PUDING ROTI ASMARA... hik2

Seri Kandi Tanah Jauhar
9


ASSALAMUALAIKUM wbt

HARI JUMAAT ni biasanya kita makan banyak sikit, betul tak? Bukan saja banyak, tapi istimewa. Dari sarapan sampailah makan malam. Jadi hari ini pencuci mulut kita pun istimewa juga.. hik.. hik. Maklumlah... hari Jumaattttttttt... kan... kui.. kui..

Puding roti ni dah terbang jauh dari Malaysia sampailah ke luar negara. Tak pastilah siapa empunya resepi yang sebenar sebab saya dah singgah banyak rumah blogger masakan, puding roti ni macam wajib jer tapi saya tak buat-buat juga kerana tiga sebab.

Pertama... tak jumpa-jumpa serbuk agar-agar yang tiada warna atau perisa. Kebanyakannya mesti ada tulis green.. yellow... red... ermmmmm...

Kedua... tak pandai nak derhaka gunakan agar-agar biasa. Orang Johor panggil lengkong. Karang bantai gaya lengkong jadi lenggang kangkong laks.. ahakz!

Ketiga... malas! Tulah sebab paling utama, bila baca resepi tu macam cerewet jer nak kena lapis satu persatu. Bila dah berlapis-lapis, maknanya mangkuk dan senduk pun kenalah pakai banyak juga, ishhhh!

Tapi bila ibu HadifHadifah buat dan terguna lengkong pun jadi, rasa cam terrrrrrajin nak cuba gak. Tapi syukurlah.. sebab akhirnya jumpa jugak serbuk agar-agar yang bertulis 'clear'.. jadi bolehlah mulakan projek ni. Nama puding roti asmara tu sesaja jer.. ubah selera, sebab tak cukup tujuh warna nak letak nama pelangi.. hehe..

Kalau nak resepi lengkap boleh tengok di sini, sebab saya lebih suka gunakan bahasa yang mudah. Terima kasih kepada tuan punya resepi asal ya, semoga ilmu yang dicurahkan memberi manafaat dan pahalalah ganjarannya... insyaAllah... Amin.

Bila dah buat sendiri tu rasa senanglah sangat, kalau tahu macam ni punya senang dah lama saya buat.. hehehe.

PUDING ROTI ASMARA

Bahan A:
8gm serbuk agar-agar (saya guna sepeket/10gm)
3 cawan air (saya guna 1 liter)
1/2 cawan gula pasir
~didihkan semua bahan A

Bahan B:
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
170 ml susu cair

Bahan Lain:
2 sudu besar mentega/ marjerin
pewarna dan perisa ikut kesukaan anda

~ Kisarkan semua bahan B di dalam pengisar sehingga lebur... huk2
~ Apabila campuran agar-agar mendidih, masukkan bahan B, kacau rata.
~ Kemudian, masukkan mentega yang telah cair, kacau rata sehingga mendidih dan tutupkan api.
~ Bahagikan adunan kepada beberapa warna atau perisa. Sendukkan selapis-selapis ke dalam loyang acuan tanpa mengacaunya sehingga penuh loyang atau habis adunan.
~ Sejukkan dan simpan di peti ais sekurang-kurangnya dua jam sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba.



Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam sari...meh la sikit lengkong asramadana nie....cantik kaler dia1

    ReplyDelete
  2. cantiknya puding roti tu kak...suka tengokk...

    ReplyDelete
  3. pergh....asmara tu..tingat drama asmara kt TV3..hehehe

    MR mtk izin nk amek resepi..nk try gak..tp ntah bilanye punnn

    ReplyDelete
  4. salam...
    wahhh.. cantik banget puding roti ni... mmg menarik sekali gabungan warnanya... tambah pula guna acuan mcm tu.. bertambah2 cun...
    minta izin copy resepi ya? T.kasih..

    ReplyDelete
  5. salam sari..macama mana letak warna2 boleh jadi cantik tu..akak rajin..juga buat..tapi tang nak letak warna2 selalu tak menjadi..bila tengok sari punya cantik je..bulat aje..terpikat pulak..

    ReplyDelete
  6. Kak Atie, silakanlah lengkong saya yang manis macam Kak Atie ni..

    Mas, akak pun sukaaaaaaaa tengok.. hihi

    Mamarempit, kalu dah amek resepi wajib buat tauuuu...

    Madiha, sama2 kasih, nanti buat jangan lupa entri ya..

    Kak Erna, fuhhhh... menggigil2 nak kasi warna tu tau... hehe

    ReplyDelete
  7. cik sari sayanggggggggg...bila nak buat lagi ek puding ni? nanti boleh la sis dtg seranggggg..hahahaha

    ReplyDelete
  8. Sis Lin, nak serang guna apa tu? pedang, parang, pistol??? ke peruttttttttttt... hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!