PUDING KASTARD BERKUAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM wbt

TAK TAHULAH gila apa sekarang ni, hari-hari buat puding kastard berkuah, daripada yang rasa tepung pasal kastard tak masak, pasal tak sabar... hehe. Yang guna tepung jagung dalam tin oren tu (ada banyak kat rumah, sayang membazir.. hehe) putih tak berseri, keras lak tu... huk.. huk, dan yang paling perfect, yang kuning berseri-seri tu... hik.. hik.

Selalu cuma tolong tengok ibu buat dan tolong makan, kalau kawan mintak resepi pandai pulak bagi, tapi bila buat sendiri.. gagal.. macam mana tu?? Tapi, lepas dah jadi.. hasil try & error.. sekelip mata jer.. licin. Terpaksalah ulang buat berkali-kali sehingga habis tepung dibeli... layanzzzzzzzzzz!



Masa kawan-kawan datang beraya, adalah juga buat sikit-sikit makan, takkan asyik layan blog, bila datang rumah apapun takde.. ye tak? hehe...

ada blueberry cheese cake... yummy!

ada cuppies... macam-macam saiz, macam-macam rupa, tapi rasanya sama... hik.. hik..


ada puding kastard guna tepung jagung tin oren... hehe, sorry frenz, terkeraslak aku buat.. hak2!

Dan oh... maaflah, kalau saya sering hilang kebelakangan ini. Kerana kesibukan yang melanda dan kepenatan yang berganda. Semoga ceritaku dan ceritamu kan terus bersatu di Alam Sari ini... wassalam. Salam Sayang untuk semua.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. huhu...terasa enaknya puding kastard tu..mebeles...tp mana resepinya?nak gak try

    ReplyDelete
  2. Kamsiah, memang mabeles... ala, resepi biasa jer, malu nak tenyeh... hik2!

    Bahan & cara m'buat puding: (utk 4 org)
    1 cawan tepung kastard
    5 cawan air
    2 sudu besar gula
    ~ campurkan semua bahan dlm periuk, gaul sebati, letakkan di atas api. Kacau sentiasa sehingga adunan menjadi pekat, mendidih & kuningnya agak jernih berkilat. Tutupkan api & tuangkan dlm loyang @ acuan.

    Kuah susu - 1/2 tin susu cair + 1/2 tin air + gula secukupnya ~ masuk dlm periuk, panaskan shingga mndidih. Hidangkan bersama buah2an cocktail dlm tin (jgn guna yg local, tak sedap, paling best... Lego)

    Selamat Mencuba.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!