STRAWBERRY CHEESECAKE & KISAH 28 TAHUN LALU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

ASSALAMUALAIKUM wbt

SELAIN dari meraikan hari ibu semalam, tarikh 8 Mei juga mencatat satu peristiwa yang penting dalam keluarga saya di mana pada tarikh itu 28 tahun lalu, keluarga saya telah menerima kehadiran seorang ahli baru. Masih saya ingat lagi kegelisahan semua yang berada di dalam rumah apabila ibu mengalami kesukaran untuk bersalin. Paling menakutkan saya apabila seorang wanita yang agak berumur memberitahu arwah abah yang ibu perlu dibawa ke hospital. Takutnya masa itu kerana saya terbayangkan kisah-kisah ngeri yang tak perlulah saya sebutkan di sini ya.. hehehe. Maklumlah, budak lagi masa tu baru darjah dua... huhu. Alhamdulillah, ibu akhirnya selamat melahirkan adik bongsu kami yang dinamakan Nor'aini sempena nama anak jiran sebelah rumah yang tak silap saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Maka membesarlah Nor'aini sebagai anak bongsu dan yang paling comel dalam keluarga kami. Jadi di hari ini rasanya tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 28, semoga apa yang dicita-citakan Aini akan menjadi kenyataan dan berjaya dalam kehidupan. Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki serta kesihatan yang baik. Tengok orang pun dah tau rezekinya memang melimpah-ruah... Alhamdulillah.

Strawberry Cheesecake ni dah lama masuk dalam senarai kek pujaan hati saya. Selepas menikmatinya dengan anak tekak sendiri.. hehehe, memang sungguh-sungguh saya mengharapkan CMG akan menyenaraikannya dalam label kek. Kepada CMG saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala tunjuk ajar tapi biasalah, anak murid manalah boleh nak lawan tauke, kan maka kek saya ini tidaklah segebu kek sifu. Kepada siapa yang nak tengok versi asal bolehlah pergi ke Dapur Tanpa Sempadan dan kepada sesiapa yang teringin tu, bolehlah mencubanya sendiri. Saya minta izin ya CMG untuk menuliskan resepinya, hanya Allah sahaja yang membalas kemurahan hati CMG.

STRAWBERRY CHEESECAKE
Sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram cream cheese
50 gram gula halus@gula kastor
250 ml whipping cream
5 bijitelur, gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh strawberry emulco
100 gram gula halus@gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar (boleh ganti dengan jus lemon)
350 gram strawberry segar
Gula ikut tahap kemanisan (saya sama macam cik mat guna dalam 2 camca besar)
1/2 cawan air
1 camca teh jus lemon (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser acuan spring-form berukuran 9 inci dengan mentega. Balut luar tin dengan aluminum foil. Asingkan 5-6 biji strawberry untuk hiasan dan 4-5 biji lagi didadu. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese hingga lembut, tambah 50 gram gula halus dan putar lagi hingga sebati, masuk whipping cream dan putar rata. Tambah kuning telur satu persatu, pada kelajuan sederhana, masukkan tepung dan masukkan strawberry emulco, putar sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar atau lemon jus, putar hingga kental.
  4. Gaulkan putih telur tadi dalam no. 2 secara kaedah kaup balik, hingga rata dan masukkan strawberry yang didadu, gaul rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan. Bakar dalam oven menggunakan kaedah "water-bath", iaini dengan meletak tin kek tadi ke dalam loyang dan tuang air panas kurang lebih 1 cawan. Bakar selama 1 jam 30 minit, atau hingga masak.
  5. Kek akan mengecut sedikit bila masak. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam (saya macam cik mat sejukkan semalaman), keluarkan dari tin dan hias dengan strawberry jam dan belahan buah strawberry segar...
  6. UNTUK STRAWBERRY JEM :- Baki strawberry tadi dicuci, kerat kecik dan letak dalam periuk bersama gula secukup rasa (letak dalam 2 camca besar) dan juga jus lemon serta 1/2 cawan air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, terus memasak sambil dikacau hingga pekat. Biar kan sejuk. Kalau nak pekat boleh tambak sedikit bancuhan tepung jagung, tapi mat tak letak pun..sebab naturally nanti dia jadi sedikit pekat...
Gambar Aini ada dalam blog ini, carilah.. mesti tahu yang mana satu.. hik2!
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. akak...nak sepotong cake tu...
    sedappnya tengokkk...

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu dan selamat hari lahir buat adik kak sari =)
    nnti tun nk share ngn kak mas kek tuh. hehe

    ReplyDelete
  3. wow mengancam betullah cake nih.. cemana leh tak pasan resepi kek ni dlm dts...

    ReplyDelete
  4. happy besday aini....sama dgn nama mak lia la kak...ejaan pun sama..:D mak pun sambut b'day bulan mei juga..3hb mei...^___^

    hadoiiii..x tahan sungguh lah cheese kek tuh...aritu sempat merasa sikit jerk masa kat umah CMG..sbb sogan..:)

    ReplyDelete
  5. Slmt Hari Ibu Yus..tak terlambat lagi kan..hehehe..terliur je tngk cheese cake tu..mewah stoberinya...nak...nak..mesti dah abeskan...huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Sedap, strawberry cheese cake.

    Hmmm....

    ReplyDelete
  7. aduh...
    kak yus..
    meleleq air liurku melihat chessecakemu


    nanti singgah ke blog ayu ambil kad ucapan ya..
    selamat hari guru utk kamu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!