Assalamualaikum WBT
SEJAK minggu lepas, rasa malas betul nak kerja hari Jumaat. Rasa nak me time la gitu. Duduk rumah bermalas-malasan. Minggu lepas, punyalah malas, hampir-hampir nak ambil EL. Lepas tu teringat, ada benda kena buat. Jadi, hari ni la me time. Hari ni Sk nak jadi tapak Sulaiman, aci tak? Heheheh.
Baiklah, cerita pasal makan pada 28 Oktober lepas, PI ajak makan malam di Restoran Yeo Sekeluarga di Gelang Patah. Malam tu ramai pelanggan, jadi Sk tak ambil gambar restoran. Ambil gambar makanan sendiri aje la. Yang ni menu wajib jika ke sini, Hot Plate Bean Curd.
Hari tu tak ada stok Baby Kailan jadi dorang ni minta Kangkung Belacan. SK rasa macam dah tak tertelan sayur kangkung sebab sebelumnya kan baru makan kangkung dekat Restoran Sang Gerai. Tapi, sedap pulak Kangkung Belacannya, tak la batang kangkung semata.
Ambil gambar pun pakai snap-snap aje. Ini Daging Masak Halia. Sedap jugak tapi mungkin letak sos tiram tu warnanya jadi pekat. Dagingnya dihiris nipis dan diketuk, jadi lembut dan empuk dikunyah.
Siakap Stim Lemon. Sos lemon dia dah tak macam dulu-dulu, mungkin tukang masaknya dah bertukar. Dalam sos ada tomato didadu yang menyebabkan warna sos jadi keorenan.
Petang tu hujan lebat melanda Tanah Jauhar, punyalah sejuk menggigit sampai ke tulang. Staf buka kipas pun kami minta tutup, sejuk menggigil. Dia punya sejuk tu, tengoklah sampai nampak berkepul-kepul asap dari Siakap Stim Lemon tu.
Walaupun makan di Seafood Restaurant, ayam mesti ada. Favourite dua beranak ni, Ayam Lemon. Ayam celup tepung digoreng rangup kemudian disiramkan sos lemon. Sos lemon ni ada jer jual yang ready made tapi nak goreng ayam celup tepung tu Sk kurang pandai. Jadi, ni menu makan kedai aje la.
PI tak nak Sotong Telur Masin, dia nak Sotong Sambal. Sotongnya kecik-kecik pulak.
Last but not least jika ke sini, wajiblah pesan Cakue Mayonis ni. Cakue dia ni tak macam Cakue yang tepung semata tu, macam ada isi ikan. Tu la tu yang suka sangat makan nak nak ada mayonis tu, rasa tak nak berhenti menyuap, heheheh. Lupa berapa total, resit lupa letak kat mana. Nanti kalau jumpa kita tepek sini ya.









Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih