MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi (call)/ whatsapp : 0127799705 atau sms 0127844524

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, March 26, 2010

Rezeki Majlis Maulidur Rasul

SALAM JUMAAT... pejam celik, pejam celik, akhirnya tiba juga ke minggu akhir Jumaat dalam bulan Mac ini. Entah kenapa bulan Mac ni rasanya macam panjang sangat, maklumlah ada lebih kurang lima minggu nak menghabiskannya.
Hari ini warga kerja di tempat saya dijamu lagi. Kali ini bersempena dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H. Seperti biasa kami memang sangat teruja dengan acara ini dan ia merupakan antara majlis anjuran syarikat yang paling ditunggu-tunggu dan sering mendapat sambutan setiap tahun.
Kali ini Ustaz Ismail Mat Ali yang merupakan Pengurus Besar Capaian Aspirasi Sdn Bhd dan Akademi Mutawwif Sdn Bhd mengambil giliran berceramah kepada hampir 400 hadirin di dalam dewan besar yang sejuk dan dingin.
Walaupun pada mulanya Ustaz Ismail agak kelihatan serius, tetapi suasana sesekali menjadi riuh dan ada yang tidak berhenti ketawa bila sesekali ustaz membuat lawak. Bijak sungguh ustaz mengambil hati hadirin yang memenuhi ruang dewan.
Di sini saya ingin kongsikan sedikit pesanan yang dititipkan di dalam kertas tentatif program.
KEMULIAAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW
Disebut bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata, "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammmad SAW 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepada umatku."
1. "Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Muhammad SAW diterima di seluruh dunia."
2. "Pada mulanya aku berpakaian tetapi apabila aku derhaka kepada Allah SWT maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW melakukan derhaka dengan telanjang tetapi Allah memberikan mereka pakaian."
3. "Ketika aku derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Umat Muhammad SAW berbuat derhaka kepada Allah SWT tetapi Allah SWT tidak memisahkan mereka dengan isteri mereka."
4. "Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga. Tetapi umat Muhammad SAW yang derhaka kepada Allah SWT akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka kembali bertaubat."

Ambillah iktibar daripadanya, semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT, InsyaAllah... Aminn..

Satu perkara yang menarik yang juga saya ingin kongsikan adalah acara jamuan yang mana hidangan wajib bagi syarikat kami adalah Nasi Beriyani yang dihidangkan bersama lauk daging beriyani, kambing dan ayam masak merah, dalca serta pencok. Hidangan ini disediakan secara rewang tau dan paling best sekali kami akan berkongsi hidangan tersebut di dalam dulang.
Memang syok, sejak zaman sekolah hinggalah dah beranak-pinak ni makan dalam dulang beramai-ramai, tapi taklah ramai sangat, empat orang sedulang, kalau sampai sepuluh orang alamatnya seorang dua suap je, makan celah gigi je nanti.. hehe.
Jom, layan gambar..
sedia untuk berarak nampaknya..


rezeki hari jumaat



Alhamdulillah... sedap nasi beriyaninya..

Thursday, March 25, 2010

Dadih Berlapis Jeli Kristal

SALAM SEJAHTERA, semoga anda semua sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa, insyaAllah.
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini, macam-macam rasa terlintas dalam kepala. Kalau cuaca panas maka terbayanglah pelbagai jenis minuman bergas dan berais. Tetapi, awas ya, minuman bergas tu tak elok untuk kesihatan dan Alhamdulillah, saya anak-beranak memang amat jarang mengambil minuman ini. Tapi kalau Bandung Soda tu... memang gagallah plan nak kurangkan pengambilan gula.. hehehe..
Kalau cuaca sejuk pula, perut cepat lapar. Lebih-lebih lagi masa menonton tv selepas makan malam tu. Bapak dengan anak, sama naik.. asyik ke dapur membongkar peti ais dan almari mencari segala jajan dan aiskrim.. macam tak kenyang-kenyang.
Kasihankan anak yang selalu lapar malam tu, saya rajinkan diri jugak buatkan dadih kegemarannya. Jadi kalau dia rasa lapar tu, senang sikit, tak payah nak pening-pening, suruh jer ambil sendiri dalam peti ais, senanglah saya bertenet lama-lama depan laptop buruk saya ni.
Sebenarnya saya pernah terjumpa resepi dadih, tetapi akibat penyakit 'M' (malas dan nak yang mudah-mudah je), saya beli je dadih segera ni. Nak bagi menarik, buatlah berlapis, jadi sedap dipandang mata... hehe.
Tak buat banyak, cukuplah untuk seorang anak, mak dengan bapaknya lebih suka mengecek semasa anaknya makan, jadi saya kurangkan sukatan daripada panduan menyediakan pada bungkusan dadih.
Pencuci mulut ni (pencuci mulut ke...??) saya buat Ahad lepas di mana saya lapiskan dadih vanila dengan jeli kristal perisa oren. Maaflah, gambarnya tak berapa cun, gara-gara malas juga saya suruh Yaya ambil gambar. Tapi rasanya memang enak dan melekat dalam jiwa.
Jom kongsi resepi orang malas ini.. hehe

Dadih Berlapis Jeli Kristal
Bahan-bahan:
Bahan A:

1 bungkus Jeli Kristal Nona perisa oren
400 ml air
Cara-caranya:
1. Masakkan jeli kristal bersama air. Kacau rata sehingga mendidih.
2. Tuangkan ke dalam acuan. Biarkan ia beku kira-kira 30 minit di dalam peti ais.
Bahan B:
1000ml air
130ml susu cair
30gm gula
120gm serbuk dadih berperisa vanila
1/3 peket gula buah-buahan (ada di dalam bungkusan dadih segera)
Cara-caranya:
1. Apabila jeli sudah beku, panaskan air, susu cair dan gula hingga mendidih.
2. Tutupkan api, masukkan serbuk dadih dan gula buah-buahan. Kacau rata kira-kira lima minit.
3. Tuangkan bahan ini ke atas lapisan jeli tadi. Biarkan beku di dalam peti ais dan bolehlah dinikmati.

Macammana, mudah sangat kan. Jadi kalau rasa dah tak de idea nak sediakan pencuci mulut tu bolehlah sediakan dadih berlapis jeli kristal yang mudah ini. Tapi kat rumaha saya tak jadi pencuci mulut dan memang asyik masuk mulut jer..

Wednesday, March 24, 2010

kemesraan terjalin di Mersing

SALAM SEJAHTERA.. semoga anda semua sentiasa beroleh kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.. Amin.
Hmmm... lama sungguh saya tak memunculkan diri di Alam Sari ini. Bukannya tak ada bahan atau cerita nak dicoretkan tetapi entah kenapa di bulan Mac ini banyak sangat agenda yang menanti sehinggalah ke penghujungnya. Memang rasa tak sabar sangat nak habiskan bulan ini supaya nanti di akhirnya saya dapat bernafas lega.
Baru saja pulih dari kesakitan tulang-temulang dan sendi-mendi yang seperti hendak terjojol keluar angkara 'Tug Of War' dan permainan-permainan yang tak berapa nak ekstreem di Hari Jalinan Korporat anjuran syarikat saya mencari rezeki. Walaupun pada mulanya tu pergi kerana terpaksa,(memang perlu dipaksa) tetapi kadang-kadang suasana seperti inilah yang menambah warna-warni dalam kehidupan kita.
Entah mengapa kali ni saya boleh tidak membawa kamera. Tapi atas ihsan dan belas kasihan (hehehe) kawan-kawan, dapatlah saya menumpang sekaki dan mengabadikan fotonya di Alam Sari ini.
Tidak seperti Jalinan Korporat yang diadakan pada tahun 2005 iaitu 3 hari 2 malam, kali ini Ketua Pegawai Eksekutif yang kami kasihi bersetuju untuk mengadakan selama 2hari 1 malam sahaja. Dan atas budi bicara Tuan CEO juga, kami bertolak ke Mersing pada hari Jumaat iaitu hari bekerja walaupun pada perancangan awalnya majlis berlangsung pada Sabtu dan Ahad.
Di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan (PKPI), Sekakap, Mersing yang terletak di perairan pantai Mersing ini, kami ditempatkan di dalam dorm. Maka bila waktu hendak mandi tu terpaksalah juga menunggu giliran, siapa cepat dia dapat (itu yang tak syok).
Yang di dalam bilik air tu pulak, kenalah beringat, ada kawan yang menunggu di luar, jadi tak bolehlah nak berlangir atau menyental kulit dengan buah petola, mandi seadanya dalam bilik air yang nak regang tuala pun tak berapa nak boleh tu.
Kalau agak-agak malas nak tunggu tu pergilah terjun ke laut dan mandilah selama mana yang suka, tiada siapa yang melarang. (tak tahulah.. ada ke yang buat macam ni..???)
Jadi semasa Tug Of War berlangsung di peringkat separuh akhir tu, dah ramai yang meninggalkan pantai kerana tak mahu berebut bilik air, hanya pasukan yang terkuat dan terhandal saja yang masih bersorak tak ingat dunia.. (termasuk aku..).
Walaupun hujan turun dengan tak berapa lebat malam itu, ramai yang tak rela berjalan dalam hujan kerana rata-ratanya sudah berhias habis-habisan untuk majlis makan malam yang ada karaoke dan cabutan bertuah. Alhamdulillah, dari mula dah rasa nombor saya mesti ada 'ong' dan akhirnya mengena walaupun hanya sebuah telefon tangan yang tak berapa canggih tapi masih berjenama Nokia.
Nampaknya hujan menemani awal pagi saya yang rasanya payah sungguh nak bangkit gara-gara susah betul nak tidur pada malamnya. Pusing kiri, pusing kanan, telentang... cuma tak tertiarap jer... tapi sempat juga bermimpi beberapa orang mat salih yang datang entah dari mana.
Maka tiada lainlah aktiviti pagi yang popular selain dari berjoget lambak eh.. menari poco-poco diikuti dengan acara membedal nasi lemak... takde maknanya poco-poco tu dah..
Saya dapat juga menyepak bola ke gol dalam acara sepakan penalti sayangnya gagal memecahkan telur dalam acara 'Tembak Telor'. Dan kerana hujan yang berterusan, tiada siapa yang dapat berkuda ala-ala Qabil Ambak apalagi nak berlari dalam guni.
Akhirnya saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang amat sporting dan pihak penganjur yang bekerja keras mengabadikan Hari Jalinan Korporat ini di dalam diari saya tahun ini. Tahniah!

menunggu giliran tarik tali separuh akhir, walaupun kalah tapi kami tetap menang sorak (gambar Norasikin Abu Bakar)

agak-agaklah saiz tali dengan tangan.. sadis sungguh! (Gambar Shuhaida Baharom)

majlis makan malam dengan sajian mistik ala kampung.. ada bbq di belakang, siapa lambat tak dapat (Gambar Shuhaida Baharom)

terpukau dengan persembahan siapa??? (Gambar Mohd Lokman Abdullah)
antara yang bertuah... (Gambar Mohd Lokman Abdullah)

Thursday, March 18, 2010

laksa penang menantu mami punya cerita



SALAM SEJAHTERA... suka Laksa Penang tak? Saya pasti ramai yang menggemari laksa tak kisahlah laksa Penang ke, Johor ke, Kelantan, Sarawak, yang pasti laksa ni dah menjadi juadah rasmi negara kita.
Saya paling suka makan Laksa Johor. Kalau makan harus tiga empat kali bertambah. Kadang-kadang tu, konon kuah dalam pinggan banyak lagi, tambah spagetti. Lepas tu, spagetti ada lagi sikit dah kering dalam pinggan, tambah kuah pulak. Kuah ada lebih tambah spagetti, spagetti kering tambah kuah.. hah, tu yang jadinya makan tak ingat dunia.. kih..kih.. kih.
Isk, nak cerita pasal laksa penang ke laksa Johor ni??? Hehe, mesti keliru kan. Memanglah, saya nak cerita pasal laksa penang. Saya ni dulu sebenarnya agak kurang gemar dengan laksa penang. Tapi almaklumlah, dah kahwin dengan orang utara, jadi setiap kali balik kampung tu, laksa penang ni wajib ada atas meja. Pernah jugak saya tak menyentuh langsung laksa penang yang dihidangkan tu. Maklumlah, dah ada makanan lain.
Bukanlah tak makan langsung, cuma kurang gemar dan saya pun tak ingatlah sejak bila mula pandai makan laksa penang. Dah pandai pun nak masak sendiri. Resepi ni saya masak sendiri pakai campak baling pasal saya pernah cuba masak berpandukan resepi tapi rasanya yang ado. Jadi yang ini saya olah sendiri ikut apa yang terlintas dalam kepala dan panduan pada bungkusan laksa segera.. hehe.
Sebenarnya pada pandangan sayalah, resepi-resepi jenis lauk pauk ni sukatannya mengikut kita. Ialah, contohnya kalau bawang tu, dalam resepi tu suruh letak 6 ulas, bawang ni ada macam-macam saiz. Lada 10 tangkai, pun ada macam-macam saiz dan saya pun tak pernah kira berapa tangkai lada saya letak. Tapi saya nak kongsi petua dalam masakan supaya sedap (macam masak sedap sangat ek). Contohnya,kalau anda nak buat sambal belacan, masukkanlah bilangan yang ganjil, contohnya lada merah lima tangkai, cili padi 9 tangkai. Boleh juga praktikkan kalau nak masak lemak cili padi. Tapi petua ni saya gunakan kalau sediakan dua perkara tu jerlah. Kalau sambal tumis atau gulai asam pedas tu biasanya saya akan kisar lada dan bawang dalam anggaran yang banyak, dua atau tiga minggu sekali supaya lebih mudah. Kalau nak masak tu, terus je capai dalam peti ais, maklumlah saya ni bekerja. Jadi lepas 'punch out' kat ofis tu, ambil anak balik sekolah, terus 'punch in' kat rumah pulak. Ermm, nak buat macammana kan, duit bukanlah segalanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Jadi takkanlah setiap hari nak beli makanan siap, sekali sekala kenalah pulak memasak terlanjur ada bahan-bahan di rumah. Kalau dah tak ada tu, lainlah ceritanya tak...
Jadi, masa masak laksa penang tu saya teruslah gunakan lada, bawang yang sedia ada dikisar dalam peti ais tu. Sebab tu bukan tak nak bagi resepi laksa penang menantu mami ni tapi saya takut terbagi ajaran sesat. Tak mahu dituduh memberi resepi tipu atau menipu resepi, tak baikkan..
Kalau resepi kuih-muih tu lainlah. Kalau 100 gram tu, semua orang timbangannya sama, betul. Cuma mungkin saiz sudu kecil dan sudu besar rumah kita je lain-lain.
Tapi, saya cuma nak kongsikan di sini, (mungkin ada yang tahu, yang tak tahu boleh tambah ilmu) ikan yang paling sesuai nak dibuat kuah laksa penang ni ialah ikan selayang atau di utara dipanggil ikan sardin. Masa merebus ikan tu, letaklah beberapa keping asam keping dan garam secukupnya. Bila dah sejuk atau suam, keluarkan ikan dari periuk dan tapiskan air rebusan. Kemudian isi ikan sahaja dikisar bersama air rebusan ikan tu. Bahagian kepala dan tulang tu dikisar berasingan dan ambil airnya sahaja (tapis) masukkan semuala dalam air rebusan bersama isi ikan yang dikisar. Kemudian bolehlah terus memasak kuah laksa mengikut resepi yang anda ada. Kalau cara saya, saya masukkan serai, sedikit lengkuas, bunga kantan dan daun kesum. Saya juga letakkan serbuk belacan dan serbuk ikan bilis maggi serta air asam jawa adabi. Pada saya tiga benda ni memang wajib ada dalam peti ais dan sentiasa dalam stok di kabinet dapur. Tanpa tiga benda ni macam tak menjadi pulak kalau nak memasak.
Satu lagi, bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama laksa penang tu pun penting jugak. Kalau di utara tu selalunya ada daun gajus, tapi di sini agak sukar nak cari. Selain tu daun salad, timun (semua orang pun tau ek) bawang, ada satu daun tu, saya lupa pulak, nanti dah ingat saya update ya. Ada juga yang letak nenas (saya suka sebab ada manis buah sikit, tapi suami tak taruk)dan telur rebus(tak wajib tapi lagi best kalau ada). Jangan lupa pulak hirisan lada merah atau yang suka pedas tu boleh guna cili padi.. berasap you.. Perahkan juga jus limau kasturi atau limau nipis. Satu lagi ada orang (terutama suami saya) suka masukkan otak udang dalam hidangan laksa dia, tapi saya tak suka sebab pada saya rasa kuah laksa tu akan rosak nanti. Macam-macamlahkan, ikut selera masing-masing. Yang pasti, laksa yang saya masak telahpun berjaya dihidangkan pada sambutan ulangtahun ibu saya minggu lepas. Bertambah-tambah sampai suami saya makan walaupun dia kata tak sedap. Hmmm, tapi tengok cara dia makan, saya tau sedap.. hehe (mungkin kalah dengan kakak dia masak, hihi.. jangan marah ye kak). Ala... suami saya ni, saya masak apapun dia kata tak sedap, tapi makan banyak. Mungkin itulah caranya menyatakan sesuatu itu sedap, bukan dengan perkataan tetapi dengan perbuatan. Saya pun dah tak kisah, dah tak kuasa nak merajuk. Tapi kalau dia yang masak, asyik puji diri sendiri... wakakah, konon dia chef.. nyampah!

Tuesday, March 16, 2010

Honest Scrap Award From Sinar kehidupanku - Nor Hayati Ramlan


The award came with request to share 10 honest truths about me

SALAM SEJAHTERA,
Wawawa... saya sudah kena! Bukan kena loteri eh, haram tu. Tikam ekor pun tak main. Tikam dadu macam filem Ali Baba Bujang Lapuk pun bukan. Tapi saya dah terkena dengan Kak Yatie - Sinar Kehidupanku yang telah memberikan saya tugasan di atas.
Sebenarnya tak rasa pun terbeban atau terpaksa menyiapkan tugasan ini kerana ianya merupakan penghargaan yang saya terima dari seorang teman di alam maya. Kadang-kadang bila teringat balik, memang tak sangka, ialah.. saya dengan Kak Yatie ni rupanya rumah kami(rumah saya dan rumah Kak Yatie di Malaysia) ni amatlah dekat, tapi kami tak pernah bertemu.
Tetapi bila Kak Yatie dah berada beribu batu jauhnya dari tanahair tercinta, kami menjadi rapat sebagai teman siber kerana kemurahan hati Kak Yatie berkongsi resepi kek-keknya dengan saya. Terima kasih ya Kak Yatie kerana menyenaraikan Yus dari ratusan pengikut Kak Yatie.. cayangggg Kak Yatie.

Ermmm.. 10 perkara benar tentang saya ya.. fikir jap, ok, jom kita mula!

1. Saya merupakan anak ketiga dari lima orang adik-beradik yang kesemuanya perempuan. Jadi sesiapa yang ada ramai anak lelaki tu dan teringinnnnnnnnnn sangat nak ada anak perempuan, bolehlah datang curi senduk di rumah mak saya.. hehe. (petua tu..). Saya dilahir dan dibesarkan di negeri Johor Darul Takzim.
2. Sepuluh tahun dulu mendirikan rumahtangga dengan seorang jejaka dari Kuala Ketil, Kedah dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 9 tahun.
3. Saya kini merupakan seorang pengajar di salah sebuah IPTS yang terkenal di selatan Semenanjung Malaysia dalam bidang elektronik.
4. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja asalkan seseorang itu tidak sombong dan berlagak dan dapat menerima saya seadanya.
5. Suka memandu malam sambil pasang radio kuat (bukan kuat2) dengar lagu jiwang.. hehe..
6. Suka memasak tapi alangkah bagusnya kalau saya tidak perlu mengemas dan membasuh.. huhu... (paling tak suka lipat kain dan gosok baju.. tapi kena buat gak semua tu pasal nanti bersepah pulak rumah)
7. Suka makan tapi terpaksa kawal kerana badan saya mudah naik tetapi susah nak turun.. haha.
8. Suka tengok filem/ drama Melayu (yang bagus) dan Korea, Hindustan?? dulu-dulu bolehlah.. Suka gak dengan filem Inggeris (penyiasatan dan seram).
9. Saya amat penyabar tapi ada masanya mudah naik angin dan marah (macam mana tu ek??). Tidak suka memaki atau mendengar orang memaki, saya akan marah pada tempat yang sepatutnya.
10. Sebenarnya saya buta IT... huhu...

Ermmm, rasanya 10 perkara tu tak cukup.. banyak lagi ni Kak Yatie oiii.. kih2.
Jadi saya kena rantaikan tugasan ini kepada 10 orang teman blogger yang lain. Baiklah, untuk sementara ni saya senaraikan tiga dahulu sebab saya nak memilih lagi siapa yang harus memikul tugasan ini. Inilah tiga member bloggers saya, tiada paksaan.. selesaikan tugasan bila ada kelapangan.
1. Erin - SmiLe....happy....and....cool
2. Syabell - Sesuci Kaseh Ibu
3. Sheila - Try Test Masak Simple Recipe Malas Order
Tambahan :
4. Ayu - HadifHadifah
5. Shamsheila - A Mom, A Wife and A Life In Between

Monday, March 15, 2010

tapai pulut daun getah

SALAM SEJAHTERA, dah lama tak makan tapai pulut. Ibu saya kalau buat tapai pulut tu, kalau rajinnya datang, rajin betul. Habis, buat, habis, buat. Sampai anak-anaknya jemu makan tapai. La ni, lama dah pulak ibu tak buat tapai. Rindu pulak nak makan tapai ibu. Ibu kalau buat tapai, lebih suka buat tapai pulut, lebih mudah katanya. Kalau tapai ubi tu kan, nak kena kupas lagi kulitnya. Harapkan anak-anak, anak-anak lagi malas.. hehe.
Nasib baik masa orang sebelah rumah ibu, rewang (bahasa Johor untuk gotong-royong sesuatu kenduri) untuk majlis perkahwinan anaknya tu, diorang bagilah tapai pulut ni. Bukan main kreatif lagi, sebab tapainya dibungkus dengan daun getah tiga serangkai. Kenal ke dengan daun getah? Hehe,saya tak kenal.. nasib baik ibu bagi tahu.

Jadi terlanjur tu, saya pun ngecek resepi dengan ibu. Cemana nak buat tapai pulut ni?
"Senang jer.. beras pulut tu dalam sekilo kau masak, kau kirai-kirai.. taburkan ragi.. bla.. bla.. bla.."
"Alamak.. pelan-pelanlah cakap, orang nak tulis resepi ni, masuk dalam blog.. hehe", jom salin resepi.

Tapai Pulut Daun Getah
Bahan-bahan:
1kg beras pulut (dicuci bersih)*
air secukupnya*
1 biji ragi (50sen)
daun getah secukupnya
(kalau nak guna daun lain pun boleh, tapi taklah namanya tapai pulut daun getah.. hehe)

Cara-cara:
1.(*masak pulut dan sejukkan di dalam dulang (dikirai2))
2. Apabila pulut telah sejuk, taburkan ragi di atas pulut dan dikacau secara kaup balik sehingga rata.
3. Sudukan pulut ke dalam daun getah, dan lipatkan serta disemat dengan lidi.
Tapai boleh dinikmati dalam tempoh 24 jam.

Kalau tak ada daun getah, boleh gunakan daun pisang. Kalau nak letak dalam periuk jer pun boleh. Alaskan periuk dengan daun pisang dan tutupkan pulut yang telah diragi dengan daun pisang.

Selamat Mencuba.

Saturday, March 13, 2010

CUP CAKE UNTUK IBU


ESOK hari jadi ibu. Masuk jer bulan Mac hari tu kepala otak saya dah berpusing-pusing memikirkan kek apa nak buat untuk hari jadi ibu. Takkanlah nak buat kek tabur strawberry lagi. Boring.. asyik-asyik buat benda yang sama.
Tapi bila tengok gambar-gambar kat blog cuppacake bilicious, idea pun datang. Sebab saya telah jatuh cinta dengan decorasi Kak Alice sejak akhir-akhir ini.Saya tengok Kak Alice banyak menggunakan konsep taman dengan taburan mawar merah, putih dan pink. Ishh... saya ni memang tak boleh tengok warna pink, blog saya ni pun asalnya warna pink, sebab di mata saya warna pink je yang lawa.. hehe. Ni paksa-paksa guna warna oren supaya dapat lari dari imej pink tu.
Deco bunga mawar yang Kak Alice buat saya biasa sangat gunakan dalam lakaran-lakaran saya ketika berdepan situasi memboringkan. Sebab tu saya benar-benar yakin saya boleh buat macam Kak Alice. Cuma tanah (cover cup cake) tu jerlah saya failed sebab takde nozzle yang sesuai.

Saya menggunakan resepi Choc Cheese dari Hani yang sebelum ini saya buat menggunakan coklat putih. Kali ni saya gunakan yang betul-betul coklat.. hehe.
Disebabkan esok, jadual saya dan ibu pun penuh dengan jemputan kenduri (saya dapat jemputan di tiga daerah - Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian) maka kami adik beradik sepakat meraikannya secara sederhana hari ini.
Selamat Hari Lahir yang ke 69 buat ibuku Puan Siti Ramlah Kipit, semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang melmpah ruah.. Amin.

keluargaku..

dah pandai bermain dengan fondant..

Thursday, March 11, 2010

Muffin Hawflakes

SALAM SEJAHTERA... dah beberapa hari tak update blog. Entah kenapa minggu ni rasa macam sibuk dan letih. Dah berapa hari juga En Zanussi bercuti, tak tahulah apa perasaan dia ek, seronok ke tidak tak membakar.. haha.. Tiba-tiba teringat janji saya nak memasukkan resepi Muffin Hawflakes yang saya buat minggu lepas. Konon-konon resepi ciptaan sendiri ya.. haha, perasan. Tak tahulah sedap tak sedap di tekak tuan-tuan dan puan-puan. Kalau tekak saya ni, semuanya sedap belaka.. hehe.

Muffin Hawflakes
Bahan-bahan:
250gm tepung gandum*
1 sudu kecil serbuk penaik* (* gaul dan ayak bersama)
170gm mentega
150 gm gula halus
140ml susu segar
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar oren sunquick
70gm hawflakes

Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan telur satu persatu, putar lagi hingga kembang.
3. Perlahankan kelajuan mesin, masukkan susu segar.
4. Matikan mesin, masukkan tepung, kaup balik sehingga sebati, masukkan oren sunquick dan hawflakes, kaup balik sebati.
5. Sudukan dalam mangkuk muffin pilihan anda kurang 3/4 penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 25 hingga 30 minit.

Selamat Mencuba

Monday, March 8, 2010

nak cerita panjang ni... episod akhir

DUSH2!! Penatnya Isnin... baru lepas makan malam, dah siap pun sidai kain, sekarang mahu update blog. Malam ni makan lauk semalam tambah dengan ayam goreng berempah yang digoreng oleh En Rizar. Sedapppp sangat, sehingga menjilat jari.

Semalam pulak, masa pergi rumah ibu, ibu bagi sekeping ikan merah masak kari, nasi kandar style...

sekarang boleh sambung cerita...hehe

SALAM SEJAHTERA, ini merupakan episod akhir siri nak cerita panjang ni. Nak cerita tentang percutian saya ke Melaka, baru-baru ini.
Buat pertama kalinya, suami saya kali ini telah menempah sebuah bilik di sebuah resort yang terletak di pinggir Bandar Melaka. Rasanya tak perlulah saya nyatakan di sini nama tempat tersebut, cukuplah saya katakan kami datang dengan cara baik dan kami minta diri pun dengan cara baik.
Biasanya suami saya jarang sekali nak bermalam di resort, tapi kali ni dia telah membuat keputusan yang tidak dijangka semata-mata nak makan ikan bakar di Pengkalan Balak. Seperti biasa saya tak membantah, janji semuanya ditanggung beres.
Sebaik sahaja sampai di resort yang dimaksudkan ini, suami saya terus meletakkan kereta di bahagian belakang resort. Di sini terdapat deretan chalet yang dibina secara teres yang berhadapan dengan kolam renang. Di sini juga terletaknya restoran hotel yang sangat cantik dengan ciri-ciri tradisionalnya.
Suami saya agak terdiam bila melhat keadaan kolam renang. Sebenarnya kami dah dijanjikan bilik yang mengadap kolam, tapi bila tengok kolam yang sekangkang cicit kera tu... ermmmm... diam dululah.
Kami menyusur restoran untuk ke lobi. Keadaan di lobi agak menarik dengan hiasan dalaman yang amat mesra tetapi agak sunyi sepi. Saya sempat mengambil gambar beberapa sudut yang menarik. Ada seorang wanita berusia lingkungan 30-an sedang melayan seorang tetamu yang sedang memilih bilik.
Kami tidak menunggu lama apabila diberi kunci bilik dan diberitahu kami boleh meletakkan kereta di hadapan bilik kami. Wah, senanglah nak bawa turun barang-barang.
Sebaik sampai di bilik yang terletak paling hujung, hati saya mula cuak. Biasalah, bilik paling hujung ni selalu dikaitkan dengan cerita-cerita misteri. Saya membaca Bismillah dan memasukkan kunci ke lubang tombol pintu. Bahagian atas pintu terbuka. Rupa-rupanya pintu itu dibuat seperti pintu zaman tradisional yang mempunyai daun atas dan bawah seperti tingkap.
Sebaik masuk ke bilik kami agak terpaku. o.. o... itu saja yang terkeluar dari mulut. Bilik bersaiz deluxe itu agak kecil tetapi mempunyai ciri-ciri tradisi. Katil permaisuri dan set televisyen diletak bersebelahan agak sempit. Kami membuka pintu depan yang menghadap kolam renang. Dalam hati ralat semacam.
Tiba-tiba Yaya berkata, "Bonda, habuk," sambil menunjukkan habuk dan sawang di atas cadar katil. Saya dan suami berpandangan. Kami sama-sama memandang ke siling bilik yang cantik beranyam. Mungkin habuk dari siling. Saya mengambil bantal kecil hiasan dan mengebas habuk tersebut.
Tapi saya sudah rasa lain macam. Rasanya keseluruhan katil ada habuk dan sawang. Saya mengibas-ngibas bantal. Ceh, ada dua tiga ketul tahi cicak yang sudah kering. Saya perhatikan keliling. Habuk dan sawang di rak tv, atas meja malahan di dulang yang terletak set kopi dan teh.
"Ba... kotornya," saya mengadu pada suami. Suami pun dah buat muka semacam. Saya membuka pintu bilik air. Cantik dan moden, sayangnya ada tahi cicak berderetan di atas kaunter dan lipas mati di lantai. Hishhh.. tak boleh jadi.
Kami mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat bermalam di situ. Sampai di kaunter lobi, saya dapati ada beberapa tetamu sedang menunggu kunci bilik. Kalau tidak silap ada sambutan hari keluarga sebuah syarikat nak diadakan di situ. Saya memanggil pekerja resort tersebut ke tepi dan menerangkan masalah bilik dan hasrat untuk membatalkan tempahan. Dia agak terdiam dan meminta kami memulangkan kunci bilik. Saya meminta izin untuk mengemaskan barang-barang kami yang telah di bawa masuk. Sebaik selesai, kami terus memulangkan kunci. Hmmm... nak buat macammana, kami bayar bukan duduk percuma.

salah satu ruang di lobi.. tak sempat ambil gambar di bilik kerana terus fkir nak cha alif but saja.. huhu....

Sunday, March 7, 2010

lagi-lagi cupcake

SALAM SEJAHTERA... Alhamdulillah, laris betul sotong masak kari saya hari ni walaupun En Hubby kata dia nak makan sotong masak kicap. Ceh, mana aci.. asyik nak ikut selera dia jer, sesekali kenalah ikut selera saya pulak, betul tak.
Hidup ini simple, di rumah saya tak perlu nak memasak yang remeh temeh, kalau sekali sekala tu bolehlah, biasanya masakan di hari minggu yang cuma cuti Sabtu dan Ahad, cik abang saya memang tak cerewet. Almaklumlah, begitu memahami situasi sang isteri yang nak buat macam-macam kerja termasuklah membaking dan meng'update' blog.. hehe.
Menu tengahari tadi merupakan ulang siar menu semalam.. hehe, kecuali ganti ngan sotong masak kari yang mengancam diet saya

Sotong masak kari style saya ni senang jer.. nak resepi ker... ishhh! Tak payahlah, pasal resepi saya ni pakai campak baling jer, tak tahulah dapat ilham kat mana.
Cuma tumis rempah-ratus sekawan tu termasuklah kayu manis, pas tu campakkan 3, 4 ulas bawang putih yang diketuk. Masukkan selabu bawang besar yang dibelah dua dan dihiris melintang. Letaklah juga serai yang diketuk dan 1/2 inci halia dihiris nipis. Jangan lupa masukkan daun kari, kalau takde pun takpe, nak lagi best, potong 5, 6 biji cili padi yang dihiris kasar. Kemudian masukkan sotong, tak payah letak air dulu pasal sotong ni akan mengeluarkan airnya. Letakkan sesudu kecil serbuk kunyit dan sesudu besar rempah kari ikan. Gaul rata, masukkan suku cawan santan pekat. Kalau pekat sangat, tambahkan sedikit air. Kalau suka boleh masukkan tomato yang dibelah empat. Bila agak mendidih tu, tutupkan api. Senangkan, macam resepi orang bujang.. hehe.
Lepas makan tengahari tu, teringin sangat nak mem'baking' maka terhasillah dua jenis cupcake iaitu Choc Cheese Muffin dan Hawflakes Muffin. Jangan tak percaya... Hawflakes Muffin tu resepi ciptaan saya tau. Choc Cheese tu resepi asalnya dari Hani-Ringgo (Jepun) tapi saya lupa saya kutip resepi tu dari mana sama ada dari rumah Cik Mat ataupun Myresepi.
Nanti saya akan update pada tajuk akan datang resepi Hawflakes Muffin tu ya.. macam tak sempat jer nak update sekarang.. hehe
hawflakes muffin yang masam-masam manis

choc cheese muffin, saya guna coklat putih sebab tu tak nampak coklat, saja nak menghabiskan balance coklat putih dalam esbox.

ketagihan cupcake dan cistat

NAMPAKNYA akibat dari ketagihan mem'baking', berat badan saya telah naik hampir 3kg. Perghhhhhhh! Nak salahkan siapa.. diri sendiri jugak, semua resepi nak dicuba dan dirasa, padan muka.
Kadang-kadang rasa nak membaking tu datang tiba-tiba. Pantang lalu sebelah En Zanussi, mulalah datang idea mencanak-canak. Apalagi kalau bahan guna habisnya pun belum habis, memang pakai capai jerlah.
Berikut adalah sedikit sesi fotografi yang dibuat setiap kali siap aktiviti membesarkan pinggang dan pinggul.
Di bawah ini ialah Carrot Cupcake, resepinya dapat dari Myresepi. Sedap, bagi sesiapa yang suka makan sayurlah. Saya bagi sikit kat Along Dewi masa pergi ke Melaka.

Yang ni pulak, vanila cupcake asalnya. Saya dapat resepi dari majalah Rasa. Tapi bila saya dah mula memasukkan bahan dalam mangkuk mixer tu, saya rasa beratnya macam tak seimbang pulak. Jadi saya tambahkan sedikit minyak jagung. Dah masuk dalam paper cup, tiba-tiba rasa nak tuang sunquick pulak, tapi bila dah masak tu, memang sedap, rasa oren sunquick yang sebenar.. dushhh!!!

Semua cupcake tu dah agak-agak dalam seminggu dua saya buat. Tapi masa tu betul-betul tak sempat nak update.
Pasal cistat tu, sebenarnya saya dah berjanji dengan adik nak buat cistat semalam. Tapi masa pergi Giant kelmarin, kononnya nak cari loyang muffin yang comel-comel untuk acuan cistat, tapi takde pulak yang murah. Sengaja tak beli acuan sebenar kat C Siang, takde bajetlah.. hihi. Jadi saya cakap dengan adik, tak jadi buat.
Tapi masa pergi dapur lepas makan tengahari tu, terpandanglah loyang muffin yang belum disimpan lagi, lalu terfikir nak habiskan balance buah peach dalam peti ais, lalu terhasillah peach cheese tart. Saja lepas-lepas gian, saya buat separu adunan jer.

Dah tu sementara tunggu bakar kulitnya tu lama sangat, saya pun buat yang kecil-kecil kat loyang yang comel tu, dapatlah sikit blueberry cheese tart.

MMM... rajin tak rajin sangatlah, sebenarnya sebelum tu baru buat Kek Puding Caramel, pun dapat resepi dari MYresepi cuma untuk adunan puding tu saya letakkan perisa coffee, sedap.. Yaya sangatttt suka.

Tengahari semalam pun masak simple jer.. jadi taklah penat sangat, yang penting kepuasan membaking tu.. dan lemak yang terhasil bila menikmatinya...ahakz!
Lauk tengahari semalam,sambal udang, sayur kubis goreng dan mr papadom.

Friday, March 5, 2010

nak cerita panjang ni... episod 2

SALAM SEJAHTERA, ni nak sambung lagi cerita panjang yang belum habis tu. Almaklumlah, nama pun cerita panjang, jadi kenalah buat episod-episod. Nanti ada pulak termuntah membacanya, ya tak? hehe.
Tapi sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih dulu (iklan) kepada Pulai Springs Resort yang telah memberikan cupcakes yang sungguh menyelerakan ini.


terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi.. hehe
Baiklah,sekarang bole sambung cerita...
Alkisah suatu hari kami sekeluarga telah berjalan-jalan ke negeri bandaraya bersejarah. Melaka ni antara destinasi yang selaluuuu sangat kami pergi sampai ada sesetengah tempat tu memang dah jadi macam kampung kami. Tapi sangatlah pelik kerana tak lengkap perjalanan kalau tak sesat di Melaka, pelik tak.
Tapi sejak en suami dah ada GPS ni kami taklah bimbang sesat lagi. Nak tahu kelebihan GPS, saya akan cerita pada tajuk akan datang.. insyaAllah.
Awal-awal lagi saya dah pesan dengan En Rizar,kalau nak gi Melaka kali ni mesti gak singgah Muor (Muar), pasal saya ni ngidammmm sangat (bukan ngandung ye..)nak makan sarapan Sate Muor dan Mee Rebus Muor yang famous tu. Dah keluar kat Warung Kita@ Astro, maknanya femeslah tu, kan..
Saya pun menelefon seorang teman iaitu Kak Mahanim untuk dapatkan clue macammana nak cari kedai tu. Kak Anim ni orang Tangkak, jadi lepas dia bagi sedikit info, kami pun set di GPS, Hotel Traders, Muar. Jom...

Kami parking di hadapan kedai yang menjual jamu betul-betul berdepan dengan Hotel Traders. (malas nak amek gambar kedai tu.. yang penting nak cari sarapan). Kemudian kami nampak ada satu warung ngeteh kat celah bangunan kedai. Kami terus menuju ke arah tersebut, ceh, macam dah biasa jek.
Kemudian, ada satu makcik yang berkaca mata agak tebal, dia memandang kami dengan seribu pertanyaan (tengok riak wajah pun dah faham). Belum sempat dia bertanya, saya pun tanya dulu.
Sambil tersenyum... "Makcik, (lupa nak bagi salamlah..., tak patut betul) kedai makan yang ada jual sate tu dekat mana?"
"Oh,kedai tu awak jalan lorong ni terusss, nanti sampai hujung tu awak belok kanan, nanti ada satu pintu, awak masuk je kat situ," jawab makcik sambil menunjuk-nunjuk ke arah depan lorong. Kami mengangguk-angguk tanda faham sambil mngucapkan terima kasih dengan makcik tu. Lalu kami pun susurlah lorong belakang tu tiga beranak. Pemandangan dan bau, okey, tak ada apa yang memualkan walaupun di belakang bangunan.
Sampai dekat pintu yang makcik tu bagitahu tadi, kami dah nampak suasana dalam kedai. Inilah kedainya kot. Bau dan asap orang mengipas sate menusuk ke lubang hidung. Hati kembang berbunga, akhirnya hajat nak makan sate muor akan terlaksana.

Kami jenguk ke dalam kedai. Oh ya, kami tak masuk ikut pintu belakang, malu beb. Seperti yang dijangka semua meja penuh. Ramai lagi yang bersama-sama kami menunggu meja yang kosong. Yang duduk pun ramai yang menunggu makanan dipesan dihidangkan.
Setelah dua kali cubaan 'mengecop' meja gagal.. huhu, akhirnya kami dapat juga tempat duduk di hadapan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 40 hingga 50-an, macam orang gomen nampaknya.
Satu minit... lima minit... sepuluh minit... tiada seorang pun pekerja kedai yang datang mengambil pesanan. Fuhh... fuhhh... fuhhhhhhhh... kami menahan sabar. Kemudian datang seorang pekerja perempuan meletakkan dua mangkuk kecil kuah sate di hadapan kami. Yaya ternganga, "Yaya punya???". En Rizar cuba memanggil minta tambahan kuah tapi tak tahulah sama ada memang tak dengar ke pasal bising atau buat-buat tak dengar.
"Takpelah Yaya, kita share tiga orang," Yaya mengangguk. Tunggu lagi. Kali ni pekerja tadi datang lagi meletakkan sepiring kecil timun dan nasi impit.

Masa berlalu, tapi langsung tak tanya pasal sate ke, nak minum apa ke... hati panas beb. Lepas tu, baru datang dengan muka 14, macam dah tiga bulan tak dapat gaji.. tanya pulak tak da lemah lembut langsung.. laju je.. macam nak cepat-cepat jalan. Hish!!!
Pasal memang plan nak makan mee rebus, kami pun minta dua mee rebus. Yaya awal-awal dah cakap, dia nak makan sate jer. Suami saya pun nak orderlah sate sekali, baru jer sebut 'sa... dia pun dah melangkah, memanglah ... ishhhh, nak cakap jer...
Kemudian, datang seorang yang lain, lelaki. Yang ni muka kesian, masih muda lagi. Lepas ambil pesanan dia pun berlalu, sempatlah kami cakap nak sate. Dia pun panggil seorang lagi. Maka yang dipanggil tadi pun datang, lelaki juga. Muka okey, maksudnya senyum tidak, masam pun tidak. Kami pun order sate. Ermmm, yang perempuan tadi datang meletakkan sepinggan mee rebus. Baru jer nak tanya saya punya... dia pun berlalu. Perghhhh! Saya suruh en rizar makan dulu, sedap katanya.. nasib baik..

Bila staf yang ambil pesanan air tu membawa air, kami pun bertanya mee rebus satu lagi. Sebenarnya kedai tu tidaklah besarrrr sangat sampai susah sangat nak menghantar pesanan. Kedudukan meja kami betul-betul berhadapan dengan kaunter makanan, pendek kata meja kami adalah meja yang antara depan sekali.
Bila mee rebus saya sampai,suami terus menyelak mee saya. "Takde telur ke?".. "Aahlah, takde telur.." saya terus membawa pinggan mee tu ke kaunter mee, dahlah terlupa, bila saya minta baru diorang perasan telur dah habis, takperlah.. saya cakap, nanti potong harga ye.
Sate masih belum tiba. Saya perhatikan, ramai yang dah pergi layan diri. Kesian tengok Yaya, dah licin pun nasi impitnya masuk perut, tapi sate tak sampai lagi.

Akhirnya suami saya pun bangun dan ambil sate sendiri. Terpaksalah, pasal tak sampai-sampai.. kami bukan nak makan percuma, kami bayar tapi ini layanan yang kami terima, indah khabar dari rupa, sate pun tak sesedap mana rupanya.
hmm... siksanya nak makan sate muor..

Tuesday, March 2, 2010

nak cerita panjang ni... episod 1

MINGGU NI ada rasa sikit penat, nak update blog pun agak malas, tapi memandangkan esok dah nak masuk 3hb Mac 2010, rasanya adalah wajar semua cerita yang berlaku di bulan Februari di selesaikan secepat mungkin sebelum ia menjadi basi.
Sebenarnya tak tahu nak cerita yang mana satu dulu, tapi rasanya biarlah saya tulis daripada yang paling hangit dahulu (lamalah tu)... sampai yang paling hangat.
MMM... konon-konon niat masa buat blog ni tak mahu nak menyentuh sensitiviti sesape, jadi rasanya lebih eloklah kalau saya tak sebut nama tempat.. tapi biasanya orang kita ni agak peka, bagi clue sikit.. mesti boleh pecah rahsia.
Patutnya dah lama nak cerita yang ni, tapi macam saya bagitahu tadi.. agak sibuk, tambahan dengan laptop meragam, kadang-kadang tumpang laptop encik rizar, yang ni tumpang komputer Yaya.
Ni cerita tentang sebuah taman tema air yang terletak dekat dengan kampung suami, sape-sape yang selalu baca blog ni mesti tahu kat manakan... Dekat sangat, tak sampai 20 minit pun. Taman tema ni kalau kita masuk lepas pukul 5, kita dapat potongan separuh harga, jadi pasal kami pergi tu hari minggu (kebetulan cuti Tahun Baru Cina), kami kena bayar RM18/dewasa.. maknanya kalau masuk sebelum pukul 5, kena bayar RM36... uihhhh, mahal tu. Tapi pasal kenangkan Yaya, kami pergi juga selepas dipelawa kakak ipar (saya punya beraslah... eh biras).

Penjaga kaunter tiket memberikan kami dua resit, satu untuk masuk (walaupun dah dapat tali jam.. lupa tangkap gambar tali jam), satu lagi untuk ambil makanan sebelum pukul 6. Wahhh.. ada makanlah, okey jugak.
Sebenarnya inilah pertama kali kami bawa Yaya ke taman tema air.. jadi ni kira pengalaman pertamalah. Kalau kolam-kolam biasa tu adalah. Lebih kurang pukul 5.30, kami pun pergilah ambil makanan, Yaya dah seronok dah dengan sepupunya Alisya, Zarith, Zahid dan Lily.
Ada tiga pilihan iaitu burger, bihun goreng dan nasi goreng. Pasal nak ringkas kami pilih burger, tapi jawapannya.. burger dah habis bang. Kami pun mintak bihun goreng. Dapatlah sebungkus bihun dan secawan kecil air sarsi yang sekali hirup tinggal ais jer...


memang cekik darah sungguh, bayangkan kalau bayar RM36, dapat makan minum cam tu, dengan kemudahan dan keseronokan yang tak seberapa... perghhh, mau saya masukkan dalam suratkhabar. Nasib baik separuh harga... nampaknya ni first and lastlah kami datang. Tak tahulah kalau masuk RM10, mungkin boleh datang kali kedua... mungkin... InsyaAllah..

Yaya, Alisya dan Zarith

suka tengok Yaya gembira

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?