14 PERKARA SUNAT HARI ASYURA

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
ASSALAMUALAIKUM wbt

KALI ini ingin saya panjangkan email yang saya terima berkenaan

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram1432H bersamaan Khamis, 16 Disember 2010)


1. Melapangkan masa / belanja anak,, suami dan isteri-isteri

Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.


8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam..
    terima kasih sudi share, secara tak langsung mengingatkan kepada saya yang hampir lupa akan kedatangan tarikh ni di celah-celah kesibukan duniawi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!