MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja. Saya tidak lagi akan menjawab pertanyaan melalui email. Sebarang soalan boleh dibuat melalui panggilan/sms : 0127844524 atau Whatsapp Sahaja : 0127799705. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, July 19, 2012

BROWN RICE PILAF & SEMUR DAGING BETAWI.. myChef

ASSALAMUALAIKUM...

ORANG kata tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal boleh jatuh cinta pandang pertama ;-)))

Alhamdulillah, setelah menempuh perjalanan tujuh jam dengan Keretapi Tanah Melayu, saya yang agak risau dengan produk myChef yang berkotak-kotak dibawa pulang akhirnya dapat menarik nafas lega kerana produk tersebut masih dalam keadaan baik yang amat. Untuk pengetahuan anda, semua produk myChef merupakan makanan sejuk beku yang perlu disimpan di bawah suhu -18 darjah selsius. Sebab tu saya agak risau takut tak sempat sampai ke JB. Yang muat masuk beg (alaaaa.. beg yang boleh simpan benda sejuk-sejuk tu.. ;p) tu okeylah, yang selebihnya mujur saja adik saya Azwa tolong balut dengan suratkhabar tebal-tebal. Jadi, alangkah gembiranya bila semuanya okey-okey belaka ;-)))


Yang dalam gambar ni merupakan 'Brown Rice Pilaf' yang saya gandingkan bersama Semur Daging Betawi yang merupakan salah satu 'signature series' dari Dato' Chef Ismail. Gandingan yang serasi juga di tekak saya ni, nak siapkan pun mudah, cuma masukkan bekas makanan (keluarkan dulu dari kotak) dalam ketuhar gelombang mikro tanpa ditebuk. Panaskan selama 4 minit (800W) atau 3 minit (1200W).  Lepas tu, buka pembalut plastik tu, kacau-kacau sikit dan masukkan semula dalam ketuhar gelombang mikro selama seminit... siap!! Kalau nak makan sendiri, hidang ajelah terus dalam container tu tapi kalau untuk suami, untuk tetamu, masuklah dalam mangkuk yang paling cantik korang ada, kalau suka, hiaslah pula dengan bunga raya, erkkkkkkk!!

Eh! Sari, kita tak ada microwave (cakap omputih pulak) macammana? Urmmm, memang tak boleh belilah myChef ni.. :-(

Meh sini nak bagitahu... sebenarnya saya pun tak ada microwave... huhuhu.

Yang tak ada microwave, siapa kata tak boleh beli produk myChef ni. Kalau nasi tu, masukkan jer dalam rice cooker, tambahkan dua atau tiga sudu besar air dan masak nasi macam biasa. Kalau lauk-lauk tu gunakan kuali, bilas dulu kuali, jangan dilap, terus tuangkan produk myChef ni dalam kuali dan panaskan dengan api kecil. Tambahlah dua atau tiga sudu besar air tapi jangan dikacau dulu. Nanti bila nampak air tu dah mula mendidih, barulah kacau rata sampai lauk mendidih. Api kecil tau, nanti hangus pulak dan hendaklah dikacau selalu. Tak sampai lima minit dah siap.. apa lagi.. makanlahhhh!!

Jangan lupa dapatkan produk-produk myChef yang lain di SINI dan di SINUN ;-))))


19 comments:

  1. amboi kak....bole jadi duta my chef plak dah nie....hehe..

    nmpk mudah nie...senang buat sahur kan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sari

    Amat sesuai produk ni untuk bulan Ramadhan, ringkas, mudah, cepat dan semestinya lazat tak terkata!

    Nanti akak pun nak dapatkan juga..

    Salam Ramadhan dari akak buat Sari dan keluarga...
    Semoga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini
    Selamat Berpuasa

    ReplyDelete
  3. bestnyerrrr... byk bawa pulang hadiah ye sari... rezeki nak sambut ramadhan kan.. produk ni kalau katakan terlambat bangun sahur tak sempat nak masak terus boleh panaskan & hidang kan.. bagus jugak ni..

    ReplyDelete
  4. mmg sedap kan..ckup sume rasa..

    ReplyDelete
  5. Saya baru cuba dua sari. Mmg sedap, cuma belum sempat buat cerita je lagi. Tgh teruja benda lain pulak. Jom ke blog sy, ada kuiz dari kak Shahriah peserta Masterchef.. :D

    ReplyDelete
  6. KA x pernah cuba lagi produk ni! boleh lah nk try bulan pose nnti

    ReplyDelete
  7. Waaaa... sedap kan.. Nuurl belum try lagi..

    ReplyDelete
  8. Sedap jer tengok nasi dan lauk tu...

    ReplyDelete
  9. terliur plak saya. daging tu nmpak fresh, bukan yg frozen food punye,
    harus try ni,

    eh nape akak bwk blk jb tu? sane xde ke?

    ReplyDelete
  10. betul tu! kita pun takda microwave gak.so rendam dlm periuk panas je.hehehe.

    ReplyDelete
  11. salam sari..yum yum kan yang chef mail punya ni, kita buat filling pie, sodapp..kita pulak microvawe rosak n dulu ada baca article pasal x elok pakai microwave ni so tu yang x pi baiki, so nak makan kita lagi sempai, amik periuk kukus, taruk air, letak bekas kukus, keluarkan mychef, buka plastik n kukus je sampai masak..yummm sbb kalau lauk lauk dia jadi lagi moist, cuba lah :))

    ReplyDelete
  12. sedapkan daging betawi tu..lepas nie kena cari stok untk sendiri

    ReplyDelete
  13. Assalam kak sari,wah bagus produk nih kalo da tetamu mnejut ke,mls msk ke@time sahur kan..nnti nk try usha jugalah produk nih..nmpk sedap tuh kak..
    Salam ramadhan dari sy utk akak n family ya..moga kita semua beroleh keberkatan..

    ReplyDelete
  14. Tahniah kerana berjaya menjadi salah seorang pemenang GA WWOWWW 1001 Giveaway.. Saya tak sempat nak join GA tersebut..

    RM500 untuk dimenangi Di Blog Coretan Anuar

    ReplyDelete
  15. nak try juga lah pruduk myChef nih...sesuai utk makan sahur kan kak...

    cepat disediakan & mesti sedap!

    ReplyDelete
  16. salam kak sari.. texture nasi tu x rosak ke kak? tun pernah try frozenkan nasi, tp bila panaskan texture dia jd pelik la. lauk2 tu ok je frozen n defrost.

    ReplyDelete
  17. Salam.. Wah masing2 dah cuba.. Nur tak dapat produk myChef yg ini. Nanti nak cari juga untuk simpanan stok di bulan Ramadhan.. Tak rugi mencuba, memang sedap..

    Selamat menyambut Ramadhan buat akak sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  18. sedapnya sari..dah siap masak ye..tinggal panaskan je..bagus betul la...hehehe

    selamat menyambut ramadhan almubarak buat sari sekeluarga :)

    ReplyDelete
  19. semur daging betawi dh cuba...mmg tak mgecewakan...cepat, mudah dan sedap...yummy2 cukup2 myelerakan. Brown rice pillaf bg kakak cuba...juga mdapat pujian...;)

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?