MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, May 29, 2011

MACARON LAGI




ASSALAMUALAIKUM wbt



TEMPAHAN dari kawan sekerja untuk kudapan anak-anaknya. Kalau diikutkan saya memang tak berani lagi mengambil tempahan macaron tapi tidak sampai hati pula bila kawan ni cakap untuk anak-anaknya. Lalu saya berkata, saya tak berani berjanji, saya akan cuba buat dan kalau jadi saya akan bawa ke pejabat. Alhamdulillah, rezeki Kak Zah dan anak-anak. Cuaca yang tidak menentu semalam membuatkan saya bimbang pada mulanya dan benar seperti jangkaan saya, satu tray tidak menjadi tetapi untuk tray yang seterusnya, ropol skrirtnya kembang tersenyum, hehe. Untuk fillingnya, saya masih menggunakan coklat lepa, tak pandai dan tak belajar lagi membuat yang alaaaaaaahai, namanya pun tak reti nak sebut, kih.. kih.. kih.



Masih ramai yang bertanya saya resepi macaron ini, dan saya kongsikan sekali lagi di sini yang saya intai dari dapur Kak Dzanariah.



ALMOND MACARON


Sumber : Kak Dzanariah




Bahan-bahan:


2 biji telur (L) diambil putihnya sahaja


60 gm gula kastor


80 gm serbuk almond


120 gm gula icing


sedikit esen vanilla




Inti: Ikut citarasa




Cara-cara:




  1. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Pukul lagi sehingga kental dan masukkan sedikit esen vanilla.


  2. Ayakkan gula icing dan serbuk almond. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan putih telur dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan sedikit pewarna. Sebaiknya satu adunan satu warna jika menggunakan warna cecair.


  3. Masukkan dalam piping bag dan picitkan ke atas loyang yang dialas baking paper. (Lukis dahulu bulatan bersaiz lebih kurang siling 50sen (atau ikut citarasa) di atas baking paper tersebut). Paipkan adunan sehingga memenuhi bulatan


  4. Pecahkan buih-buih udara menggunakan lidi tajam. Hiaskan jika suka.


  5. Biarkan sehingga 30 minit atau sehingga ia tidak melekat di jari. Bakar 150 darjah selsius selama 25 minit. Tanggalkan dari baking paper bila ianya sejuk dan letakkan inti di antara dua macaron.


Selamat Mencuba

Thursday, May 26, 2011

UPSIDE-DOWN PIZZA


ASSALAMUALAIKUM wbt

BUKAN sahaja sedap tapi mudah, itulah yang dapat saya gambarkan tentang Upside-Down Pizza atau pizza terbalik ni. Tidak rugi mencuba terutama bagi peminat pizza. Tidak perlu menguli doh, senang sangat, pakai campak-campak pun jadi tau. Terima kasih ya, Tun Telani kerana berkongsi resepi hasil kerajinannya menonton
Quick Fix Meals with Robin Milller.

p.s: Orang suruh study dia dok tengok rancangan masak-mema
sak, bagus.. bagus, amalkan selalu, hik.. hik.

Upside-Down Pizza
Sumber: Tun Telani

Upside-Down Pizza
saiz loyang 9x9 "

Dough

2 biji telur
1 cawan susu (saya guna low fat milk)
1 cawan tepung gandum
1 sb minyak (saya guna minyak zaitun)
1/2 sk garam

- gaul sebati (saya guna hand whisk) semua bahan.
- sedia untuk diguna

Inti

1 keping dada ayam- kerat-kerat (saya tak letak)
4 -5 batang sosej- hiris (lagi banyak lagi sedap)
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus (saya pecah-pecahkan jer)
2 sb tomato puree
1 sb oregano
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak (boleh ganti dengan daging cincang)
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak sekejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam. (Boleh tambah bahan-bahan lain seperti hirisan lada benggala atau sayur campuran jika suka)

Keju secukupnya (saya guna cheddar)

Cara-cara:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan inti dalam loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • curahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.(saya bakar 30 minit)
  • Biarkan selama 5 minit sebelum dipotong dan hidangkan.

Selamat Mencuba ;D

Wednesday, May 25, 2011

TERIMA KASIH! 3



ASSALAMUALAIKUM wbt

SAYA ingin dedikasikan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang sudi bersedekah kepada saya pada ulangtahun kelahiran tahun ini. Semoga rezeki anda semakin luas dengan seluas-luasnya, hehe. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk hanyalah menghargai pemberian orang-orang yang tersayang. Yang paling mahal adalah ingatan tanda kasih sayang & ikatan persahabatan tetap berkekalan, insyaAllah.

Saya sudahi dengan pantun biasa-biasa:

terima kasih daun keladi,
tahun depan berilah lagi.. hik.. hik..

Tuesday, May 24, 2011

TAHNIAH! ER


ASSALAMUALAIKUM wbt

MALAM tadi mungkin malam yang paling menggembirakan buat ER kerana beliau telah dipilih memenangi tempat pertama kategori sukan pada Majlis Anugerah Kewartawanan Johor 2010. Ini merupakan julung-julung kalinya Kerajaan Negeri Johor menganjurkan anugerah ini dan kiranya nama ER telah terlakar sebagai pemenang sulung anugerah ini dan bukan sahaja tempat pertama tetapi pemenang tunggal bagi kategori sukan akhbar Bahasa Melayu. Tidak sia-sialah segala pengorbanan ER bertugas sehingga lewat malam dan terpaksa pula bangun awal pagi kerana segala pengorbanannya kini telah berbaloi. Pengorbanan si isteri ini pulak janganlah dipandang sebelah mata ya, ER.. hehe. ER kata dengan duit yang dimenanginya itu, beliau akan membawa kami jalan-jalan sempena cuti sekolah nanti. Haiiii, tak ada duit tu pun rasanya ER tak pernah lupa membawa Yaya bercuti, jadi bila ada duit lebih merupakan satu bonus bagi kami, Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah. Sebenarnya, pada minggu lepas pun ER ada pulang membawa dua hadiah yang dimenanginya pada Malam Media Bersama TNB. Kiranya bergolek-golek rezeki pakcik ni. Tulah berkat belikan hadiah hari jadi saya di Poh Kong, hahahaha.


Mengimbas kenangan bersama ER ni, beliau jarang sekali pulang daripada setiap majlis yang dihadirinya dengan tangan kosong. Saya masih ingat lagi, pada satu malam, ER pernah bawa balik dua buah TV sekaligus. Sebuah dimenanginya bagi kategori pakaian tema terbaik dan sebuah lagi kategori cabutan bertuah dan seingat saya termasuk yang dua itu, ER pernah dapat dua lagi TV sebelumnya. Kelakar masa tu, setiap bilik ada TV sampai saya boleh bawa satu ke pejabat. Hihi, ramai yang pelik bila tengok dalam bilik pejabat saya ada TV, hehehe. Jangan terkejut, TV jenama 'BeCorp' dalam pejabat saya ini telah berusia lebih 12 tahun dan ianya masih elok lagi. Ialah, walaupun jenama tu entah apa-apa, yang penting percuma tau, hik.. hik. Baiklah, sampai di sini sahaja menceceh, banyak tugasan menanti saya hari ini. Semoga kita semua terus dilapangkan pintu rezeki dan sentiasa beroleh rahmat daripada-Nya, Aamiin.

P/s: Sesiapa yang hendak baca tulisan ER, silalah beli akhbar Harian Metro atau Berita Harian dan belek-beleklah di helaian sukan ya... hehe.

Monday, May 23, 2011

PANCAKE MUDAH


ASSALAMUALAIKUM wbt

TETIBA saja teringin sangat nak makan pancake yang dibuat sendiri. Lalu menggooglellah saya dan terjumpalah resepi pancake yang mudah ini di MyResepi. Memang layanzz betullah, jom cuba.. sangat sedap dinikmati bersama madu dan mentega ditambah lagi cik stroberi yang masam manja tu, ahakz!

Kepada AlongRoz, terima kasih banyak ya, saya kongsikan resepinya di sini untuk memudahkan rakan-rakan yang bertanya resepi pancake yang saya tayang di fb tu, hehe.

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g mentega
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam
Cara-cara :

  1. Gaul dan ayakkan bersama tepung gandum, soda bikarbonat dan krim tartar. Kemudian masukkan mentega, ramaskan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu segar, gula dan garam, pukul sedikit.
  3. Buatkan lubang di tengah-tengah bahan yang diayak tadi. Tuangkan campuran susu (no.2). Pukul guna hand whisk sehingga sebati.
  4. Panaskan kuali 'non-stick'. Lengserkan dengan sedikit sahaja minyak. Tuangkan satu senduk kecil adunan dan biarkan ianya melebar sendiri. Buih-buih kecil akan terbentuk di permukaan adunan. Biarkan sehingga buih-buih itu pecah, barulah diterbalikkan ke bahagian sebelahnya.
  5. Biarkan masak sebentar dan enak dinikmati panas-panas bersama madu atau sirap pancake berserta mentega. Makan dengan aiskrim pun seda ppppp.. hik.. hik..

    Inilah rupa buih-buih yang terbentuk ketika pancake dimasak. Tunggu sehingga pecah semuanya barulah diterbalikkan.

TERIMA KASIH! 2

ASSALAMUALAIKUM wbt

PELIK betullah dia ni. Tak pernah-pernah umur nak makan di Pizza, selalu tu kalau nak makan, memang bawa balik. Mahunya ER nak makan di situ, kalau makanan laut memang dia nombor satu, tapi yang ini??? Musykil... musykil...

Saya menjangkakan ER akan membawa kami makan di Pizza Hut, Jusco Taman Universiti tapi ER memandu ke arah lain. ER pula asyik bersms. Selalunya kalau memandu, ER lebih suka menyuruh saya membalaskan sms, tapi yang ni macam ada rahsia pulak, huhuhu.
"Ermmm, babah nak bawa bonda gi mana ni?"
"Adalahhh... ", kata ER, huhuhu.

Sebaik sampai di persimpangan lampu isyarat Damansara Alif, saya mengerling ER sms seseorang dan menekan huruf D H S M P I. Ohoooo, saya dapat mengagak sesuatu. Takpe... kita tengok nanti ya.. hehe. Saya rasa saya dah tau. Saya meninjau di perkarangan letak kereta. Saya mencari Atos yang berwarna biru dan saya dah nampak pun, hik.. hik. Itu kereta Cik Embun, kih.. kih.. kih. Sebaik masuk ke dalam restoran, SURPRISE!!! Ada tu, Cik Embun... dah saya agak, tapi tetap terkejut jugalah, Angah dan keluarga serta ibu yang tersayang. Wah! Meriahnya hari jadi tahun ni. Terima kasih semua kerana mengingati saya.


Abang Pizza @Megat sedang membawa kek diiringi staf Pizza Hut Damasara Alif,
terima kasih ya, adik-adik... ;-))

baru 26 tahun sebenarnya, orang tu tertulis no 3 lak, hik.. hik..

Cheesecake kegemaran saya... urmmm.. banyak betul saya makan..






Ibu tersayang

Angah & Family... ini idea Angah rupanya...

Cik Embun... perancang majlis

pakcik pakatan


Bersambung lagi...

Thursday, May 19, 2011

SIAPA ITU DI ERA FM?


ASSALAMUALAIKUM wbt

MOOD nak berblogging pagi ni belum mari kerana menantikan kemunculan Pak Cik Mat di ERA FM bersama Pak Nil. Jom buka ERA FM sekarangggggggggg!!! Hik.. hik...

Tahniah, Cik Mat yang semakin mantap, inilah berkat keterbukaan CMG dalam dunia masakan dan tidak kedekut ilmu, saya tabik springggggg!!

Sila klik gambar untuk ke Dapur Tanpa Sempadan.

CMG, saya minta izin tepek gambar tiffin biru tu ya, pinjam ya, halal ya.. hehe

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

ASSALAMUALAIKUM wbt

SEBUAH kisah benar yang diceritakan oleh seorang guru.

Seorang murid berjumpa dengan gurunya pada pagi hari guru. Guru tersebut mengajar di sebuah sekolah yang terletak di luar bandar.

Murid: Assalamualaikum cikgu, Selamat Hari Guru.

Guru: Waalaikumussalam, terima kasih.

Murid: Cikgu, saya tak ada apa-apa nak bagi hadiah pada cikgu hari ini, mak saya tak ada duit nak belikan hadiah macam kawan-kawan yang lain.

Guru: Tak apa, saya tak mengharapkan apa-apapun.

Murid: Semalam masa saya minta mak duit untuk beli hadiah, mak kata tak ada, tapi mak suruh ambil sesuatu di belakang rumah, mak kata bagi pada cikgu sebab mak tak mampu bagi yang lain. (sambil menghulurkan satu bungkusan yang agak besar)

Guru itu terperanjat dan terus mengambil bungkusan yang agak berat itu. Jarinya sakit tercucuk sesuatu yang agak tajam lantas beliau membuka bungkusan itu. Isinya adalah sebiji buah durian yang mungkin baru gugur.

Itulah hadiah paling mahal saya dapat sempena hari guru. Bukan nilai hadiah itu tetapi sebuah keikhlasan, cerita guru tersebut.

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik. Gaji yang diterima adalah ganjaran di dunia, ada yang lebih besar menanti anda di akhirat, insyaAllah.

terima kasih Ayu dari Citarasa Rinduan kerana e-kad yang amat bermakna ini.

TERIMA KASIH!

ASSALAMUALAIKUM wbt

URMMM... dah baik dah demamnya blogger.com ni ya. Bila baiknya saya pun tak perasan, mesti ramai yang kecewa bila blogger.com mogok sejak Khamis lepas membawa kepada Jumaat ditambah lagi hari Jumaat tu adalah hari lahir saya. Tentu ramai yang kecewa kerana tak dapat nak post entri ucapan hari lahir untuk saya, kan, hik.. hik.. hik. Apa nak buat, manusia hanya mampu merancang tapi Allah swt yang menentukan segala-galanya.

Beratus-ratus ucapan dan doa kesejahteraan yang saya terima dan Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah swt kerana meminjamkan saya usia sehingga ke 36 tahun. Alhamdulillah kerana sehingga setakat ini saya dianugerahkan kesihatan yang baik dan masih dibukakan pintu rezeki untuk mengecap nikmat hidup di alam maya ini. Kejutan hari lahir telah saya terima seawal hari Khamis lagi apabila tiba-tiba saja ER pulang ke rumah dan mengajak saya keluar. Saya sebenarnya mengambil cuti rehat pada hari Khamis itu dan memang pelik bila ER muncul tiba-tiba dan mengeluarkan sesuatu dari koceknya.

"Nah, babah bagi pen jer, happy birthday," sambil menghulurkan kotak panjang. Huhuhu, saya memang betul-betul ingat pen. Tak pernah umur ER bagi hadiah hari jadi tau, sebab ER ni sukar dijangka, bila dia rasa nak bagi sesuatu dia akan bagi jer.

"Cepatnya bagi," saya mengambil kotak itu sambil menjeling saspens. ER memberi alasan saya selalu meminjam pennya, sebab itulah dia hadiahkan saya pen. Tiba-tiba saya terpandangkan dua perkataan yang paling best di hujung kad yang tersemat di atas kotak. Just For You, Love U So Much Babah. Perkataan yang paling best tu ejaannya begini tau... P O H K O N G... wallaaaaaaaaaa... seronoknya. Siapa yang tak seronok bila dapat sesuatu yang lip lap lebih-lebih lagi dari encik suamikan, hik.. hik... terima kasih, mwahhhhhhhhhhh!! Hik.. hik... lepas tu ER suruh saya bersiap. ER kata kita pergi makan malam nilah.., kita makan pizza jer.... urmmmmm????



Bersambung..

Monday, May 9, 2011

STRAWBERRY CHEESECAKE & KISAH 28 TAHUN LALU


ASSALAMUALAIKUM wbt

SELAIN dari meraikan hari ibu semalam, tarikh 8 Mei juga mencatat satu peristiwa yang penting dalam keluarga saya di mana pada tarikh itu 28 tahun lalu, keluarga saya telah menerima kehadiran seorang ahli baru. Masih saya ingat lagi kegelisahan semua yang berada di dalam rumah apabila ibu mengalami kesukaran untuk bersalin. Paling menakutkan saya apabila seorang wanita yang agak berumur memberitahu arwah abah yang ibu perlu dibawa ke hospital. Takutnya masa itu kerana saya terbayangkan kisah-kisah ngeri yang tak perlulah saya sebutkan di sini ya.. hehehe. Maklumlah, budak lagi masa tu baru darjah dua... huhu. Alhamdulillah, ibu akhirnya selamat melahirkan adik bongsu kami yang dinamakan Nor'aini sempena nama anak jiran sebelah rumah yang tak silap saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Maka membesarlah Nor'aini sebagai anak bongsu dan yang paling comel dalam keluarga kami. Jadi di hari ini rasanya tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 28, semoga apa yang dicita-citakan Aini akan menjadi kenyataan dan berjaya dalam kehidupan. Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki serta kesihatan yang baik. Tengok orang pun dah tau rezekinya memang melimpah-ruah... Alhamdulillah.

Strawberry Cheesecake ni dah lama masuk dalam senarai kek pujaan hati saya. Selepas menikmatinya dengan anak tekak sendiri.. hehehe, memang sungguh-sungguh saya mengharapkan CMG akan menyenaraikannya dalam label kek. Kepada CMG saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala tunjuk ajar tapi biasalah, anak murid manalah boleh nak lawan tauke, kan maka kek saya ini tidaklah segebu kek sifu. Kepada siapa yang nak tengok versi asal bolehlah pergi ke Dapur Tanpa Sempadan dan kepada sesiapa yang teringin tu, bolehlah mencubanya sendiri. Saya minta izin ya CMG untuk menuliskan resepinya, hanya Allah sahaja yang membalas kemurahan hati CMG.

STRAWBERRY CHEESECAKE
Sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram cream cheese
50 gram gula halus@gula kastor
250 ml whipping cream
5 bijitelur, gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh strawberry emulco
100 gram gula halus@gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar (boleh ganti dengan jus lemon)
350 gram strawberry segar
Gula ikut tahap kemanisan (saya sama macam cik mat guna dalam 2 camca besar)
1/2 cawan air
1 camca teh jus lemon (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser acuan spring-form berukuran 9 inci dengan mentega. Balut luar tin dengan aluminum foil. Asingkan 5-6 biji strawberry untuk hiasan dan 4-5 biji lagi didadu. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese hingga lembut, tambah 50 gram gula halus dan putar lagi hingga sebati, masuk whipping cream dan putar rata. Tambah kuning telur satu persatu, pada kelajuan sederhana, masukkan tepung dan masukkan strawberry emulco, putar sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar atau lemon jus, putar hingga kental.
  4. Gaulkan putih telur tadi dalam no. 2 secara kaedah kaup balik, hingga rata dan masukkan strawberry yang didadu, gaul rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan. Bakar dalam oven menggunakan kaedah "water-bath", iaini dengan meletak tin kek tadi ke dalam loyang dan tuang air panas kurang lebih 1 cawan. Bakar selama 1 jam 30 minit, atau hingga masak.
  5. Kek akan mengecut sedikit bila masak. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam (saya macam cik mat sejukkan semalaman), keluarkan dari tin dan hias dengan strawberry jam dan belahan buah strawberry segar...
  6. UNTUK STRAWBERRY JEM :- Baki strawberry tadi dicuci, kerat kecik dan letak dalam periuk bersama gula secukup rasa (letak dalam 2 camca besar) dan juga jus lemon serta 1/2 cawan air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, terus memasak sambil dikacau hingga pekat. Biar kan sejuk. Kalau nak pekat boleh tambak sedikit bancuhan tepung jagung, tapi mat tak letak pun..sebab naturally nanti dia jadi sedikit pekat...
Gambar Aini ada dalam blog ini, carilah.. mesti tahu yang mana satu.. hik2!

TIGA GENERASI

ASSALAMUALAIKUM wbt

MASIH belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua pembaca yang bergelar ibu. Mesti ramai yang meraikannya semalam, kan. Walaupun ada pendapat yang mengatakan meraikan hari ibu ini seperti terikut-ikut budaya barat tetapi bagi saya pula yang penting sekali adalah niat kita. Mungkin ada yang berkata, hari-hari sebenarnya hari ibu. Kalau begitu, apakah lagi yang istimewanya ya? Apa yang nak kita buat setiap hari jika asyik meraikan hari ibu? Itulah sebabnya perlu ada satu hari yang istimewa untuk meraikan ibu kita selain dari menyambut hari ulangtahun ibu. Di sinilah terletaknya istimewa seorang ibu itu. Dan tahun ini saya masih bertuah kerana dapat meraikannya bersama tiga generasi. Walaupun pada mulanya terdapat beberapa halangan namun demi ibu yang tersayang semua halangan itu berjaya juga saya tempuhi. Untuk ibu yang melahirkan saya 36 tahun lalu, saya doakan semoga ibu sentiasa dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik serta berbahagia dan gembira selalu... mwahhhhhhhhhhhhhhhh!!

pelik ya gambar ni nampak kabus.. hahaha.. gara-gara berbarbeque dalam rumah, habis satu rumah berasap.. huhuhu..

Friday, May 6, 2011

PAK PUTRA OH! PAK PUTRA..


ASSALAMUALAIKUM wbt

TAK SANGKA pulak, masa aktiviti JJCM kat Melaka baru-baru ni saya telah diintai oleh seorang blogger dari Perak Darul Ridzuan. Urmmm.. mungkin kerana saya tidak berselindung di sebalik wajah lain menyebabkan diri saya mudah dikenali.. hehe. Lepas tu alkisahnya blogger ni duduk pulak kat belakang saya, manalah saya nampak, kan. Dibuatnya ditepuk belakang saya masa tu juga, mahu terbelahak saya yang tengah menyantap nasi lemak sejuk tu.. hihi. Mungkin pasal tu dia tak sampai hati nak tegur saya, pulak tu bila melihat muka ER yang ganaz tu, hehe. Alahai Errique Ettiqazz, ER tu muka jer ganaz, tapi hati dalam baik wooo.. cuba tanya abang-abang dan kakak-kakak kat NSTP tu, siapa yang suka buat lawak tak hingat dunia.. urmmm... boleh runtuh bangunan dibuatnya.. hik.. hik.. hik. EE, cerita makan nasi lemak dengan ikan bakar tu nanti saya akan buat entrinya, EE tak mahu buat ke? Mana tau EE ada pulak ambil gambar saya dari belakang... hihihi.

Catatan kali ini saya ingin kongsikan tentang Restoran Pak Putra yang merupakan antara kedai makan yang agak top juga di Melaka. Terletak di Taman Kota Laksamana, Pak Putra menyajikan hidangan yang lain dari yang lain. Ialah, selalunya kalau orang datang Melaka, mesti nak cari ikan bakar yang dinikmati bersama nasi lemak dan asam pedas tapi Pak Putra ni buat style negara Timur Tengah pulak. Haiiii... punyalah ramai umat kat sini, setiap meja dipenuhi wajah-wajah yang kelaparan, mujurlah kami tidak menunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk, pendek kata kalau kita datang Melaka ni mesti punya kena beratur daripada dekat lampu isyarat, tersangkut di kesesakan lalu lintas tu pun kena beratur juga.. lepas tu nak makan pun kena beratur.. huhu. Nasib baik masa nak daftar masuk hotel tak payah beratur.. hik.. hik.

Kelakarnya dekat sini bila kami melihat sang penghantar makanannya tu berlari-lari menghantar makanan yang dipesan. Huhuhu.. rileklah abang, apa pasal mahu lari-lari nanti peluh menitik lak dalam makanan tu.. adush!! Agaknya tulah pelarisnya, kan... hik.. hik. Kami memerhatikan Pak Putra (tak tahulah dia ke Pak Putra-nya) yang tidak berhenti-henti menguli naan dan menepeknya ke tepi tempayan sebesar tong dram penyamun dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk tu. Hehehe, Pak Putra tu nampak rilek sikit, betul-betul atas kepala dia ada kipas yang sedang berputar ligat, kiranya dijamin Pak Putra tak berpeluh-peluh kepanasan macam si penebar roti canai dalam filem Senario tu.. hihi. Setelah berkali-kali mengangkat tangan dan menjerit 'order please'... akhirnya kami dapat juga memesan tiga jenis naan bersama dua set tandoori. Nak makan punya pasal kami menanti dengan penuh sabar.. kiranya dalam setengah jam jugaklah, yang itu okey lagi.. nanti saya buka entri Ikan Bakar Kuala Sg Baru tu, tengok pulak berapa lama saya tunggu, okey.

Setelah mango lassi dan jus tembikai tinggal tiga suku gelas, akhirnya sang penghantar makanan tadi menuju juga ke meja kami. Mujur juga meja kami dekat dengan kaunter makanan tu jadi dia taklah berlari, hahahaha. Ampunnnn... nasib baik. Setelah doa diaminkan, kami mencubit makanan masing-masing. Garlic Naan untuk ER, Cheese Naan (cheeseeeee????!!) untuk saya dan Plain Naan (budak-budak makan plain sudahlah) untuk Yaya. Wallaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Boleh mimpi-mimpilah... patutlah orang punyalah ramai termasuklah kaum cina tak putus-putus datang. Pendek kata memang riban-ribanlah yang masuk poket Pak Putra tiap-tiap malam. Okey.. okey.. jom tengok gambar ya.. bukti kami makan kat Restoran Pak Putra... hik.. hik..

tengoklah tu.. punyalah ramai.. ni si Yaya ambil gambar memang selalu gegel.. nak kena tangan tu.. huhu..
Pak Putra kot yang ni.. sedang memeriksa tandoori dan naan sudah boleh diangkat belum, siap ada dua tempayan besar tapi saya ingat Pak Putra kena tambah satu lagi tempayanlah..

huhu.. oleh sebab sudah hilang kesabaran maka ini sahaja yang dapat diposingkan.. tak sempat dah nak ambil gambar satu persatu... Bismillah...

Jadi, kepada sesiapa yang bercadang nak ke Melaka, bolehlah singgah ke Restoran Pak Putra ni, memang terbaekkkk! Kalau nak ke sini, cari Taman Kota Laksamana, mesti jumpa punya, kalau tak jumpa tanya orang okey, malu bertanya sesat jalan.

p/s: Ini sebenarnya entri semalam tapi semalam internet macam hampes... huk2! Tak jadi nak buang entri semalam pasal internet tu, rupanya dari komen kawan-kawan di fb pun semalam internet memang bermasalah.

Thursday, May 5, 2011

APA HAL DENGAN INTERNET HARI INI?

ASSALAMUALAIKUM wbt

TAK ADA APA NAK CAKAP.. ini entri sementara pasal tak boleh nak upload gambar. Nanti boleh upload gambar baru buang entri ni... hehehe.

Wassalam.

Wednesday, May 4, 2011

RESTORAN YEO SEKELUARGA

ASSALAMUALAIKUM wbt



ER tanya saya, kenapa tak pernah buat entri setiap kali kami makan kat sini. Hik.. hik.. agaknya sebab selalu sangat datang sini jadi tak terfikir nak buat entri, mungkin ada satu kot dulu.. entri pasal sambutan hari jadi atau ulangtahun kahwin kot.. hihi. Memang selalu sangat, boleh dikatakan dalam sebulan tu, memang tiga empat kali juga kami datang. Muka kami ni memang dah dicop, ketam-ketam kat situ pun berdiri jer bila tengok kami lalu sebelah dia.. hehe. Kat mana?? Restoran Yeo Sekeluarga, milik keluarga Cina Muslim di Gelang Patah. Lauk standard kami di sini pastinya Siakap Kukus Lemon... adoi! Laparlah pulak bila teringat.. urmmm..



Lauk wajib untuk Yaya.. ni dia.. beancurd.. atau tauhu jepun hotplate.. memang hot!



Sayur wajib ER.. Bayi Kailan.. goreng sos tiram...



Lepas tu, mesti ada juga Bayi Sotong... hahaha.. kami memang suka makan yang masih bayi-bayi ni, kih.. kih.. kih... selalunya baby squid ni masak goreng madulah yang sodap..



Haaa... itu jerlah lauk yang selalu kami ambil.. ketam??? Setahun sekali adalah kot kami minta tapi tak laratlah, faham-faham jerlah, seekor pun dah berapa... hehehe.

Yang ni tiba-tiba pulak terasa nak makan, kepah goreng bercili... yummy juga.. ER.... jom...

Dah hilang dah rupa kepah tukan... hik.. hik.

KEK OREN LAGIK??!

ASSALAMUALAIKUM wbt


INI nak menunaikan hajat seorang kawan yang teringin nak makan kek oren. Mengandung??? Huk.. huk.. yang tu kena tanya dengan yang empunya badan. Apapun saya ucapkan terima kasih kepada Ghah kerana sentiasa memberi sokongan kepada perniagaan kecil-kecilan saya ni.. hehehe. Saya harap Ghah berpuas hati dengan kek oren tu ya, cicah air oren pun sedap tau... hik.. hik. Untuk resepi sila klik gambar ya.

Sunday, May 1, 2011

RAHSIA TAHI LALATKU... suratan atau kebetulan..

ASSALAMUALAIKUM wbt

BILA tiba hari-hari cuti, kadang-kadang mood untuk menulis selalu lari. Aura untuk menulis selalu tiada. Idea untuk membebel selalu hidup segan mati tak mahu... haha. Jadi malam ni BW sajalah dari tingkat 12 Avillion Legacy Melaka. Antara blog yang selalu saya singgah dan amat suka membaca entrinya adalah blog Kak Anie. Entri Kak Anie adakalanya mengusik hati terutama apabila beliau bercerita tentang anak bujang kecilnya tu... hihi. Tadi saya baca entri ini, baca pulak di depan cermin jadi sambil baca tu saya belek-belek jugalah kedudukan tahi lalat tu. Betul kata Kak Anie, jangan terlalu taksub dan percaya, tapi apa salahnya ya kalau saya coretkan di sini beberapa kedudukan tahi lalat yang saya ada yang ada dalam jadual tu sajalah untuk suka-suka tengah-tengah tak tahu apa nak cerita nikan.. hehe. Banyak sebenarnya nak cerita kisah makan-makan tapi macam tadi saya beritahu aura belum mari... hehe.



  • bibir bawah kanan ~ disegani orang, ramai yang suka.... urmmm

  • leher kiri ~ cerdas dalam segala hal, banyak pengetahuan

  • betis kiri ~ rajin, tidak suka menganggur

  • lutut kiri ~ kurang kuat berusaha

  • kening kiri ~ cerdas, sopan-santun... hik.. hik..

  • tumit kiri ~ baik budi

  • siku tangan kiri ~ baik hati, suka menolong

tu tempat-tempat yang terbuka.. tempat-tempat yang tertutup malas pulak nak selaklah Kak Anie... hehe. Nanti lain kalilah saya selak... kikiki..

KEK STRAWBERRY (BLENDED)

ASSALAMUALAIKUM wbt

JANJINYA nak postkan resepi kek strawberry ni malam tadikan.. urmmm.. nak buat macammana, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. Seperti yang saya beritahu semalam, kami sekeluarga pergi makan ikan bakar di Melaka bagi meraikan hari lahir ER. Kali ini kami memilih untuk menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar, Kuala Sungai Baru, nak cuba tempat yang baru kononnyalah.. Bayangkanlah, kami sampai jam 9.30 dan cuma dapat makan lebih kurang 10.45 malam.. Fuyohhhhhhh! Sampai di bilik hotel terus pengsan.. cemana nak post entri, nak buka lappy pun dah tak larat.. huhu. Jadi, tak mahu membebel lagi, cerita ikan bakar akan di sambung nanti.. hehe.

Tak sangka pulalah resepi kek strawberry inspirasi dari orange blended cake yang meletops-letops tu sungguh menjadi. Lembut, gebu dan sedap dan hancur lagilah diet.. keh.. keh.. keh. Memang nak kena habiskan buah strawberry tu, cadangnya nak buat strawberry cheese cake

tapi mood malas pulak melanda jadilah strawberry blended cake.. hehe...

Bahan-bahan:

Bahan A:


  • 100 gm buah strawberry

  • 3 biji telur

  • 1 cawan gula

  • 1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)

Bahan B:



  • 1 st perisa strawberry

  • 1/2 st pewarna merah

  • 2 cawan tepung gandum*

  • 2 st baking powder* (*diayak bersama)

Cara-cara:



  1. Panaskan oven 170'C. Alaskan loyang berukuran 8" dengan baking paper, sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.

  2. Kisar halus semua bahan A.

  3. Masukkan perisa strawberry atau strawberry emulco dan pewarna merah, kacau rata menggunakan spatula.

  4. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit-sedikit, kacau sebati.

  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek telah masak. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.

Hiasan:



  • sedikit filling atau jem strawberry, belah dua kek dan sapukan bahagian pertama (bawah)kek dengan jem atau filling, kemudian lapikkan bahagian atasnya.

  • beberapa biji buah strawberry segar di belah jangan putus letakkan di atas kek

  • ayakkan sedikit gula aising.. sedia dihidang.

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?