSALAMUALAIKUM wbt

DIAM tak diam, lapan hari sudah kita berpuasa. Alhamdulillah, cuaca pun redup, adalah sehari dua yang panas tapi yang pasti itu semua tidak melemahkan kita, betultak?

ERMMMM... minta maaflah, masih lagi entri tentang makan-makan. Saya rasa bagi setiap orang yang dewasa sekadar tengok gambar makanan, takkanlah sampai tak tahan nak buka puasa, ye tak? Dan orang yang keluarkan gambar-gambar makanan di bulan puasa ni bukanlah tidak menghormati bulan puasa sebab saya pernah jumpa ada orang yang berpandangan begitu. Tak baik berburuk sangka tau...

Sesi makan-makan kali ini disponsor oleh kakak ipar saya, Kak Fauziah yang tinggal di Ampang. Memandangkan Yaya asyik merungut babahnya tak nak membawanya ke KLCC, Kak Fauziah berbesar hati menjadi ketua rombongan.. hehe...

Jangan terkejut, ini adalah kunjungan Yaya yang pertama sebab en suami selalu mengelak jika diajak pasal tak tahu jalan. Maklumlah jalan-jalan di KL, kalau tak betul-betul alamat berpusing-pusing kat situ jugak.. hahaha. Kunjungan kami sebenarnya kerana melawat abang suami saya yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara. Di sini, saya nak meminta kawan-kawan agar dapat mendoakan beliau, Wan Othman Bin Mohd Noor supaya kembali sihat. Sesungguhnya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui sejauh mana hambanya mampu menerima ujian dari-Nya, bersabarlah Naman dalam menghadapi ujian ini. (Naman ~ singkatan kepada Nana (Abang) Man).


NAMAN... tiga dari kiri semasa kami bercuti di Tasik Banding


MICHAEL JACKSON... betul ke ni???





MAKAN-MAKAN di KLCC... penuh perut! Mekasih Kak Fauziah


ROTI BOM.. di Kayu Nasi Kandar (p/s: kalau kat JB roti bomnya comel jer...)

Sekian, nanti lain kali sambung lagi eh.. hihi...

2 comments:

  1. salam sari...lamanya tak jengah sini. Selmt menjlnkan ibadah puasa dan semoga abg ipar sari cpt sembuh.

    ReplyDelete
  2. salam sari..semoga ipar sari cepat sembuh..
    akak yang dekat ni pun tak pernah jejak KLCC..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....