SHELL GORENG BERCILI
December 20, 2010
1
ASSALAMUALAIKUM wbt
TAHU tak apa nama benda ni? Saya pun tak berapa pasti dalam bahasa Melayu, tapi orang putih panggil scallop, cengkerangnya tu memang sama sebijik macam lambang minyak Shell tukan. Pernah tak tengok satu iklan minyak Shell yang tunjukkan kerang ni ditemui di pantai yang bersih apabila ombak meninggalkan pantai? Ia adalah antara binatang bercengkerang yang paling bersih kerana tiada pasir di dalamnya dan sangat mudah untuk dibersihkan. Kulit cengkerangnya halus dan licin serta tidak berlumut seperti sesetengah haiwan laut yang bercengkerang.
Kami ni sebenarnya baru saja pulang berjalan-jalan dari pantai timur, tak jauh pun.. Kuantan jer, hehehe. Pergi pun tak lama, tujuannya cuma Encik Rizar rindu nak makan di Kuantan dan memancing di Endau. Hahaha, dia kaki pancing tau, tapi bukan kat laut tapi kat pasar.. wakakakah. Perjalanan kali ini amat tenang dan tidak memenatkan kerana cuaca yang begitu redup yang sesekali disapa hujan renyai. Walaupun langit agak mendung tapi hujan seolah-olah malu hendak turun.. hehehe. Eh, banyak menceceh pulak.. meh layan resepi Encik Rizar kita ni ya..
Bahan-bahan:
1 kg shell (macam dalam gambar tu... hehe)
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2" halia*
3" serai*
15 tangkai cili padi kampung* (tumbuk halus bahan bertanda*)
1 sdb pes tomyam
1 sdb sos tiram
1/2 sk garam
1 sdb gula
1/4 cawan jus limau nipis
3 helai daun limau purut dihiris
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
~ Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga agak garing. Masukkan pes tomyam, sos tiram, garam dan gula. Gaulkan semuanya hingga sebati.
~ Masukkan shell, gaul rata dan masukkan jus limau nipis. Taburkan daun limau purut dan biarkan sehingga shell masak dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan cili dan kicap cair.
sedapnye...setahu sy dipanggil jugak nama kekapis
ReplyDelete