KEK KAREMEL SARANG ANAI-ANAI
December 22, 2010
1
ASSALAMUALAIKUM wbt
KEK Karemel Sarang Anai-anai??? Macammana namanya boleh ditukar macam tu sekali ya.. hihi. Sebelum ni blogger masak sibuk dengan kek sarang lebah, yang ni sarang anai-anai lak.. haha. Sebenarnya projek kek karemel ini dibuat sementara menunggu daging cincang yang dah beku seminggu dalam peti ais tu cair untuk dibuat sos spaghetti. Jadi, dengan rajinnya saya pun buatlah kek karemel ni. Mulanya memang plan nak buat lapis berkasih. Baru saja lapisan pertama dan mengayak serbuk koko di atasnya, tetiba jer terdengar Encik Rizar bersuara, "laparrrrrrrrrrrrrr..." huk.. huk. Terus sahaja saya mencampak-campak adunan yang telah siap diwarnakan itu sesuka hati. Adoiii... mesti tak cantik keknya nanti. Sempat buat dua kali saja ayakan serbuk koko dan kerana proses mencampak tu jadi nampak tersangat buruk, lalu saya pun meloreknya pula dengan lidi... kih.. kih.. kih. Nah, ambik kau hasilnya bila dipotong, lapisan serbuk koko tu dah macam sarang anai-anai. Jadi sesiapa yang tak pernah tengok sarang anai-anai tu, macam nilah lebih kurang rupanya ya. Hehehe... resepinya boleh tengok di sini. Tapi rasanya tetap sedap, kali ni saya tak terlupa meletak dua sdb susu pekat manis. Layanzzzzzzzz!!
hahhaa..mcm mcm la akkak neh..weh ok tu..lawoo je.. kira kek kacuk la ni..mcm mcm versi dah ada ni..
ReplyDelete