MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, December 20, 2010

SHELL GORENG BERCILI



ASSALAMUALAIKUM wbt

TAHU tak apa nama benda ni? Saya pun tak berapa pasti dalam bahasa Melayu, tapi orang putih panggil scallop, cengkerangnya tu memang sama sebijik macam lambang minyak Shell tukan. Pernah tak tengok satu iklan minyak Shell yang tunjukkan kerang ni ditemui di pantai yang bersih apabila ombak meninggalkan pantai? Ia adalah antara binatang bercengkerang yang paling bersih kerana tiada pasir di dalamnya dan sangat mudah untuk dibersihkan. Kulit cengkerangnya halus dan licin serta tidak berlumut seperti sesetengah haiwan laut yang bercengkerang.

Kami ni sebenarnya baru saja pulang berjalan-jalan dari pantai timur, tak jauh pun.. Kuantan jer, hehehe. Pergi pun tak lama, tujuannya cuma Encik Rizar rindu nak makan di Kuantan dan memancing di Endau. Hahaha, dia kaki pancing tau, tapi bukan kat laut tapi kat pasar.. wakakakah. Perjalanan kali ini amat tenang dan tidak memenatkan kerana cuaca yang begitu redup yang sesekali disapa hujan renyai. Walaupun langit agak mendung tapi hujan seolah-olah malu hendak turun.. hehehe. Eh, banyak menceceh pulak.. meh layan resepi Encik Rizar kita ni ya..

Bahan-bahan:
1 kg shell (macam dalam gambar tu... hehe)
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2" halia*
3" serai*
15 tangkai cili padi kampung* (tumbuk halus bahan bertanda*)
1 sdb pes tomyam
1 sdb sos tiram
1/2 sk garam
1 sdb gula
1/4 cawan jus limau nipis
3 helai daun limau purut dihiris
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
~ Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga agak garing. Masukkan pes tomyam, sos tiram, garam dan gula. Gaulkan semuanya hingga sebati.
~ Masukkan shell, gaul rata dan masukkan jus limau nipis. Taburkan daun limau purut dan biarkan sehingga shell masak dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan cili dan kicap cair.

1 comment:

  1. sedapnye...setahu sy dipanggil jugak nama kekapis

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?