FRIED DUMPLING GYOZA.. KUIH JEPUN BEROPOL

Seri Kandi Tanah Jauhar
19
ASSALAMUALAIKUM...

TU DIA.. bukan langsir raya jer yang beropol, kuih pun beropol ;p


Pertama kali menikmati keenakan gyoza yang diwar-warkan oleh Tun Telani dan setelah dihasut berkali-kali oleh Kak Suheila akhirnya saya terjebak dengan juadah enak dari negara matahari terbit ni. Sudahnya semalam nasi yang dimasak langsung tak bersentuh. Lepas tu boleh sambung lagi mengadap sambil tengok cerita Waris kat TV3 (iklan) sampai tak sedar habis satu tipuware. Bukan peminat makanan Jepun, sushi tu memang tak lalu kat tekak saya ni tapi gyoza ni benar-benar memikat hati pasti ada siaran ulangan. Tun dengan Kak Suheila pun dah dua tiga kali buat tau.. maknanya memang sedaplahkannnn.. Terima kasih dulu untuk Hana & Puan Ros (sumber resepi), Tun & Kak Suheila yang jadi batu api yang baikkkk ;-))))

Tapikan.. ni akibat terlalu yakin sebab 'gyoza skin' aka 'dumpling skin' pun dah beli (maklumlah.. rajin..) jadi yang lain-lain tu memang saya tak ambil pot sangat. Rupanya bawang besar sebiji pun takde.. lupa baru habis buat kisar lada kelmarin, ekeke. Belasah jer.. Di bawah ni resepi suka hati dari Alam Sari untuk inti gyoza dan bagi sesiapa yang nak mencuba resepi yang original ada juga saya sertakan di bawah.

Jom semak bahan-bahan di Alam Sari :
  • Kulit gyoza secukupnya (saya guna dumpling pastry yang ada dijual di bahagian frozen Giant - tengok gambar bungkusannya di bawah, satu pek tu ada 30 helai kulitnya)
Inti :
  • 3 keping dada ayam atau bahagian isi dihiris kecil-kecil
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 tangkai cili padi*
  • sedikit halia* (tumbuk halus bahan bertanda)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk pati ayam (lain kali nak letak daun bawang hiris halus lagi sedap rasanya)
Cara : Tumis bahan ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan ayam yang dihiris kecil dan serbuk pati ayam, masak sehingga ayam 3/4 suku masak. Biarkan sebentar sebelum diisikan ke dalam dumpling pastry.

  • Cara menyediakan gyoza : Ambil sekeping dumpling pastry dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI atau boleh gunakan acuan gyoza. (acuan gyoza ni adalah rupanya macam acuan karipap, tak tahu sama ke tidak sebenarnya).
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (saya guna air biasa sahaja lebih kurang tak sampai suku gelas), kemudian tutup kuali tersebut (bagusnya gunakan non-stick pan). Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan . Hidangkan dengan sos gyoza. 
Sos Gyoza / Dumpling Dipping Sauce
Sumber : Tun Telani 
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1/2 inci halia-  tumbuk
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 biji cili padi- tumbuk
  • 1 sb cuka- tun guna apple cider vinegar (saya guna cuka masak)
  • 1 sb minyak bijan

Cara-cara:
  • campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati. 
DI BAWAH ADALAH RESEPI ORIGINAL TAPI SAYA KURANG PASTI INTINYA ITU DIMASAK TERLEBIH DAHULU ATAUPUN TIDAK. ORANG JEPUN MEMANG SELALU MAKANANNYA MENTAH GITU-GITU KAN...

GYOZA
Resepi : Hana's Family
Sumber : Tun Telani & NShafeareen

Bahan-bahan

Untuk kulit gyoza :
  • 250g tepung gandum
  • 1/2 - 3/4 cawan air sejuk - setengah resepi guna air panas dan ada setengah campuran sejuk+panas
  • 1/4 sk garam
  • Extra tepung gandum untuk canai
  • 1/2 sudu kecil baking powder (P.Ros tambah)

Untuk Inti
  • 250g daging kisar/ ayam/ udang (P.Ros guna 200 grm daging hancur)- tun guna ayam
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil (P.Ros ganti dgn daun bawang)
  • 50g kubis - cincang dadu halus- tun guna kobis ungu
  • 1 sudu makan halia parut
  • 2 sudu makan bawang putih parut
  • 1sk minyak bijan (Puan Ros guna lbih kurang 1 1/2 sudu)
  • 1sk gula
  • 1/4 cawan bawang besar - potong dadu
  • Daun negi - jika suka (tak masuk)-  tun xtau apa nih.. saya pun tataw
  • garam dan pepper
  • Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling- tun pun
  • 1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tampa tepung jagung) 
  • tun tambah shredded carrot and mushroom

Cara-cara
  •  Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P,Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain.  - tun guna ready-made dumpling skin
  •  Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI. atau boleh gunakan acuan gyoza.
  •  Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza.
  •  Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian
rupa bungkusan kulit gyoza / dumpling pastry dan kanan - gyoza yang baru siap dikelim
Tags

Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Sari... akak peminat dumplings... hmmm... mesti sedap ni... terima kasih utk resepi tersebut...

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je... bilalah nak mencuba ni..

    ReplyDelete
  3. http://norizbaked.blogspot.com/

    Yus..ak leh try nie ptg sok...senang je caranya..tq lalingg

    ReplyDelete
  4. Tu dia, sampai ke Jepun dia cari makanan. Ekeke.. Nampak sedap la sari.. :D

    ReplyDelete
  5. waaa....sampai lupa nak komen apa...hahaha

    ReplyDelete
  6. Nakkkk.nak juga. Mknn jepun mmg kurang pandai

    tapi sukalah.. K.yus ajar u kulit versi senang. Mudah gitu

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaa...bestnya...kita serupa...tekak ni xleh terima sushi...

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa!! ni nk try buat masa bbuka nnt.hehe

    ReplyDelete
  9. kak sari, inti dia x masak, sbb nnti bila kita stim/fry tu kan, inti yg dlm akan masak sekali :)

    ReplyDelete
  10. aduhh..tgk pun dah tau mmg sedap ni.. cara akak kelim tu pun kemas je..x tahu lia pandai buat mcm tu @ x...

    ReplyDelete
  11. amboiiii2x adinda kusss kemain lagi ropol yg cantik dan kemas..kak pernah buat ikut resepi hana/ina tapi tak cantik keliman itussss..

    ReplyDelete
  12. Kak Sari,xleh jadi nih,bb kat dlm nih pon dah meronta2 nk mkn gyoza nih..sy punya skin cam akak juga,hehe sama bli kat giant,tapi xwat apa2 g,hehe..

    ReplyDelete
  13. Salam kak yus! gyouza fav kita org laki bini tp kita malas betul bab2 nak mencincang2 bhn2 dia tuuu, kalau kulit dia sini ada yg readymade halal jdnyer senang kerja tggl nk kelim dia jerrr, tp kita suke kelim gyouza berbanding kelim epok2 yg menyakitkan tgn n hati :D

    ReplyDelete
  14. Tiba2 kakcik rasa macam ada bunyi kerup kerap dalam mulut kakcik! :)

    ReplyDelete
  15. Kalau makan kakak pandailah tapi suruh buat sendiri tak boleh haraplah..

    ReplyDelete
  16. sedap ehh? tp mcm tak penah nampak lak kulit pastri dumpling tu.. kalo ternampak leh beli & cuba.. akak tak pernah buat lagi ni...

    ReplyDelete
  17. salam,

    ni kira versi malaysia... mcm burger malaysia tu, hehehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!