MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, October 31, 2010

TELUR MASAK LEMAK PEDAS

ASSALAMUALAIKUM wbt..

MESTI ramai masak sedap2 ni ari kan. Maaflah.. hari ni saya punya penyakit rajin terlebey sudaaaaaaaaa. Kita masak ni aje.. tapi memang feberet ni, dari kecik sampai ke tua. Dari zaman anak dara sunti, dara remaja, dara dewasa hinggalah sekarang dah jadi mak dara.. kih3... telur masak lemak pedas.


dap ni... makan dulu yaaaaaa...

AGAR-AGAR KARAMEL



Assalamualaikum wbt

SALAM pagi minggu. Mesti ramai yang sibuk membasuh dan mengemaskan. Saya pun sibuk juga, tapi buat-buatlah tak sibuk duduk mengadap lappy pagi-pagi ni. Sajalah nak tayang agar-agar karamel yang saya buat malam tadi. Pagi ni dah bolehpun dimakan sebagai pencuci mulut lepas sarapan benjo tadi tapi gambar benjo takdelah ya.. hehe. Rasa sejuk dan nyaman. Resepi dapat dari pakcik yang teramatlah gebu tu. Terima kasih, ya pakcik, semoga Allah lanjutkan usia pak cik Mat Gebu dan pakcik bertambah-tambahlah kegebuannya.. hik.. hik. Resepi asal boleh tengok di sini. Gambar kat situ pun lagi cun tauuuu... Kalau malas bolehlah salin di sini. Saya C&P ya pakcik..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (saya guna 10gm)
600 ml air (saya letak 1 liter)
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.(Karamel)Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan-lahan hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati-hati tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar-agar.

2. (Agar-agar)Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat senduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar-agar dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

P/S: Cik Mat buat bentuk love, saya pun pusing keliling JB cari bentuk love.. hik2. Kat C Siang, mahal.. RM9.50 sebiji padahal kecik jer tu. Akhirnya jumpa kat kedai Jepun 'Denso', RM5 sebiji. Okeylah tu, Cik Mat nyer pun import dari Jepun gakkan.. hik.. hik..

Saturday, October 30, 2010

SAKIT JIWA

ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM pagi Sabtu. Hari ini lagi beberapa minit sebelum pukul 8 saya dah terpacak kat pejabat. Pelik... tak pernah-pernah tiba-tiba terrrrajin lak nak pergi pejabat sementara menunggu Yaya habiskan sesi kokurikulumnya. Selalunya saya lebih suka tunggu di rumah, bolehlah buat macam-macam kerja yang tak pernah beres tu. Ulang-ulang buat benda yang sama jerkan.

Duduk-duduk kat sini, belek-beleklah majalah lama. Jumpa satu cerita lawak, nak kongsi kat sinilah, okey.. duduk elok-elok... jom layannnnnnnnnnnzzzzzzzzzzz!!

SAKIT JIWA
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak ayam jer, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka haiwan itu akan memakannya. Akhirnya lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti adakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Pesakit : Ya, doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya?

Pesakit : Saya ini manusia, doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Pesakit : Bukan, saya manusia, doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Pesakit : Tidak, doktor.

Doktor : Hmmm.. bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Pesakit : Tapi, doktor, saya ada satu kemusykilan.

Doktor : Apa dia?

Pesakit : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia?

Doktor : ????!!!!

Hehehehe...

Thursday, October 28, 2010

CEKODOK PISANG

ASSALAMUALAIKUM wbt

MALAM tadi merajinkan diri buat cekodok pisang bagi memenuhi permintaan hubby tercinta. Pisang berangan banyak juga sebenarnya ambil dari rumah ibu. Asyik-asyik ngappppp ke mulut, sampai encik hubby buat muka kecewa... huk2. Berapa kali dah dia tanya, tak buat cekodok ke? tak buat cekodok ke? ... ermmm... dan akhirnya.. dengan tujuh biji pisang yang tinggal.. dapatlah cekodok2 yang menawan ni.. hehe.

Saturday, October 23, 2010

DRY CRAB CURRY

ASSALAMUALAIKUM wbt

PERGHHHHH!!! Cakap orang putih lak kali ni.. hehe. Sekali-sekala speaking London, maklumlah... resepi kari ketam kering ni saya perolehi dari seorang teman yang hari-hari cakap orang putih, jadi tajuk tu kenalah ikut tuan punya resepi, nanti derhaka namanya.. hehe.

Apapun terima kasih ya Mel, di atas resepi yang sedap ni. Jadi hari ni adalah kelainan sikit rupa ketam tu, ni asyik-asyik nak masak lemak cili api dengan sambal tumis jer, jadi hari ni ala-ala masala.. barulah ada kelasssssssss.

DRY CRAB CURRY
(hik.. hik... tajuk jer orang putih, resepi Bahasa Melayu ya)


Bahan dan cara:
6 ekor ketam dibersihkan dan dipotong dua dan dikukus 10 hingga 15 minit
1 1/2 biji bawang besar #
3 ulas bawang putih #
1" halia # (hiris halus bahan bertanda #)
2 tangkai daun kari
1/2 sk biji sawi
1 sk serbuk cili*
1 sk serbuk kunyit*
2 sb rempah kari ikan* (gaul sebati bahan bertanda * dengan air secukupnya)
1/2 cawan air asam jawa
2 biji tomato dipotong 4
1/2 biji bawang besar dipotong baji
1 senduk kecil minyak masak
1/3 sb garam atau secukup rasa
~ Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan bertanda #.
~ Masukkan daun kari dan biji sawi, tumis lagi hingga naik bau.
~ Masukkan bahan bertanda * dan tumis lagi hingga naik minyak (bukan kerbau jer tau naik minyak.. hehe)
~ Masukkan air asam jawa serta garam dan kacau sebati.
~ Kemudian masukkan ketam dan tomato serta bawang yang dipotong baji tadi, kecilkan api, gaul sehingga seluruh ketam diselaputi rempah yang ditumis tadi. Biarkan di atas api yang kecil sehingga kering dan keluar minyak.
~ Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba (",)

Friday, October 22, 2010

PUDING ROTI ASMARA... hik2



ASSALAMUALAIKUM wbt

HARI JUMAAT ni biasanya kita makan banyak sikit, betul tak? Bukan saja banyak, tapi istimewa. Dari sarapan sampailah makan malam. Jadi hari ini pencuci mulut kita pun istimewa juga.. hik.. hik. Maklumlah... hari Jumaattttttttt... kan... kui.. kui..

Puding roti ni dah terbang jauh dari Malaysia sampailah ke luar negara. Tak pastilah siapa empunya resepi yang sebenar sebab saya dah singgah banyak rumah blogger masakan, puding roti ni macam wajib jer tapi saya tak buat-buat juga kerana tiga sebab.

Pertama... tak jumpa-jumpa serbuk agar-agar yang tiada warna atau perisa. Kebanyakannya mesti ada tulis green.. yellow... red... ermmmmm...

Kedua... tak pandai nak derhaka gunakan agar-agar biasa. Orang Johor panggil lengkong. Karang bantai gaya lengkong jadi lenggang kangkong laks.. ahakz!

Ketiga... malas! Tulah sebab paling utama, bila baca resepi tu macam cerewet jer nak kena lapis satu persatu. Bila dah berlapis-lapis, maknanya mangkuk dan senduk pun kenalah pakai banyak juga, ishhhh!

Tapi bila ibu HadifHadifah buat dan terguna lengkong pun jadi, rasa cam terrrrrrajin nak cuba gak. Tapi syukurlah.. sebab akhirnya jumpa jugak serbuk agar-agar yang bertulis 'clear'.. jadi bolehlah mulakan projek ni. Nama puding roti asmara tu sesaja jer.. ubah selera, sebab tak cukup tujuh warna nak letak nama pelangi.. hehe..

Kalau nak resepi lengkap boleh tengok di sini, sebab saya lebih suka gunakan bahasa yang mudah. Terima kasih kepada tuan punya resepi asal ya, semoga ilmu yang dicurahkan memberi manafaat dan pahalalah ganjarannya... insyaAllah... Amin.

Bila dah buat sendiri tu rasa senanglah sangat, kalau tahu macam ni punya senang dah lama saya buat.. hehehe.

PUDING ROTI ASMARA

Bahan A:
8gm serbuk agar-agar (saya guna sepeket/10gm)
3 cawan air (saya guna 1 liter)
1/2 cawan gula pasir
~didihkan semua bahan A

Bahan B:
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
170 ml susu cair

Bahan Lain:
2 sudu besar mentega/ marjerin
pewarna dan perisa ikut kesukaan anda

~ Kisarkan semua bahan B di dalam pengisar sehingga lebur... huk2
~ Apabila campuran agar-agar mendidih, masukkan bahan B, kacau rata.
~ Kemudian, masukkan mentega yang telah cair, kacau rata sehingga mendidih dan tutupkan api.
~ Bahagikan adunan kepada beberapa warna atau perisa. Sendukkan selapis-selapis ke dalam loyang acuan tanpa mengacaunya sehingga penuh loyang atau habis adunan.
~ Sejukkan dan simpan di peti ais sekurang-kurangnya dua jam sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba.



Thursday, October 21, 2010

SAMBAL SARDIN

ASSALAMUALAIKUM wbt

RASA lapar.... owhhhhhhhhh.. dah tengahari rupanya. Masak apa tu? Masak sardin pun sedap jugak ni, alamat dua tiga pingganlah menambah nasi ni karang. Lauk lain takde pun takpe. Kalau ada sambal sardin pun dah cukup berselera. Jemput makan... Bismillah..


Tuesday, October 19, 2010

PUDING KARAMEL

ASSALAMUALAIKUM wbt

SUBUH-subuh tadi saya dah menyantap puding karamel ni. Rasanya nilah puding karamel yang paling enak dan lemak pernah saya buat... hehehe. Dan Yaya pun turut bersarapan puding ini, bukan seketul, tapi dua ketul! Resepinya inspirasi dari Lydia from mykitchen yang telah saya sesuaikan dengan saiz tekak yang ada kat rumah saya... hehe. Salin resepi jom..


Puding Karamel

Panaskan ketuhar suhu 180'C. Lapkan minyak masak pada permukaan acuan menggunakan tisu.

Bahan & cara menyediakan karamel:
2 sb gula pasir
20 ml air panas

~ panaskan gula pasir hingga keperangan. Masukkan air panas. Tutupkan api. Biar sebentar sahaja dan tuangkan ke dalam acuan. (saya kurang suka gula yang terlalu perang, nanti pahit jer kat tekak ni... hehe)

Bahan & cara menyediakan puding:
300 ml susu segar
1 1/2 sb gula pasir
beberapa titik esen vanilla
~ panaskan susu segar dan gula hingga gula larut. Tutupkan api dan masukkan esen vanilla.

3 biji kuning telur
1 biji telur
~ pukul semua telur dengan 'hand whisk' sehingga sebati. Tuang perlahan-lahan susu yang disediakan tadi. Pukul rata dan tapiskan terus ke dalam acuan yang telah dimasukkan karamel.

~bakar di dalam loyang yang berisi air selama 30 hingga 35 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba.

Thursday, October 14, 2010

ASYIK-ASYIK MAKAN

ASSALAMUALAIKUM wbt

MASIH cerita pasal makan-makan di Melaka. Apa yang menarik lagi ya selain asam pedas? Pernah dengar tak Mee Sup Tengkera. Saya rasa orang Melaka mesti tahu, tapi saya tak pastilah nama kedainya tu. "Trademark'nya, kedai makan ini terletak beberapa meter sahaja dari Masjid Tengkera.

Kami diperkenalkan dengan kedai makan ini oleh siapa lagi kalau bukan abang ipar saya yang merupakan orang Melaka. Memang ada kelainan rasa sup di sini dan kita boleh memilih sama ada nak makan bersama bihun, mee kuning atau koey tiaw. Siapa yang suka pedas, bolehlah minta cili tambahan... hehe.

Di samping itu, kalau sukakan popia ada pilihan yang basah ataupun goreng. Popia di sini, lain sikit kerana ia dihidangkan agak berkuah dan berair, tapi rasanya tetap kelassssssss... layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!








Wednesday, October 13, 2010

MR RIZAR'S CHICKEN CHOP


ASSALAMUALAIKUM wbt

KISAH lama tapi baru masuk... hehe. Kisahnya encik suami yang dok jemu katanya hari-hari asyik bantai makan segala macam jenis ketupat, segala macam jenis nasi, jadi dia kata dia nak jadi omputih.. Okey... no problem, janji darling masak.. hak2!

Inilah lunch kami pada hari raya ketiga... lama dah tuuuuuuuuuuu... huk2!

Bila duduk kat meja terkejutlah saya sebab tengok ada dua jenis kacang, chicken chop ni macam tak cukup syaratttt je yang... hantam sajalahhhh... Bismillah...

Tuesday, October 12, 2010

CERITA ASAM PEDAS ~ HAJAH MONA

ASSALAMUALAIKUM wbt

JOM layan lagi cerita asam pedas. Kali ini kita pergi ke Restoran Asam Pedas Hajah Mona yang femes kat Taman Kota Laksamana. Ramai betul manusia yang gilakan asam pedas datang ke sini termasuklah kami tiga beranak. Dan seperti biasa, asam pedas tetel juga menjadi pilihan... perghhhhhhhhhh!!! Kolesterol tolak tepi... huk2!





Kami ambil jugalah asam pedas ikan pari di mana Yaya diharamkan memakannya sebab dia ni ada alahan sikit dengan ikan pari, jadi kenalah berpantang. Harga setiap hidangan asam pedas di sini cuma RM4 sahaja dan setelah kami menimbang-nimbang... asam pedas pokok besar ternyata lebih power! hehe...

Monday, October 11, 2010

PUDING KASTARD BERKUAH

ASSALAMUALAIKUM wbt

TAK TAHULAH gila apa sekarang ni, hari-hari buat puding kastard berkuah, daripada yang rasa tepung pasal kastard tak masak, pasal tak sabar... hehe. Yang guna tepung jagung dalam tin oren tu (ada banyak kat rumah, sayang membazir.. hehe) putih tak berseri, keras lak tu... huk.. huk, dan yang paling perfect, yang kuning berseri-seri tu... hik.. hik.

Selalu cuma tolong tengok ibu buat dan tolong makan, kalau kawan mintak resepi pandai pulak bagi, tapi bila buat sendiri.. gagal.. macam mana tu?? Tapi, lepas dah jadi.. hasil try & error.. sekelip mata jer.. licin. Terpaksalah ulang buat berkali-kali sehingga habis tepung dibeli... layanzzzzzzzzzz!



Masa kawan-kawan datang beraya, adalah juga buat sikit-sikit makan, takkan asyik layan blog, bila datang rumah apapun takde.. ye tak? hehe...

ada blueberry cheese cake... yummy!

ada cuppies... macam-macam saiz, macam-macam rupa, tapi rasanya sama... hik.. hik..


ada puding kastard guna tepung jagung tin oren... hehe, sorry frenz, terkeraslak aku buat.. hak2!

Dan oh... maaflah, kalau saya sering hilang kebelakangan ini. Kerana kesibukan yang melanda dan kepenatan yang berganda. Semoga ceritaku dan ceritamu kan terus bersatu di Alam Sari ini... wassalam. Salam Sayang untuk semua.

Friday, October 1, 2010

KUIH RAYA SAYA

ASSALAMUALAIKUM wbt

MASA berblogging di akhir-akhir Ramadhan yang lepas, rata-rata ramai yang menayangkan kuih raya masing-masing. Cemburu saya tau, sebab tak menyempat-nyempat nak membuat kuih. Sebenarnya setiap tahun, bila tiba bulan puasa, ia akan menjadi bulan yang paling sibuk bagi saya. Tak tahulah apa yang dibuat, ke mana pergi, kalau diingat-ingat balik buat benda yang biasa-biasa jer, tapi macam tu gak tiap-tiap tahun.

Jadi, di akhir minit tu.. (orang putih kata last minute.. hehe), saya belasah jer buat tiga benda ni. Kalau ikutkan memang banyak yang saya nak buat, maklumlah dah ada ovenkan, tapi nampaknya masa tak mengizinkan. Untuk kawan-kawan yang nak datang rumah, insyaAllah saya akan sediakan kek yang baru keluar dari oven... haha. Kerepek ngan kacang pun dah habis bedal sendiri... hik.. hik..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?