ASSALAMUALAIKUM wbt
PERGHHHHH!!! Cakap orang putih lak kali ni.. hehe. Sekali-sekala speaking London, maklumlah... resepi kari ketam kering ni saya perolehi dari seorang teman yang hari-hari cakap orang putih, jadi tajuk tu kenalah ikut tuan punya resepi, nanti derhaka namanya.. hehe.
Apapun terima kasih ya Mel, di atas resepi yang sedap ni. Jadi hari ni adalah kelainan sikit rupa ketam tu, ni asyik-asyik nak masak lemak cili api dengan sambal tumis jer, jadi hari ni ala-ala masala.. barulah ada kelasssssssss.
DRY CRAB CURRY
(hik.. hik... tajuk jer orang putih, resepi Bahasa Melayu ya)
Bahan dan cara:
6 ekor ketam dibersihkan dan dipotong dua dan dikukus 10 hingga 15 minit
1 1/2 biji bawang besar #
3 ulas bawang putih #
1" halia # (hiris halus bahan bertanda #)
2 tangkai daun kari
1/2 sk biji sawi
1 sk serbuk cili*
1 sk serbuk kunyit*
2 sb rempah kari ikan* (gaul sebati bahan bertanda * dengan air secukupnya)
1/2 cawan air asam jawa
2 biji tomato dipotong 4
1/2 biji bawang besar dipotong baji
1 senduk kecil minyak masak
1/3 sb garam atau secukup rasa
~ Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan bertanda #.
~ Masukkan daun kari dan biji sawi, tumis lagi hingga naik bau.
~ Masukkan bahan bertanda * dan tumis lagi hingga naik minyak (bukan kerbau jer tau naik minyak.. hehe)
~ Masukkan air asam jawa serta garam dan kacau sebati.
~ Kemudian masukkan ketam dan tomato serta bawang yang dipotong baji tadi, kecilkan api, gaul sehingga seluruh ketam diselaputi rempah yang ditumis tadi. Biarkan di atas api yang kecil sehingga kering dan keluar minyak.
~ Sedia dihidangkan.
Selamat Mencuba (",)
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih