SEPIT KETAM GORENG BERCILI
December 13, 2010
3
ASSALAMUALAIKUM wbt
JUMAAT lepas, selepas kerja kami pergi ke Pasar Borong Pandan. Orang kat bandaraya nikan memang pelik-pelik. Orang lain pergi pasar pagi-pagi, tapi kami pergi malam-malam. Di Pasar Borong Pandan ni, makin malam semakin meriah dan makin sempit nak bergerak. Jadi waktu yang paling sesuai lepas kerja, orang belum begitu ramai. Lepas tu, Encik Rizar terberkenanlah dengan sepit-sepit ketam yang gemuk-gemuk tu. Bukan ketam, tapi sepitnya jer.. Dah terbayang kat matanya nak masak goreng bercili. Masa makan tukan, wow! Macam nak berperang... wakakah! Dahlah pedas sebab kami potong cili api kampung rendam kicap cair, nak lawankan dengan ketam tu, pas tu memang bersilatlah nak memecahkan kulit ketam tu walaupun dah diketuk pada awalnya... kih... kih... kih. Jom layan resepi...
Bahan-bahan:
1 kg sepit ketam (ketam yang besar-besar tu ya.. bukan ketam bunga tataw namalah.. hihi)
2 sudu besar cili kering dikisar
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
1/2 batang serai* (tumbuk halus bahan bertanda*)
2 sb sos tiram
1 sk garam
1 1/2 sb gula
1/4 cwn jus lemon
2 sb minyak masak
Cara-caranya:
~ Bersihkan sepit ketam dan diketuk-ketuk manja, goreng atau kukus 15 hingga 20 minit.
~ Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk. Tumiskan sekali cili kisar hingga agak garing.
~ Masukkan sos tiram, garam dan gula. Biarkan agak mendidih, masukkan sepit ketam. Gaulkan rata sehingga semua sepit ketam disaluti sambal. Masukkan jus lemon.
~ Biarkan sebentar dengan api kecil hingga terbit minyak. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.
Tags
salam kak yus..sedapnya ketam....terliur mas tengok....
ReplyDeleteYus... kepit udang tu... mak2 budakje boleh makan... bebudak tak boleh makan sebab menyusahkan mak dia kena gigitkan...hahahah...kejamnya mak dia ni...
ReplyDeletesalam sari..
ReplyDeleteaiyooooo tgk itu ketam punyer sepit wa talak tahan wooooooo....