RAHSIA TAHI LALATKU... suratan atau kebetulan..

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM wbt

BILA tiba hari-hari cuti, kadang-kadang mood untuk menulis selalu lari. Aura untuk menulis selalu tiada. Idea untuk membebel selalu hidup segan mati tak mahu... haha. Jadi malam ni BW sajalah dari tingkat 12 Avillion Legacy Melaka. Antara blog yang selalu saya singgah dan amat suka membaca entrinya adalah blog Kak Anie. Entri Kak Anie adakalanya mengusik hati terutama apabila beliau bercerita tentang anak bujang kecilnya tu... hihi. Tadi saya baca entri ini, baca pulak di depan cermin jadi sambil baca tu saya belek-belek jugalah kedudukan tahi lalat tu. Betul kata Kak Anie, jangan terlalu taksub dan percaya, tapi apa salahnya ya kalau saya coretkan di sini beberapa kedudukan tahi lalat yang saya ada yang ada dalam jadual tu sajalah untuk suka-suka tengah-tengah tak tahu apa nak cerita nikan.. hehe. Banyak sebenarnya nak cerita kisah makan-makan tapi macam tadi saya beritahu aura belum mari... hehe.



  • bibir bawah kanan ~ disegani orang, ramai yang suka.... urmmm

  • leher kiri ~ cerdas dalam segala hal, banyak pengetahuan

  • betis kiri ~ rajin, tidak suka menganggur

  • lutut kiri ~ kurang kuat berusaha

  • kening kiri ~ cerdas, sopan-santun... hik.. hik..

  • tumit kiri ~ baik budi

  • siku tangan kiri ~ baik hati, suka menolong

tu tempat-tempat yang terbuka.. tempat-tempat yang tertutup malas pulak nak selaklah Kak Anie... hehe. Nanti lain kalilah saya selak... kikiki..

Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kita sama banyak tahi lalat...mana ceruk kat badan ni semua ada tahi lalat..huhuhu

    kalau tak mudarat, biar aje kan...rezki jugak tu..hehehhe

    ReplyDelete
  2. Hehehe... Sari.. masa membuat entri tersebut.. akak dok membelek badan.. hahahah... sebab masih tak tau dimana tahi lalat ditubuh kita...

    Suka kan bila ada yang ditulis tu kadang2 betul... dan apa yang dikatakan baik tu kita sentiasa berharap agar ianya baik juga...

    ReplyDelete
  3. ari sabtu lepas jumpa SY kat kuala sg baru melaka kat restoran terapung tgh mkn nasi lemak ngan ER anak ur daughter...EE cuti kat melaka masa tu tp malu la nak tegur sbb tgk muka ER mcm ganas je....1st time tgk bloggger face to face...

    ReplyDelete
  4. samalah kak yus..
    ayu pun banyak tahi lalat...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!