MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, January 31, 2010

RAIKAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN DENGAN ACARA MAKAN2


SEMALAM 30 Januari 2010, genaplah ulangtahun perkahwinan saya yang ke 10. Sebenarnya acara makan-makan bila menyambut harijadi atau ulangtahun ini seperti menjadi budaya saya rasa bukan saja kepada keluarga saya tetapi juga kepada anda semua.
Tetapi kerana ini ulangtahun perkahwinan ia menjadi satu kelebihan jugalah kerana saya tidak perlu memasak bermati-matian seperti hari lahir Yaya hari itu. Memandangkan 30 Januari jatuh pada hari Sabtu, maka acara makan luar telah bermula pada malam Sabtu.


Kira-kira jam 8.30 malam kami keluar rumah menuju ke Restoran Yeo Sekeluarga yang terletak di Gelang Patah. Untuk pengetahuan anda Mr Yeo ini adalah seorang Cina Muslim. Jadi masakan di sini ditanggung halal dan sedap.

yg ni tak order.. tengok dari jauh jer..

Saya sebenarnya nak memasukkan gambar ni daripada semalam tetapi sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini, saya kehilangan USB mini card reader . Rupa-rupanya my hubby yang menggunakannya dan terlupa hendak meletakkan semula dalam beg laptop saya. Nasib baik hari ni saya bising-bising mencari, kalau tak sampai ke sudah tak tahu ada dalam beg laptop dia.
Jadi, jom kita layan juadah yang menjadi kegemaran keluarga saya setiap kali makan di Seafood Restaurant. Oh, ya.. maaflah.. saya tak ambil gambar di signboard atau pintu gerbang restoran, maklumlah.. dah malam-malam, takut benda lain pulak yang muncul dalam gambar.. ahakz!









Saturday, January 30, 2010

APA LAGI MASALAHNYA NI....

NAMPAKNYA hajat nak update blog malam ni sekali lagi dterjah masalah. Gagal memuat naik foto untuk melengkapkan cerita.
Kalau sebelum ini masalah nak upload ke blog, kali ni masalahnya USB untuk memasukkan gambar ke komputer hilang. Puas saya cari, tapi tak tahu ke mana perginya. Jadi kenalah tunggu sampai jumpa atau beli saja USB yang baru.
Harap-harap cerita belum basi lagi..

NAK MASAK APA NI...

MMM... hari ni nak masak apa ye? Saya percaya anda semua pernah mengalami dilema buntu untuk memikirkan juadah apa yang akan disediakan sama ada untuk sarapan, makan tengahari, minum petang atau makan malam.
Jangan kata orang yang bekerja bingung dengan menu sehari-hari, suri rumahtangga sepenuh masa pun kadang-kadang boleh serabut kepala memikirkan nak bagi suami dan anak makan apa.
Bagi saya sendiri memang syukur sangatlah, pasal my hubby memang paling senang pasal
makan asalkan lauk tu favourite dia. Cuma yang cerewetnya dia ni ada makanan tertentu yang dia tak makan. Contohnya lauk favourite saya... hah.. itulah masalahnya..


Yang ni kalau saya, layan hari-hari pun boleh tapi my hubby tak makan. Jadi kalau hari itu my hubby tak ada rumah, barulah saya berpeluang masak sardin, anak saya pun suka. My hubby sebenarnya tak kisah pun kalau saya masak sardin masa dia ada, cuma tak bestlah kalau saya masak sardin nanti kena pulak masak lauk lain. Sebab saya kalau makan lauk sardin ni dah tak pandang lagi lauk lain, kan membazir namanya tu.

Satu lagi, karipap sardin. Kalau orang yang jual tu tersalah bagi memang kena m***lah jawabnya. Pantang betul dengan karipap sardin ni.

Tapi yang peliknya sandwich sardin dia makan pulak. Hairan tak hairan? Tapi ada syarat pulak. Mesti nak kena perah jus limau, lepas tu kat roti tu janganlah pandai-pandai nak sapu butter, memang dia merajuk tak makan. Jadi selalunya lepas saya sediakan inti sardin tu, saya just biarkan saja dalam mangkuk, nanti dia sendiri akan letak dalam roti, bukan sikit-sikit, sekali letak dua sudu. Hmmm... macam mana tu, kata tak makan sardn...

Menu sandwich sardin ni selalunya saya buat masa sarapan pagi atau bila petang-petang tu rasa lapar, saya buatlah. Yang ni roti pulak haruslah..


.. sebab suami saya ni tak berapa makan roti jenama lain. Ha, tu pun kira cerewet jugak tu. My hubby ni pagi-pagi tak payahlah susah-susah nak sediakan mee goreng ke, nasi goreng ke,lempeng ke, jemput-jemput ke.. pasal dia makan sikit jer. Tapi kalau saya buat nasi lemak, tu memang dia suka sangatlah. Kalau rasa malas nak buat sandwich, buatkan jelah


Ha, yang ni pulak mesti betul-betul separuh masak. Tak boleh cair sangat, tak boleh keras sangat. Ingat lagi masa baru-baru kahwin dulu selalu bergaduh pasal telur separuh masak ni. Tapi sekarang saya dah expert buat telr ni. Kakak ipar saya sendiri mengaku, adiknya ni memang cerewet pasal telur tu, padahal bukan dia tak tahu, manalah nampak dalam telur tu cair ke.. keras ke...

Selalunya letak jer telur ni sebelah roti semestinya Gardenia tu, lepas tu mesti nak
kena ada kicap...



.. kicap lain tak menepati citarasa.

Kalau rajin sikit saya suka juga buatkan roti bakar benggali style. Tahu tak cemane rupanya. Ha.. macam ni..

roti kasi bakar dulu..


pas tu pecahkan telur tadi atasnya..

Yang ni memang favourite gaklah, tapi kerja kena pantas, sebijk macam bai jual roti kat kedai kopi tu. Kalau tak roti bakar tu jadi liat.

Bab minuman pulak, my hubby ni tak minat nescaffe, cappucino semua tu. Buatkan jer
teh'O'. Sekali sekala saya buatkan juga milo.. hehe, supaya sihat dan kuat. Selalunya saya rendamkan jer teh misai kucing. Memang save gula dalam rumah.

Bab anak saya pulak, paling liat nak suruh sarapan. Kena paksa baru nak makan. Itupun dengan muncung 14, kalau saya tak bagi sarapan tahu pulak lapar..budak.. budak. Tapi favourite dia nasi goreng. Kalau ada koko crunch dengan susu pun dah okeylah tu. Jadi selalunya kami akan pastikan sentiasa ada stok sebab kalau malam-malam lapar, benda tulah yang dicarinya.

Sariyusa: paling suka makan buffet..

Wednesday, January 27, 2010

macam-macam hal pulak...

ADUHAI.. dah berapa kali saya cuba masukkan gambar cupcake strawberry dan kek strawberry yang saya buat beberapa hari lepas, tapi tak juga masuk-masuk. Dua hari saya mencuba.. sampai kelat biji mata dibuatnya sehingga adakala kesabaran hilang batasannya. Masa nilah rasanya membazir masa betul mengadap benda ni.. tapi kena jugak cekalkan hati.
Baru ni pun, saya cuba lagi. Mula-mula guna broadband, tak lepas.. Kemudian guna TM streamix wireless, tapi tak boleh masuk internet pulak. Nasib baik En Rizar datang tolong, pasal saya bab dalaman ni tak berapa pandai, tak berani main hentam, takut ke lain pulak jadiknya.
Yang kelakar, kalau nak explore sesuatu tu pandai pulak dari En Rizar. Yang tu, En Rizar selalu minta tolong saya. Ha.. macam tulah husband and wife.. tolong- menolong antara satu sama lain.
Jadi saya harap kali ni dapatlah saya upload image cake saya yang gebu tu.. hehe..
Hakhak.. dapat juga upload dengan lajunya..

inilah cup cake saya yang naik dengan begitu gebu sehingga tak terkata..

adunan di hari lain, yang saya rasa nak balik sangat buat kek tu.. nilah, buat dalam loyang pulak. (resepi asal dalam loyang patutnya..)

Yaya yang begitu teruja dengan keknya..
OH, maaflah.. dapat amek gbr kek yang dah dipotong jer.. makcik lupa.. ni pun buat bekalan gi kerja, jadi gambar dalam tupperware jer, takde pinggan cantik

Monday, January 25, 2010

Kek Strawberry.. oh Kek Strawberry....

Isk.. isk.. isk... mengantuk sunguh mata saya ni. Sekali-sekala saya melayan mata. Tapi tak boleh terlalu kerap. Semua student saya sedang menyiapkan assignment yang saya bagi. Saya cuba berjalan-jalan di luar makmal dan sesekali melihat setakat mana yang mereka lakukan.Namun masih gagal mengawal rasa mengantuk.
Hai.. lambat lagi waktu rehat agar dapt saya melelapkan mata walaupun sepicing. Entah kenapa tiba-tiba saya terbayang kek cawan strawberry yang saya buat semalam.
Rupanya sebelum dibakar tak ubah macam ais krim walls. Sungguh gebu teksturnya. Saya
bayangkan kalau pewarna merah tu saya cuma gaul-gaul sedikit, mesti rupanya macam aiskrim rasberry yang selalu suami saya beli.
Wawawa... tak boleh jadi. Saya mesti nak buat gak kek strawberry malam ni.Serta merta mata saya jadi segar. Balik ni tak boleh lengah. Lepas solat maghrib mesti terus putar bahan-bahan kek. Terus panaskan oven. Sekejap jer tu. Kali ni tak nak masuk dalam cup. Nak buat satu loyang besar, nak tengok berapa tinggi dia boleh naik.. hehe.
Nanti besoknya bolehlah bawa ke pejabat, Yaya pun boleh bawa sikit ke sekolah. Huhu.. tak sabar sungguh rasanya menunggu malam. Petang oh petang, cepatlah kau menjelma. Malam oh malam cepatlah kau datang... uhuuu, aku mahu pulang.. aku mahu pulang.

Saturday, January 23, 2010

Happy Birthdayyyyyyyyyyyyyyyyy Tooooooo Youuuuuuuuuuu........

AKHIRNYA... hari ni berjaya gak menyajikan sajian ala western untuk sambut ulangtahun Yaya yang ke-9. Walaupun dah happy belated, tapi Yaya tetap puas hati sebab permintaannya supaya bondanya ni buatkan kek hari lahir telah terlaksana.
Sebenarnya, hari ni memang 'gamble jer' buat birthday Yaya ni memandangkan rancangan yang sebenar dah jauh tersasar. Lagipun bukan ada jemput sesapa, cuma adik beradik dengan ibu jer, itupun masih tak cukup korum pasal Along kat Melaka dan Wawa kat KL. Kalau ikut perancangan,memanglah nak buat birthdaynya hari ni tapi tiba-tiba Khamis lepas dapat surat menyatakan hari ini merupakan hari persekolahan ganti sempena cuti Tahun Baru Cina. Nak buat malam, En Rizar pula kena cover perlawanan bola antara 'sapa tah' (tak pernah ambil tahu pun) di Stadium Larkin. Jadi plan A diganti dengan plan B, buat pada hari Ahad.
Tetapi, benarlah, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalo-galonyo. Seluruh sekolah di negeri Johor telah ditutup kerana pemergian baginda Sultan Iskandar ke Rahmatullah. Tapi plan B gak kena pakai pasal En Rizar pulak kena kerja, tempahan iklan takziah dan telefon berdering-dering, cukup memenatkan. Saya yang dengar pun penat, sebab tu apabila hari ni dia buat muka toya, saya buat tak tau jer, dah faham dah, pressure lah tu..
Tapi tiba-tiba terlintas nak buat birthday Yaya malam. Benda ni tiba-tiba jer terlintas di atas batu jemala saya. Dahlah bangun pagi tadi saya termenung dok fikir apa nak buat dengan roti yang dah 'expired' tiga hari tu. Mmm.. buat puding roti boleh kot (tak penah buat pun). Lalu saya ambil roti yang ada lima enam keping tu, (lupa nak kira) saya masukkan terus dalam loyang dan saya tuang lebihan 'filling' tart telur minggu lepas. kemudian saya tuang pulak susu cair, susu segar.. belasah jer. Tabur gula perang, badam cincang dan bintang warna-warni tu, bakar dekat-dekat 1 jam dan jeng.. jeng.. inilah hasilnya.


Untuk makan tengahari pula, saya masakkan Yaya ayam percik US.. hehe, sebab ambil resepi dari orang yang duduk kat US tu.. huhu. Tapi tak masak nasi.. ratah ayam jer.. jadi meow-meow.


Saya mula buat kek lebih kurang pukul 1, kek apalagi kalau bukan favourite Yaya, kek lapis cream cheese. Suka hatilah Yaya, janji sedap. Tapi agaknya pasal asyik buat kek ni jer, dah macam takde hati nak makan pulak.


Mungkin kepenatan agaknya sebab selain daripada tu, saya buat gak 'Apple Pie'. Boleh tahanlah, rasa intinya sebijik macam McD punya cuma kulitnya agak keras di bahagian tepi, mungkin sebab saya kelim agak tebal. Tapi bahagian tengah rangup, cuma saya rasa lain kali kalau dapat buat terus makan masa suam-suam tu mesti syiok!


Lepas tu saya masak lasagna. Pasal dah biasa buat 'spagetti bolognese' dan 'carbonara' jadi saya tak ada masalah menyediakan 'filling'. Tapi saya gagal menyediakan kulit lasagna. Habis koyak dan melekat antara satu dengan lain. Adalah sekeping dua yang elok. Rupa cam koey teaw 'reject' pun ada gak.. hehe. Tapi rasa ok, cuma terbarailah, tak macam lasagna yang dijual di Pizza Hut. Ni kena belajar lagi ngan Kak Yatie, cemane nak dapatkan kulit lasagna yang elok, padahal saya dahpun masukkan minyak dalam air rebusan.


Bagi menambahkan lagi juadah, saya sediakan juga 'spagetti carbonara'. Ha, yang ni memang dah biasa buat. Pejam mata jer.


selalu buat kuah tu pekat tapi pasal takut tak cukup, saya cairkan sikit. Kali saya letak sosej bagi menggantikan daging cincang sebab dah campak dalam lasagna..

Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada ibu, Aini, Angah, Abg Jamal, Izat, Ilham dan Indah yang sudi makan semua masakan bonda tu ye. Thank You gak pada Angah yang datang bawa pizza..

Happy Birthaday To You, Yaya

Al Fatihah...

HARI ini rakyat Johor kehilangan ayahnda yang dikasihi Al- Mutawakil Allallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Sebenarnya berita kemangkatan Almarhum telah saya ketahui usai mengaji Al-Quran selepas solat Maghrib malam semalam. Kira-kira jam 12 malam, saya, suami dan anak menyusuri jalan Pantai Lido bagi melihat keadaan di sekitar istana.
Dari jauh saya melihat Istana Bukit Serene terang benderang. Bendera putih dengan lambang bulan sabit dan bintang jelas kelihatan berkibar separuh tiang. 'Theme Park' Danga Bay, yang berhadapan istana sudah sunyi sepi jauh dari kebiasaan yang selalunya riuh rendah dan happening pada setiap malam minggu.
Kami meneruskan perjalanan ke Istana Besar. Kira-kira 1km sebelum sampai ke destinasi suasana jalanraya mulai sesak. Kami dapat melihat beberapa kakitangan istana yang bersongkok hitam dengan lilitan putih sedang berdiri mungkin menunggu arahan tugasan seterusnya. Walaupun lampu-lampu mahal menerangi tengah malam, namun suasana pilu jelas terasa lebih-lebih lagi ruangan udara Best 104 yang kami pilih sedang menyiarkan bacaan dari ayat suci Al-Quranul Qarim.
Melewati perkarangan pintu gerbang ke kawasan istana, orang ramai mula membanjiri walaupun jelas jam di dashboard menunjukkan 12.05 tghmlm.
Jelaslah kini, kami memang benar-benar kehilangan baginda. Dari kejauhan ini, saya doakan agar Allah swt mengampunkan segala dosa dan meletakkan baginda di kalangan orang-orang yang beriman, Amin

Wednesday, January 20, 2010

MaMa CHOPs PaPa GRILL... i like...

BURPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hah, padan muka, tak serik-serik. Tak tahulah kenapa setiap kali (padahal baru tiga kali) makan kat MCPG, mesti tamak, semua nak sorang sepinggan walaupun dah tahu di akhirnya nanti berkali-kali bunyik burpp! akan kedengaran walaupun makanan di pinggan masih belum diselesaikan.

Apa cerita kali ni? Ni nak cerita pasal hari jadi Yaya yang ke-9 yang jatuh pada hari ini. Memandangkan hari ni hari kerja, maka bapa Yaya dengan sukarelanya, bermurah hati(bapa Yaya memang pemurah pasal makan)untuk belanja kami dua beranak dinner yang luar biasa.

Mula tu, masa nak keluar rumah, baba kata... "Kita pi wak Radol nak?", okey.. saya kata.

Lepas tu, keluar dari simpang 4 Jalan Bayan/ Persiaran Pulai Indah (apasallah dia orang letak nama Bayan tu) Baba tukar fikiran. "Kita pi 'Sweet 17' okey gak kan?", dah pulak.

Saya kata, "daripada makan kat situ, baik pi MCPG, lama dah tak pi.."
Baba kata, "nak pi situ...," (bunyik macam setuju..) dan keputusannya setelah mendapat persetujuan dari 'birthday girl', kami pun memilih untuk makan di MCPG.



Belum pun sampai MCPG, saya tanya Yaya, nak makan apa? Saya cadangkan menu-menu special yang ada kat sana. Baba kata, share-share, nanti dia tak habis. Saya kata kalau share-share bukanlah birthday girl.. (degil).

Sampai MCPG, lepas pilih meja kat kaki lima, adik waiter pun terus datang bawa menu. Kami tak ambil masa yang lama, saya pilihkan Yaya


mama papa combo..

tak sampai lima minit lepas order, air pun sampai. Belum 10 minit meja dah penuh dengan hidangan yang tak sanggup nak tengok lama-lama. Apalagi.. Bismillah..


pilihan baba.. Papa Mix Grilllllllllllll......

Saya mula nak makan sama dengan Yaya, lepas tu batal, nanti tak boleh nak tukar-ukar rasa, saya suruh MCPG masakkan saya Fish &Chips jer.. (fuyoh... tadi siang sudah hantam nasi beriyani gam satu pinggan.. makan free, majlis amanat bersama CEO, habislah diet i...)




air deghoyan belanda.. baba nyer, sape-sape tak leh mintak


inilah birthday girl yang diraikan


bonda pun nak buat gaya sama ngan birthday girl-lah... ni muka malas nak sapu bedak, lipstick pun tak calit........ malas giler nak mekap masa ni

Sariyusa: malam ni sign konrak ngan SWM bagi mengelakkan pembaziran.. yang mana larat jerlah

Tuesday, January 19, 2010

Tak Macam Sarang Lebah Pun...

SEJAK akhir-akhir ni fokus saya kepada facebook mula terganggu. Kalau dulu sibuk buka facebook, sekarang sibuk buka blog-blog tentang dunia masakan... wow... kagum sungguh dengan blog-blog mereka ni. Waktu senggang kini tidak lagi memboringkan. Kadang-kadang saya rasa waktu terlalu mencemburui kerana waktu senggang begitu cepat berlalu sebelum sempat saya menyalin resepi.. haha.

Lepas tu memikir panjang lagi.. cukup tak bahan-bahan ni di rumah. Oh, yang ni ada, yang ni ada, yang ni... mmm, ada ke tak ek. Dan yang ni, apa benda alah plak la gliserin ni ek.. hak hak.. itulah saya dan dunia saya sekarang. Sampai suami saya pun sekarang dok buka oven nak tengok apa yang silver-silver tu.. hak hak.. loyang saya ropenye.

Semalam saya dok menyalin resepi dari blog Cik Mat Gebu. Saya betul-betul membayangkan Cik Mat ni sebijik macam Cik Mat yang selalu mengajar budak-budak berzapin. Cik Mat yang hari-hari Jumaatnya selalu berbaju Melayu lengkap bersampin bersongkok tinggi. Followersnya saja mencecah 1000 lebih, dasat sungguh penangan blog Cik Mat ni, berangan nak ada blog macam Cik Mat.. alahai Cik Mat.

Sempatlah tiga empat gak resepi kek Cik Mat yang saya salin. Tapi yang ni memang saya boleh hafal sekelip mata. Saya berkira-kira, bahannya mudah, caranya tak susah.. aku mesti buat, aku mesti buat.. haha. Kata saya dalam hati.

Tapi petang tu tiba-tiba ada permintaan, nak makan nasi lemak daun pisang untuk sarapan pagi esok. Saya berkira lagi, cili kisar saya stoknya tiada lagi, harus kena sedia gak bawang-bawang lagi. Huh, kansellah programku nak buat kek hari ni.

Tapi, rezeki tak ke mana. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Anak saya bertanya apabila nampak saya sibuk keluar barang dari almari,"bonda nak buat kek lagi?" haha, dia dah faham, baguslah. Saya cakap nak buat Kek Sarang Lebah. Dan banyaklah persoalan yang keluar tentang sarang lebah tu.

Dalam pada saya mereneh gula, saya rebus cili kering sekali. Siap semua saya tutup api dan sedia nak mix bahan keknya pula. Siap mix semua, adunan tu perlu simpan dua tiga jam, masa ni pulak saya kopek bawang. Lepas kopek, terus kisar, simpan untuk masak besok pagi. Selesai satu perkara, layan tv sambil tunggu masa nak bakar kek tadi.


gula pasir secawan.. tenggek atas api


lepas gula tadi perang dan cair campur air panas secawan sampai jadi macam ni

Dalam menunggu sempat berangan, tentu kek aku sebiji macam sarang lebah, macam dalam gambar Cik Mat tu, saya bayangkan lubang-lubang yang besar.. wah kagum sungguh kalau jadi.

Dah 11.30 malam tu... Yaya sibuk nak tolong melengser mentega pada loyang. Tak mau tidur dulu, nak tengok kek sarang lebah katanya. Oven dah dipanaskan. Siap letak kertas saya tuang terus adunan kek tu, setkan masa 1 jam dan terus gi zzzzzzzzzzzzzzzzzz.........

Tiba-tiba saya terjaga. Hah, habislah kek sarang lebahku. Dah jam 1.30 pagi. Pergi dapur, cabut plug oven. Bawa keluar kek, masih suam-suam lagi. Terus test, masak.. Saya potong sedikit, nak tengok lubang sarang lebah tu.. hampeh. Atasnya adalah tiga empat lubang besar-besar sikitlah. Tapi hak yang bawah semua adalah macam sarang semut.. hik hik. Tapi rasanya boleh tahan, jadi saya nak tukar namanya.. kek sarang semut, baru sesuwaiii.........


nilah kek sarang semutku..

Sariyusa: update blog sambil makan kek.. hehe

pelepah pisang masih relevan rupanya

"BONDA, minggu depan cikgu suruh bawa batang pisang," kata Yaya kepada saya apabila kami mengambilnya pulang dari sekolah minggu lepas.
"Hah, batang pisang, nak buat apa?" Aku buat-buat terperanjat, saja nak sakat.
"Tak tahulah, cikgu suruh bawa untuk Pendidikan Seni.." oo.. saya dah dapat mengagak apa yang dimaksudkan dengan batang pisang tu.

"Oh, cikgu nak buat cop lah tu... hmmm, dari zaman bonda ngan baba sekolah, sampai anak sekolah, masih lagi pendidikan seni guna pelepah pisang...," sambil menggeleng-gelengkan kepala. Saya memandang suami yang tergelak-gelak. Dia mengiyakan kata saya.

Saya bertanya dari mana nak dapat pelepah pisang memandangkan di rumah kami jangankan kata pelepah pisang, nak tengok pokok pisang pun belum tahu. Petang tu sepanjang perjalanan balik, apabila terpandang pokok pisang, kami akan menyuruh Yaya cuba bagi salam dengan tuan rumah tu dan minta pelepah pisang sebatang, haha.

Kami berkira-kira untuk mencari pokok pisang di rumah nenek (ibu saya)minggu depan, tapi masa kami datang tu hari Sabtu, nak pakai hari Selasa, tentulah pelepah pisang tu dah kering. Jadi kami rancang untuk datang ke rumah nenek pada hari Isnin, dapatlah pelepah pisang yang segar. Tapi sebenarnya kami tak pasti ada atau tak pokok pisang di sana. Kalau dekat rumah lama, memang tak ada masalah.

Hmm.. sebenarnya ada tempat yang lebih mudah untuk mendapatkan pelepah pisang tu. Di perkarangan 'guard house' kat pejabat sayalah. Tapi, takut pulak nak ambil, almaklum.. banyak pulak cerita misteri yang pernah saya dengar berhampiran tempat tu, jadi plan nak cari tempat lain jelah.

Tapi nak tak nak, takde pilihan kerana petang semalam, bos suami saya telah membuat mesyuarat pada jam 5 petang. Gedebak.. gedebuk, tamatnya pukul 6 lebih, suami terus ambil anak dari sekolah baru ambil saya di pejabat, dalam 6.45 gak tu. Malam tu, suami ada dinner dengan staf pejabatnya pukul 8, maknanya kenalah ambil pelepah pisang kat pejabat tulah. Nasib baik ada uncle guard kat situ dan dia pun ada pisau.

Saya baca ayat kursi dalam hati sambil minta izin kat pokok nak ambil pelepahnya sebatang. Teruk betul saya kan, tapi nak buat macammana, saya ikut je petua orang tua-tua, takut gak.. manalah tau.


nilah pelepah pisang yang dah dikerat-kerat

Suami saya pulak bila nampak ada daun pisang sekali kat pelepah tu mulalah membuat permintaan, nak bawa bekal sarapan esok pagi, nasi lemak bungkus daun pisang. Ulala.. permintaan......... tak hengat tu. Yaya pun bukan main beriya-iya nak bawa bekal nasi lemak dua bungkus lak tu.

Tapi kerana sayang, saya pun masak gaklah nasi lemak, bangun 4.30 pagi tu menanak nasi (macam kai dapur kayu pulak ek). Dalam kelam-kabut tu, sempatlah saya membungkus enam bungkus nasi lemak, masing-masing bawa dua.. hehe. Nasib baik cikgu sekolah masih guna silibus ni ek.. Tak sabar saya nak tengok hasilnya nanti..


dua bungkus bawa ke opis, untuk naza satu..


hak hak.. yang ni specel untuk saya yang kuat makan...

sariyusa: teringat susah payah ibu cari pelepah pisang untuk kami bawa ke sekolah, teringat gak cop kentang.. hak hak

Monday, January 18, 2010

Harapan Bonda

PEJAM celik pejam celik, lagi dua hari Yaya akan menyambut ulangtahunnya yang ke sembilan. Setiap kali saya melihat wajahnya saya selalu membayangkan wajahnya ketika bayi. Setiap kali saya dakap dirinya, saya selalu meminta kepada Allah swt agar dapat memberi peluang untuk saya terus mendakapnya. Setiap kali dia membantu saya di dapur saya merasa begitu kagum, kerana anak yang saya kandungkan 10 tahun lalu, kini sudah boleh diharap dan saya sangat bersyukur kerana dianugerahkan anak sepertinya.
Walaupun dia merupakan anak tunggal, namun kami tidak pernah memanjakannya. Walaupun boleh dikatakan dia selalu mendapat apa yang diinginkannya, namun ada juga kehendaknya yang tidak tertunai. Kami selalu mengingatkannya bahawa ada lagi yang lebih penting untuk dibeli. Kami selalu mengingatkan supaya jangan fikir kita boleh dapat semua benda di dunia ini, semuanya bergantung kepada rezeki, jika tidak dapat bererti itu belum menjadi rezeki kita.
Di hari lahirnya ini, saya ingin meminta kepada Allah swt, agar memanjangkan umurnya, memperbanyakkan rezekinya, menerangkan hatinya, melapangkan dadanya dan membuka ikatan lidahnya serta dianugerahkan kejayaan yang besar kepadanya, Amin Ya Rabbal Al`amin.

Sunday, January 17, 2010

tart telurku.. yang pertama

SEJAK kebelakangan ini, kenapa ek, di kalangan teman-teman, seperti berlumba-lumba nak buat pelbagai jenis kuih dan kek. Tak tahulah.. sama ada terikut-ikut atau terpengaruh, saya akhirnya ikut sama nak berlumba.
Hobi memasak tu memang ada, tapi saya lebih tertumpu kepada masakan lauk-pauk dan pelbagai nasi.. maklumlah, melayan perut suami yang semakin membesar.. hak hak..
Macam gian pulak rasanya sekarang kalau tak mencuba resepi baru... lepas buat kek lapis krim keju tulah.. tapi sabarkan je hati kerana banyak lagi perkara lain yang nak ditunaikan.
Jadi, hari ni saya nak cubalah buat tart telur dengan mencari-cari resepi sumbangan blogger di Myresepi. Akhirnya dapatlah resepi ni.. Jadi bagi sesape yang nak mencuba bolehlah melayari myresepi.
Hasilnya pada saya okey juga walaupun wajahnya tidak seberapa. Tapi saya terkilan kerana kulit tart saya tidak seperti kulit tart telur yang ala-ala kedai portugis tu.. mmm, mana nak dapat resepi tu ek..
Apapun, dalam kesibukan sempat gak ambil gambar.. buat kenangan.. tart telurku.. yang pertama.

nilah adunan kulit tart saya, mula tu bimbang gak tak jadi.. tapi nampaknya ok. Tunggu nak gelek plak


yang ni dah siap terap, sedia nak masuk dalam acuan tart


sedapnya bau..


rupa tiada.. manis ada..

Thursday, January 7, 2010

Hanya SATU




HARI ini saya ingat nak siapkan sambungan novel komik bersiri saya yang dah berminggu-minggu tergendala. Entahlah ya, nak kata banyak sangat kerja, tak juga, tapi kadang-kadang bila rasa malas tu datang dan dibiarkan maka bertimbun-timbunlah hingga ada yang hilang. Tak tahulah salah letak atau terlupa nak potong.

POTONG?! Haha.. saya sebenarnya sedang mengumpul novel komik bersiri dari Berita Minggu yang bertajuk Hanya Satu karya Jayaputra. Sebenarnya minat mengumpul keratan akhbar dan majalah yang menarik ni telah saya lakukan sejak Tingkatan Satu.

Antaranya saya mengumpul sajak, puisi, cerpen dan novel bersiri. Selain dari minat menulis dan mengumpul tulisan dan karya orang lain ni, saya juga banyak berkarya dengan menghasilkan lukisan potret. Sayangnya kebanyakannya telah rosak ditelan masa jadi bagi saya yang tak suka menyimpan samah sarap ni saya tutup mata dan buang dan meyakinkan diri bahawa saya boleh buat lagi.

Tetapi sekarang saya mulai sedar betapa berharganya karya-karya dan hasil kerja saya yang telah ditong sampahkan. Memang adakala menyesal tetapi saya tidak mahu hidup dalam dunia penyesalan dan menoleh ke belakang.

Jadi saya harap apa yang saya siapkan ini akan menjadi kenangan yang berharga untuk anak saya andai saya tiada kelak. Oh, ya.. kat belakang buku skrap ni ada juga saya selitkan kisah seorang insan yang tercampak dari tanahairnya tetapi dengan kuasa Allah swt, akhirnya jenazahnya dapat dikebumikan di tanah tumpah darahnya. Yang membuat saya dekat dengan cerita Arwah Nenek Mariam adalah kerana kisah tersebut ditulis oleh orang yang saya kenali iaitu Kak Baiyah dari Berita Harian dan wartawan-wartawan dalam kisah tersebut adalah yang pernah seangkatan dengan saya dulu, Ibrahim Isa dan yang saya kenali Azida.

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?