MENGINAP 3D2M DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SEMASA beraya dengan ipar duai di KL pada hari raya Aidilfitri lepas, kami memilih untuk menginap di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam. Ini kali kedua kami menginap di sini. Penginapan sebelum ini boleh klik link di bawah:


MENGINAP SATU MALAM DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM



Keluar sahaja dari pintu lif, PI kata, macam sama aje dengan bilik kami menginap sebelum ni, tapi bila masuk, Sk kata bukan. Sebabnya kedudukan jenis bilik tu lain. Sebelum ni, King Bed ni terletak di bilik sebelah, takkanlah rajin sangat dia nak pindah-pindah katil, kan. Bila baca semula old post, bilik sebelum ini di tingkat 11.


Kali ni dapat aras 15, nombor bilik jer sama, 16 dan 17. Kali ni Sk tak ambil gambar-gambar dalam bilik. Oh, ya.. penginapan ni dapat harga promo, tak silap Sk dalam RM240 - 250 semalam. Beza banyak harga dia dari sebelum ni.


Inilah antara sebab kenapa Sk memilih menginap di sini. Seleksi buffet breakfast dia memang antara yang terbaik. Bagi Englist Breakfast, banyak side dish ya.



Tapi, PI tetaplah memilih nasi lemak. Nasi lemak dia sedap. Masa menginap ni, hari raya kedua, ada makanan hari raya seperti ketupat, lemang dan rendang, tapi kuah lodeh tak ada.


Ni pinggan Iman. 


Salad dekat sini fresh dari ladang comel, hehehe.


Dimsummmm


Layan juga K-Food dan J-Food.


Buburrr dia ada banyak condiments.


Pukul 2 baru pergi beraya rumah Kak Shida (biras) di Damansara. Yang masak ni semua, Kak Roz, kakak PI. Kak Roz baru bersara, masih gagah lagi eh dia masak. Kalau Sk, pengsan dulu! Lepas tu melepak kat rumah Kak Shida sampai malam, baru balik hotel.


Sarapan hari kedua di hotel (Hari raya ketiga). Ingatkan nak makan makanan raya, tapi tak ada dah hari ni. Tak ada rezeki, jadi sekali lagi Sk layan American Breakfast. Tekak minah saleh sangat.


PI makan Mihun Sup ala-ala Tengkera (Melaka).


Sk makan la makanan yang tak pandai nak masak sendiri. Ni kalau beli pun mahal kan seketul-seketul tu, betul tak?

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantik betul taman salad dalam pinggan tu SK.
    Teringat jalau pi oversea terutama belah-belah Europe, setiap kali sarapan suka susun salad dalam pinggan.

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa...kita next week baru staycation kat Kuantan, dah siap amik breakfast sekali...hehehe...PI amik telur memang banyak ye...bolrh la geng ngan suami SA...kalau makan nasi lemak mesti ada telur rebus sekali

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!